Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 16 Disember 2015

Metalwings

Metalwings – lahir di Sofia.
Sekadar nak berkenalan dengan band symphonic yang berasal dari Bulgaria  ditubuhkan di Sofia pada September 2010. Cerita bermula bila Stela Atanasova yang mempunyai idea  untuk projek menubuhkan sebuah band yang bakal memainkna muzik symphonic metal dan melodic metal dengan vocal opera. Idea tersebut digabungkan dengan suara opera vokalis wanita, keyboard, biola elektrik, kekuatan paluan dram dan gitar bass menjadikan bunyi Metalwings yang unik dan sedap didengar.
Selain Stela Atanasova yang mengilhamkan projek bagi penubuhan band Metalwings, kehadiran gitaris Velislav Uzunov, pemain dram Emo Arsoz, pemain gitar bass Konstantin Uzunov dan kemudian sedikit penyertaan pemain keyboard Angel Kitanov melengkapkan band Metalwings. Apa pun percaturan itu berubah dalam tahun 2013 di mana tempat  gitaris Velislav Uzunov digantikan oleh Boyan Boyadjiev. Setahun kemudian sekali lagi posisi gitar bertukar tangan, dalam tahun 2014 Boyan diganti oleh Grigor Konstadinov. Kemudian memenuhkan lagi senarai ahli band Metalwings dalam tahun 2015, dalam bulan November, Krasto Jordanov menyertai band tersebut sebagai pemain  gitar kedua juga selaku vokalis lelaki.
Perjalanan Metalwings kian rancak dan benar – benar memberi impak pada  tersebut dalam tahun 2011 di mana banyak konsert dan persembahan live melibatkan mereka di Bulgaria. Antara konsert yang amat penting bagi band tersebut ialah Rock Fest in Slivniza 2011; The Fest Rock 2 Night in Route 80 2012; The Fest Rock Revival Cherven Briag  2012; International Motorfest „Night Wolves“  2012 dan 2013; The Rock Fest  Berkstock 2012;  Live show in Kiustendil  - musim panas 2013;  The Power of Rock 3  2013; Polinero Rock Fest 2014; persembahan live dengan band dari Croatia -   AngelSeed - Sofia  2014 . Dalam tahun 2015 Metalwings tampil dengan video muzik rasmi untuk lagu – “Crying of the sun”. Dalam tahun 2015 juga mereka akan mengadakan konsert di kelab yang terbesar di Sofia – Joy Station.
Metalwings unik kerana bunyi bawaan mereka mempunyai naluri dan cita rasa tersendiri dengan memasukkan elemen tersendiri yang lebih spesifik yakni gabungan elemen celtic yang banyak, bunyi muzik yang melodic dan mistik. Metawings hadir dengan tenaga bunyi untuk muzik metal yang mampu menarik minat peminat muzik metal untuk mendengar tenaga, kekuatan dan bunyi simfoni yang mekar serta ada rasa tersendiri. Nikmati muzik bawaan Metalwings dan hayatinya tanpa ada pengaruh bunyi muzik metal dari band lain, ia unik dan sedap di dengar.


Selasa, 8 Disember 2015

Jaga Dari Lena Yang Panjang..

Rock Tetap Rock...




Mungkin itu frasa yang agak tepat untuk Shaq Darkshadow dan secara keseluruhannya shaqmetal ... Baru terjaga dari lena yang panjang... sebenarnya terlalu banyak urusan harian yang perlu dilunaskan sepanjang 2015 sehinggalah ke detik ini. Namun pada nama rock dan metal sebenarnya shaqmetal tidak pernah lupa diri dan sentiasa ditemani oleh rock dan metal cuma ruang dan peluang untuk berkarya dalam ruangan ini sangat - sangat terhad. 
Benar bila rock dan metal sudah sebati dalam diri apa pun yang kita lakukan, dimanapun kita dan genre  muzik apapun yang disumbatkan kepoada kita.... jiwa rock dan metal tidak akan pernah luntur... tidak akan pernah berubah... tidak akan pernah curang... Rock dan Metal tetap bertaktha di hati. Rock dan metal adalah segalanya andai ianya diibaratkan sebagai insan yang sedang bercinta.
Namun dalam ketiadaan shaqmetal berkarya di sini shaqmetal cuba mencari sesuatu yang baharu dan unik dalam aliran - aliran muzik rock yang mengalir deras... jelas rock terus berkembang. Insha Allah untuk seterusnya shaqmetal akan terus cuba mencungkil sedaya shaqmetal untuk kita kongsi di sini.Salam rock dan metal buat rockers dan metalers semua.... Rock on.

Isnin, 27 April 2015

Kylesa

Kylesa... Band Sludge Metal 


Kylesa merupakan band sludge metal yang berasal dari Savanah, Georgia, Amerika Syarikat. Kylesa ditubuhkan dalam tahun 2001 dan mengambil nama Kylesa dari "kilesa mara" iaitu terma dalam agama Budha yang lebih kurang menjelaskan tentang tahap delusi mental.

Muzik Kylesa mengabungkan bunyi experimentalis seperti riff sludge serta elemen psychedelic rock. Mereka juga menguatarakan bunyi muzik yang dipinjam dari elemen crust punk,  psychedelic rock, stoner rock, sludge metal dan indie rock lantas menjadikan sebuah muzik bawaan Kylesa.


Band sludge metal dari Amerika Syarikat ini diangotai oleh Phillip Cope - vokalis dan gitar, Laura Pleasent - vokal dan gitar, Chase Rudeseal - bass, Carl McGinley - dram dan perkusi, Eric Hernandez - dram dan perkusi.

Kronologi dan diskografi Kylesa ;

Album Studio Penuh
Kylesa (2002)
To Walk a Middle Course (2005)
Time Will Fuse Its Worth (2006)
Static Tensions (2009)
Spiral Shadow (2010)
Ultraviolet (2013)

EP
Point of Stillness (2002)
No Ending / 110 degree Heat Index (2004)
Delusion on Fire (2003)
Bacteria Sour double 7 (2004)
Unknown Awareness (2009)

Split Releases
Split with Memento Mori (2002)
Split with Cream Abdul Babar (2003)
Split with Victims (2009)


Anion Effect

Anion Effect Metallers Dari Russia
Sudah agak lama tidak menitip cerita dalam ruangan ini. Alasannya cukup mudah... terlalu sibuk, meskipun demikian shaqmetal tidak pernah lupa pada shaqmetal blogspot dan muzik rock. Namun untuk catatan kali ini shaqmetal ingin berkongsi sedikit info mengenai band agak baharu juga yang ditubuhkan  di Kaliningrad (bekas Konigsberg), Russia iaitu band Anion Effect. Anion Effect ditubuhkan dalam tahu  2013 dan dianggotai oleh Konstantin Galetskiy – vokal, Pavel Pachkunov – gitar, Roman Bazelevich – bass / back vokal dan 

Mikhail Burtovoy – dram / keyboard.
Muzik Anion Effect adalah gabungan dan crossover muzik melodic death metal dengan adunan muzik modern metal. Lirik lagu - lagu mereka dalam bahas Inggeris dan Finland. Dalam tahun 2014 meeka telah merakamkan demo pertama mereka dan mereka juga telah membuat beberapa persembahan di Russia.
Album sulung mereka ini diberi judul Syntyma yang memuatkan 11 buah lagu. Lagu dalam bentuk digital telahpun berada dalam pasaran pada 17 April 2015 di webstore seprti iTunes, amazon, Spotify, Deezer, Google Music, Nokia, Emusic dan banyak lagi. Untuk lebih lanjut dan mengetahui macamana bunyi muzik Anion Effect anda dapatkan sendiri dipasaran.





Selasa, 10 Mac 2015

Winner


 Winner Rock Band Dari Jakarta



Pernah dengar nama Winner Band tak? Winner Band merupakan band pop rock yang ditubuhkan di Jakarta, Indonesia dalam tahun 2009.  Winner Band dianggotai oleh Oly (vokal – sudah keluar dari Winner Band), Dodhly (gitar), Beben (gitar), Icez (bass), Rio (keyboard) dan Posan (drum).
Oly yang tamat kontrak dengan Winner terpaksa meninggalkan Winner dan dikatakan bakal bergerak secara solo untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi. Penganti Oly dikatakan Nova yang telah tampil dengan Winner band untuk album baharu mereka. Untuk album tersebut beberapa single telah dikeluarkan antaranya yang baru dikeluarkan ialah single ketiga mereka iaitu “Telanjangi Dunia” selepas mereka mengeluarkan 2 single terdahulu iaitu “Pusing’ dan “Kesaktianmu”
Berikut antara anggota band Winner
NOVA - Lead vocals (2013 - sekarang)
BEBEN - Rhythm and lead Guitars (2009 - sekarang)
RIO - Keys (2009 - sekarang)
POSAN - Drums (2009 - present)
Ahli terdahulu
Oly – vokalis utama (2009 - 2013)
Doddy - gitar(2009 - 2011)

Maklumat lanjut mengenai Winner band klik di sini https://www.facebook.com/winnerofficial