Sabtu, 6 Disember 2008

Symphonic metal...


Band Within Temptation


Band Nightwish

Bila kita bercerita mengenai rock semua orang akan tahu apa itu rock baik secara langsung atau tidak langsung. Bermacam-macam cerita menegnai rock sebenarnya yang baik ataupun buruk. Namun itu bukan persoalannya, apa yang ingin diketengahkan ialah muzik genre rock itu sendiri yang bercabang-cabang ranting atau cawangannya. Kita secara amnya kenal akan rock sebagai genre muzik yang keras, ganas dan membingitkan telinga. Itu sebenarnya persepi yang agak menyimpang dari segelintir individu yang tidak mengemari muzik rock.

Dalam scenario muzik genre rock mungkin kita lebih mengenali rock n roll, heavy metal, thrash metal, alternative rock, pop rock, modern rock, hardrock dan beberapa sub genre muzik rock yang lain. Kita jarang mendengar orang atau pengemar muzik rock bercerita atau melibatkan diri dalam genre rock atau sub genre rock seperti emo rock, industrial rock, surf rock, progressive rock, power rock, cello rock, glam rock, arena rock, symphonic rock, post rock, folk rock, garage rock, chicano rock, rockabilly, stoner rock, protopunk, glitter rock gothic rock, swamp rock dan banyak lagi sub genre rock yang lain.

Dari kebanyakkan sub genre muzik rock tersebut Cuma beberapa kerat sahaja yang dapat kita terima dan kita ketahui serta menjadi ikutan pengemar malah pemuzik rock di Malaysia. Antara genre pemuzik rock di Malaysia(arus perdana) gemari ialah heavy metal, rock n roll, hardrock, thrash, alternative, indi dan dua tiga kerat sub genre lagi.

Namun sejak kebelakangan ini secara sedar atau tidak gothic mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ada yang sanggup berpakaian ala gothic band, meskipun mereka tidak tahu apa yang sebenarnya mereka ikut. Golongan pengikut fanatik membuta tuli ini sebenarnya telah mengkecamukkan lagi tanggapan masyarakat pada rock itu sendiri.

Apa yang ingin dikongsikan di sini mungkin agak berbeza dan juga mungkin ada segelintir yang pernah berfikir antara sub genre muzik gothic rock / metal, melodic rock, cello rock dan symphonic rock / metal. Sesekali isu ini timbul dan adakalanya disalahtafsirkan menjadi kecelaruan dalam mengkategorikan antara gothic, melodic, symphonic dan cello, padahal kategori atau sub genre bagi maksud keempat-empat itu adalah sama sekali berbeza.

Symphonic Rock / Metal

Symphonic metal adalah terma yang digunakan untuk menjelaskan tentang muzik rock / metal yang mengandungi elemen-elemen simfoni, antaranya elemen bunyi yang seakan-akan simfoni klasik. Ini merujuk kepada band atau kumpulan yang mengabungkan aspek berbeza dalam metal dengan pengenalan penyanyi wanita, voklais utama yang bertemakan operatic atau klasik sebagai unsur-unsur yang memebrikan aura muzik tersebut seakan-akan satu simfoni. Vokalis utama untuk symphonic rock / metal biasanya wanita dan cenderung menyanyi dengan suara atau melodi mezzo soprano dalam stail operatic. Adakalanya poenyanyi lelaki digunakan sebagai penyanyi latar dan ada juga band yang seakan band gothic menggunakan dua vokalis.

Ianya juga merujuk kepada band atau kumpulan yang menggunakan minor clasical atau tema operatic. Symphonic metal kadangkala disebut opera metal tetapi kebiasaannya disebut symphonic metal. Keujudan symphonic metal pada asas kebanyakkan kerja muziknya diambil dari gothic metal, power metal dan muzik klasik.

Genre yang berasas kepada muzik klasik, gothic metal, progressive metal dan power metal seterusnya diadunkan dari kombinasi beberapa sub genre yang lain seperti black metal, death metal dan power metal termasuk muzik klasik dan ciptaan elemen lagu yang kuat dengan semangat simfoni.

Instrumen penting dan memainkan peranan utama dalam muzik genre symphonic ialah keyboard,lantaran bahagian bunyian klasik dimainkan oleh keyboard bagi kumpulan yang tidak tampil dengan pemain biola, violin, cello atau alat muzik klasik yang lain. Maka peranan keyboard nampak menyerlah dalam genre muzik symphonic.

Dalam sesetengah situasi ketika membuat persembahan live kadangkala band atau kumpulan akan menggunakan orkestra untuk memainkan bahagian atau peranan keyboardis dan begitulah juga sebaliknya. Lagu untuk sub genre ini adakalanya bertemakan epik, mitos dan zaman pertengahan.

Sub genre ini ujud dan menular di Eropah terutamanya di Scandinavia dan Netherland bermula pertengahan 1990an.

Band Therion merupakan band pertama mengetangahkan cirri cirri penuh live orkestra dan menulis serta mengubah muzik dengan elemen simfoni klasik yang asas dan penting ke dalam stail muzik mereka.

Dengan perkembangan yang memberangsangkan dalam genre muzik symphonic, Therion terus mencipta nama, dalam tahun 1997 band Nightwish dan Within Temptation menerbitkan album pertama mereka mengikut trend seakan-akan Therion.

Sila kilk di sini untuk cerita / berita / info lebih lanjut mengenai symphonic metal;
Senarai band symphonic metal

Tiada ulasan: