Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 12 Julai 2012

ACYL ...

ACYL ..... Oriental metal dari Algeria

ACYL antara band dari timur tengah yang telahpun mewarnai dunia metal timur tengah, khasnya di Algeria. Band yang membawa muzik eksperimentasi menggelarkan band mereka sebagai experimental etnic metal band. Idea untuk menjadikan impian band ini menjadi kenyataan dan tertubuhnya ACYL ini adalah terhasil daripada kesungguhan Amine. Amine adalah individu yang menjadi punca segalanya lahir seperti ACYL yang ada kini dalam jalur muzik metal di Algeria. Selain itu nama Reda, pengasas dan gitaris band ‘Worth’ turut menyumbang pada perkembangannya. Idea asalnya penubuhan ACYL bercambah dalam tahun 2006 bila Amine memujuk Reda untuk menubuhkan band. Kemudiannya seorang kawan yang juga pemain bass session  dalam beberapa projek muzik menyertai mereka sebagai ahli tetap. 2007 pula Michael, pemain dram, yang juga bekas ahli band Myst. Akhirnya lengkaplah barisan ahli band ACYL
Band yang membawa jalur muzik oriental metal ini melengkapkan ahlinya dalam tahun 2007 yang mana mereka terus aktif dengan pengeluaran  dan pengubahan lagu-lagu baharu.  ACYL dianggotai oleh Amine – vokalis, Abder – gitar, Reda – gitar utama, Salah – bass dan Mickey – dram. Sejak penubuhan band ACYL mereka telah menerbitkan sebuah EP yang diberi judul The Angel’s Sin dalam tahun 2010 dan dalam tahun 2012 mereka telah mengeluarkan sebuah album penuh yang memuatkan 12 buah lagu dan diberi judul Algebra.

Tiada ulasan: