Jumaat, 13 Julai 2012

Rock dan Metal...

Sesekali terdetik hati nak menyelongkar beberapa blog dan site ada ada hubungkaitnya dengan rock dan metal atau mungmkin juga yang ada sedikit perihal atau cerita tentang rock dan metal... bukan apa sekadar ingin menambahkan lagi pengetahuan untuk kita kongsi bersama kemudiannya. Memang kalau kita bercerita mengenai rock dan metal tidak akan ada penghujungnya... sentiasa ada isu, info dan berita pelbagai tambahan pula sejarahnya juga telah menyenaraikan kepelbagaian bau, aura dan rasa yang telah dilewati sejak lahirnya bunyi rock dan seterusnya metal. Dalam perjalanan mencari cerita dan info shaqmetal terbaca satu artikel dalam blog LensaRosak yang diberi tajuk "Ada Apa Kini Dengan Underground?". shaqmetal cukup terpanggil untuk menikmati catatan tersebut... bukanlah untuk mengulas atau menilai catatan LensaRosak bahkan untuk menafikan apa yang dicatatkan itu jauh sekali. Cuba anda telusuri catatan tersebut pada alamat ini  http://lensarosak.blogspot.com/2012/06/apa-ada-kini-dengan-underground.html  jelas apa yang diperkatakan itu mewarnai senario muzik rock dan kelompok yang bermastautin dalam kepompong bawah tanah atau 'underground'. Memang tidak dinafikan suatu waktu dahulu senario underground begitu berpengaruh dan auranya cukup kuat sehingga mampu meraih pengikut khasnya golongan muda untuk sama-sama memeriahkan senario underground. Namun dalam setiap kejadian pasti ada unsur-unsur positif dan negatif... dan dalam aspek rock, metal serta senario underground secara kasarnya, zahirnya dan majoritinya lebih menonjolkan nilai-nilai negatif berbanding positif... Cuba kita menungkan seketika kenapa bila saja nama rock, metal, underground dan sebagainya seringkali dan selalu dikaitkan dengan unsur-unsur negatif? Apakah kerana budaya rock itu sendiri yang banyak membawa nilai negatif dari luar lantas dikatakan telah meracuni minda warga muda kita? Betulkah budaya, nilai dan jasad rock itu sendiri sejak wujudnya berserta dengan nilai-nilai atau unsur-unsur negatif? Atau unsur negatif dalam diri rock itu sebenarnya direnbcahkan oleh manusia yang membawa rock itu seterusnya menyebar luaskan isu rock, metal dan yang sewaktu dengannya ssebagai budaya yang kotor, jijik, bising, bingit, jahat, negatif dan sebagainya. Cuba kita fikir sejenak... budaya pop, rnb, rap, blues dan sebagainya tetap juga ada unsur dan elemen negatifnya, tetapi kenapa tidak dicapkan budaya pop dan sebagainya itu juga negatif? Sekadar ingin meluahkan apa yang membungkam dalam benak fikiran shaqmetal... Huuuhhhh banyak lagi yang nak diuluahkan dalam ruangan sempit ini namun rasanya nanti takut pula ada yang terasa hehehehe... apapun secara jujurnya shaqmetal merasa kebelakangan ini rock, metal dan underground sedikit sebanyak mulai diterima dalam masyarakat kita, meskipun bukan seratus peratus namun tetap menurun kalau dilihat pada skala unsur negatif  persepsi terhadap rock. Apa yang nak shaqmetal katakan lagi.... Rock terus rock dan metal terus metal... tetapi bawa unsur-unsur yang positif dan tidak mengecewakan mereka yang melihat dari jauh senario rock dan metal....

Khamis, 12 Julai 2012

ACYL ...

ACYL ..... Oriental metal dari Algeria

ACYL antara band dari timur tengah yang telahpun mewarnai dunia metal timur tengah, khasnya di Algeria. Band yang membawa muzik eksperimentasi menggelarkan band mereka sebagai experimental etnic metal band. Idea untuk menjadikan impian band ini menjadi kenyataan dan tertubuhnya ACYL ini adalah terhasil daripada kesungguhan Amine. Amine adalah individu yang menjadi punca segalanya lahir seperti ACYL yang ada kini dalam jalur muzik metal di Algeria. Selain itu nama Reda, pengasas dan gitaris band ‘Worth’ turut menyumbang pada perkembangannya. Idea asalnya penubuhan ACYL bercambah dalam tahun 2006 bila Amine memujuk Reda untuk menubuhkan band. Kemudiannya seorang kawan yang juga pemain bass session  dalam beberapa projek muzik menyertai mereka sebagai ahli tetap. 2007 pula Michael, pemain dram, yang juga bekas ahli band Myst. Akhirnya lengkaplah barisan ahli band ACYL
Band yang membawa jalur muzik oriental metal ini melengkapkan ahlinya dalam tahun 2007 yang mana mereka terus aktif dengan pengeluaran  dan pengubahan lagu-lagu baharu.  ACYL dianggotai oleh Amine – vokalis, Abder – gitar, Reda – gitar utama, Salah – bass dan Mickey – dram. Sejak penubuhan band ACYL mereka telah menerbitkan sebuah EP yang diberi judul The Angel’s Sin dalam tahun 2010 dan dalam tahun 2012 mereka telah mengeluarkan sebuah album penuh yang memuatkan 12 buah lagu dan diberi judul Algebra.

Isnin, 9 Julai 2012

Koleksi shaqmetal...

Barangan Kulit... koleksi shaqmetal


Sekadar memenuhi impian dan inginkan penampilan yang serba rugged dan nampak WOWWW!!!! Koleksi shaqmetal baru dilancarkan hari ini. bagi peminat barangan kulit tulen khasnya jaket dan kot shaqmetal cuba  ketengahkan beberapa koleksi untuk dikongsi bersama. Ini khasnya bagi penggemar barangan kulit dan untuk koleksi berharga serta gaya yang tersendiri. Semuanya kulit tulen yang diimport dari Pakistan dan dengan rekabentuk yang cantik serta menarik dalam Koleksi shaqmetal.








Jadi untuk membuat tempatan dan pembelian jaket dan kot kulit ini anda perlu ke blog koleksishaqmetal dan segala maklumat tentang jaket dan kot ada di blog koleksishaqmetal.blogspot.com   segalanya untuk pilihan anda.


 Pilihan ditangan anda...


koleksishaqmetal.blogspot.com

Varden.... dari Kaherah


Varden nama baru yang shaqmetal dengar dan mungkin ada yang pernah dan mengikuti cerita band ini. Tapi bagi shaqmetal nama Varden terlalu baharu lantaran shaqmetal baharu sahaja terbaca tentang band ini. Jadi ini sekadar untuk berkongsi info dengan anda yang belum kenal Varden. Juga kita jarang-jarang mendengar cerita dan info band yang berasal dari timur tengah, jadi kita perkenalkan Varden menerusi ruangan sempit ini untuk kita kongsi bersama perkembangan mereka.
Band power metal ini ditubuhkan dalam tahun 2006 di Kaherah (Cairo), Mesir. Band ini ditubuhkan oleh gitarisnya  Chadi Ashraf dan Ayman Aziz dalkam tahun 2006. Band yang masih bergiat aktif dalam arena muzik metal dianggotai oleh Ayman Aziz, Chadi Ashraf, Mohamed Safwat, Michel F. Khater dan Amjad Mohamed. Gandingan itu menjadikan Varden, band timur tengah yang cuba menembusi pasaran antarabangsa dengan hidangan muzik yang terlakur antara power metal dan symphonic metal menisipkan elemen – elemen symphonic, metal, rock menjadikan bunyi gandingan indah metal yang bertenaga dengan riff gitar dan suntikan elemen instrument orchestra serta susunun uzik yang mengasyikan.
Mereka memainkan muzik asal dan lirik yang mengaitkan penceritaa hebat pahlawan mereka dan subjek tentang cinta serta kebencian.
Apapun shaqmetal cuba untuk mendapatkan hasil bunyi ciptaan mereka yang dikata menarik dan insyaAllah akan shaqmetal ketengahkan dalam ruangan sempit ini juga nanti. Dan rasanya untuk beberapa catatan mendatang shaqmetal akan cuba mencungkil beberapa band lain lagi dari timur tengah untuk kita kongsi bersama menerusi runagan ini.