Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 17 Februari 2011

Blackthorn...


Agak jarang kita di mendengar hasil kreatif band yang terdiri dari semua wanita khasnya dalam senario muzik rock tempatan. Meskipun persada antarabangsa menghidangkan banyak band-band rock sepenuhnya dianggotai oleh golongan wanita. Bukan nak bercerita mengenai band band rock wanita yang ada secara keseluruhannya tetapi sekadar ingin berkongsi cerita tentang band yang berasal dari Russia yang diberi nama Blackthorn.
Blackthorn ditubuhkan di Tenebrocity, Moscow, Russia pada 31 Oktober 2004. Blackthorn dianggotai oleh 4 wanita iaitu ;
Aina – vokalis
Verbena – bass
Olga – keyboard/piano
Elvira – gitar
Menurut Blackthorn muzik bawaan mereka boleh diklasifikasikan sebagai ‘Dramatic metal’. Apapun bila mendengar pada lagu-lagu yang dimuatkan dalam album mereka secara keseluruhannya lagu-lagu hasil karya mereka terlalu berat dengan elemen-elemen klasikal, gothic dan juga symphonic. Contohnya bila mendengar lagu ‘blackthorn winter’, ‘edenbeast’, ‘gossamer witchcraft’, ‘neckromans’ dan ‘saturnia’ cukup jelas pengaruh muzik klasikal dan orkestra jelas.

Zarul & The Protes...


Nama yang masih baru dalam industri rock tempatan dan antara nama yang cuba menyelit dalam ribuan nama band yang ujud di persada muzik khasnya yang bergenre rock tempatan. Melihat pada profil Zarul & The Protes yang menyatakan mereka tampil dengan latar belakang dan falsafah muzik yang jarang diketengahkan oleh mana-mana band rock yang lain.
Menurut pengerak utama band tersebut, Zarul menyatakan mereka cuba memberikan nafas baharu pada muzik rock tempatan yang makin tipikal, samada dari aspek gaya persembahan, permainan dan genre itu sendiri.
Menurut Zarul , keunikkan Zarul & The Protes tidak hanya bermain disekitar susunan dan penghasilan muziknya tetapi juga imej mereka sendiri yakni mereka tidak menetapkan format berpakaian. Mereka tampil mengikut jati diri ahlinya yang terdiri dari individu professional.
Tambah Zarul, imej mereka yang seterusnya membawa kepada nama Zarul & The Protes ialah gabungan ahli-ahli mereka yang terdiri dari golongan professional antaranya jurutera bunyi, jurutera awam, pegawai pemasaran dan usahawan. Menurut Zarul itu adalah tanda protes yang cuba disampaikan menerusi lagu mereka.
Zarul & The Protes yang berasal dari seksyen 7 Shah Alam dianggotai oleh Qim, Zarul, Fendy dan Ijan. Zarul 7 The Protes cuba tampil secara independent(indie) dan mencuba nasib dalam senario muzik rock tempatan.
Shaqmetal sempat menikmati 2 buah menerusi single pertama mereka yakni lagu ‘Aku bukan milikmu’ dan lagu ‘Luka’ yang secara keseluruhannya agak baik dan sedap untuk dinikmati. Namun garapan muziknya agak ringan dengan elemen pop dan alternative cukup jelas disamping suntikan element fushion. Memang tidak dapat dinafikan kedua-dua lagu tersebut sarat juga dengan element komersial yakni antara syarat untuk masyarakat pendengar mudah menerima lagu tersebut. Bagi shaqmetal kelainan yang cuba ditampilkan tidak cukup jelas. Memang pada beberapa bahagian muziknya ada element elektronik dan fushion tetapi bagi shaqmetal ianya belum cukup untuk meletakkan secara keseluruhannya album ini pada landasan fushion yang membawa kelaianan. Tetapi kalau ditakrifkan pada pop alternative itu adalah arah yang agk jelas.
Apapun ini sekadar pandangan sekilas lalu oleh shaqmetal lantaran shaqmetal cuma dapat menikmati 2 sahaja buah lagu dari seingle tersebut. Apapun jaganlah pandangan ini dijadikan pandangan yang tepat lantaran ini Cuma pandangan peribadi shaqmetal. Untuk lebih jelas dan terperinci anda boleh dapratkan sendiri album penuh Zarul & The Protes.
Album pedulikan merupakan album pertama dari Zarul & The Protes yang memuatkan 12 buah lagu yang dihaslkan sendiri oleh anggotanya.
Aahli-ahli Zarul & The Protes :
Mustaqim Mohd Basir (Qym) – Vokal
Zairul Addry (Zarul) – Gitar
Mohd. Effendy Tajudin (Fendy) – Bass
Khairul Rizan Razduan (Ijan) – Drum

Rabu, 16 Februari 2011

Kristal ... album baharu - Luahan Hati


Rasanya dah beberapa bulan album terbaharu Kristal sudah berada dipasaran… album yang berjudul Luahan Hati. Sejak dari hari pertama hinggalah har ini, barulah ada kesempatan nak tulis sikit merngenai album tersebut. Bukan saja nak melengah-lengahkan tetapi atas alas an terlebih sibuk dengan tugas hakiki maka tertunda dari hari ke hari maka terlewatlah sedikit. Harap maaflah ya… Kenalkan dengan kumpulan Kristal dan ahli-ahlinya, tidak mengapa yang pentingnya kita sembang dulu mengenai album Luahan Hati. Tulisan ini bukanlah nak mengulas album terbaharu Kristal tetapi sekadar berkongsi untuk idea dan pandangan peribadi Shaqmetal. Jangan pula ambil perkara ini terlalu serius dan mandatorinya begitu… tidak, sekadar pandangan peribadi sahaja. Antara lagu yang termuat dalam album tersebut ialah ;
1. Ada sadis ada magis
2. Luahan hati
3. Lelaki teruja
4. Aku, kau dan cinta
5. Angguk metroseksual
6. Cinta kita punya
7. Kasih
8. Kehadiranmu
9. Seragam hitam
10. Satu untukmu
11. Selagi ada rindu
12. Luahan hati (minus one)

Kalau didengar satu persatu lagu dari album ini rasanya bagi peminat tegar Kristal yang sukakan muzik keras dan berat Kristal, album Luahan hati agak mengecewakan peminat muzik keras dan berat. Ini lantaran muzik yang diluahkan menerusi semua lagu seakan-akan hilang semangat metal keras dan berat mereka. Contohnya lagu ada sadis ada magis, angguk metroseksual dan seragam hitam bunyinya amat biasa tidak seperi yang diharapkan oleh mat-mat rock yang gemarkan irama keras dan berat. Apapun lagu luahan hati dan selagi ada rindu (lagu Pak Long) agaknya umpan bagi album Kristal ini untuk menarik minat pendengar lagu-lagu lentok. Apapun alasannya album ini lebih banyak suntikan komersial kalau didengar pada lagu-lagu yang dimuatkan dan susuanan muzik itu sendiri. Apapaun masih ada lagi nilai-nilai metal yang keras dan berat sedikit dalam album ini meskipun secara totalnya persembahan Kristal menerusi album ini sudah agak susut nilai metalnya bagi peminat muzik keras dan berat. Jadi untuk menilai dan mendengar sendiri album Luahan Hati ini ada kena beli dulu(beli yang original), dengar dan nilai sendiri mengikut naluri anda. Apa yang tercatat di sini sekadar pandangan peribadi shaqmetal.

Bunkface ke HKAMF



Bunkface siapa yang tak kenal terutama remaja belasan tahun. Sebut saja nama Bunkface pasti mereka akan terus ingat pada lagu Extravaganza, Revolusi dan beberapa buah lagu lagi. Betapa pengaruh Bunkface telah meresap dalam diri dn jiwa remaja kita ketika ini. Begitu juga dengan arus gelombang yang dikatakan band ‘indie’ telah merebak ke serata pelusuk Negara. Itu hakikat yang harus kita terima, gelombang band yang dikatakan ‘indie’ ini telah menguasai sebahagian besar ruang industry muzik ketika ini. Apa yang dikatakan ‘indie’ oleh masyarakat pendengar dan pengemar muzik kita dewasa ini akan kita sembangkan dalam artikel yang lain nanti. Apa yang ingin disentuh dalam artikel ini ialah kelibat band Bunkface yang terus menyerlah. Dengan pelbagai anugerah dan trofi yang telah dimenangi sejak bergelar artis arus perdana harus dihargai.
Yang terbaharu Bunkface akan mewakili negara ke Hong Kong Asian-Pop Music Fair (HKAMF). Tahniah Bunkface lantaran mewakili negara ke festival tersebut yang akan diadakan di Hong Kong Convent and Convention Centre pada 23 Mac ini.
HKAMF yang dianjurkan oleh IFPI (Hong Kong Group) Limited dengan kerjasama Hong Kong Trade Development Council bertujuan untuk mencari SuperNova seterusnya dari wilayah Asia.
Diharapkan penyertaan ini akan menyerlahkan lagi kegemerlapan bintang Bunkface di peringkat asia dan seterusnya global.
Sebagai band yang dianggotai anak muda yang bercita-cita besar dan kreatif diharap mampu menyahut cabaran ini dengan tenang dan membuktikan yang mereka tetap unggul. Mengimbau kembali kegemilangan Bunkface di persada kebangsaan, sejak pembabitan secara serius dalam bidang muzik dalam arus perdana, mereka pernah dicalonkan untuk 12 anugerah dan memenanginya sebanyak 9 anugerah.
Bunkface dianggotai oleh ;
Shamsul Annuar - vokalis utama dan gitar
Muhammad Farouk Jaafar (Youk) - backing vocal dan bass
Ahmad farhan hashim (paan) - backing vocal dan gitar utama
Ezanear Baba Ahmad (Ejam) - drum (sessionist)
Mohd Faiz Hazizi - Keyboard (sessionist)