Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 22 April 2010

Dawn Of Destiny



Dawn Of Destiny merupakan band power metal yang berasal dari Bochum, Jerman yang mengadunkan elemen thrash, gothic dan death metal dalam bunyi muzik bawaan mereka. Band yang ditubuhkan dalam tahun 2005 dianggotai oleh Tanja Maul, Veith Offenbächer, Jens Faber, Dirk Raczkiewicz dan Patrick Klose.

Ahli band
Terkini
Tanja Maul: vocals (2005 − sekarang)
Veith Offenbächer: gitar (2005 − sekarang)
Jens Faber: bass (2005 −sekarang)
Patrick Klose: drum (2009 −sekarang)
Dirk Raczkiewicz: keyboard (2005 − sekarang)

Terdahulu
Ansgar Ludwig: drum (2005 – 2009)

Discography
Studio albums
1. ...Begins (2007)
2. Rebellion In Heaven (2008)
3. Human Fragility (2009)

Jumaat, 16 April 2010

Apocalyptica - Worlds Colide

Apocalyptica – Worlds Colide


Worlds Colide merupakan album studio keenam band Celo metal/rock / symphonic metal yang berasal dari Finland. Album tersebut yang diriliskan pada 14 September 2007 menampilkan pemuzik/artis undangan yang istimewa seperti Till Lindemann, Corey Taylor, Adam Gontier, Dave Lombardo, Tomoyasu Hotei, dan Cristina Scabbia. Album yang diterbitkan oleh Jacob Hellner dan Howard Benson(untuk trak 8 sahaja) memuatkan 11 buah lagu. Untuk Edisi Khas album ini memasukan 3 lagu bonus, 2 lagu iTunes bonus dan DVD khas Apocalyptica. Antara pencapaian lagu-lagu dalam album tersebut adalah seperti berikut - Austrian Albums Chart no. 13, Finnish Albums Chart no. 8, Media Control Chart no. 10, Japanese Albums Chart no. 118, Swiss Music Chart no. 10, U.S. Billboard 200 no. 59, U.S. Billboard Top Independent Albums no. 7 dan U.S. Billboard Top Rock Albums no. 7. Apocalyptica akan mengeluarkan album terbaharu 2010 mereka pada musim panas ini, album tersebut akan diberi judul 7th Symphony.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Worlds Colide ;
1. "Worlds Collide" – 4:28
2. "Grace" (Mikko Sirén, Tomoyasu Hotei) – 4:09 features Tomoyasu Hotei untuk guitar
3. "I'm Not Jesus" (Apocalyptica, Geno Lenardo, Johnny Andrews) – 3:34 features Corey Taylor untuk vokal
4. "Ion" – 3:46
5. "Helden" (David Bowie, Brian Eno) – 4:18 features Till Lindemann untuk vokal
6. "Stroke" – 4:32
7. "Last Hope" (Mikko Sirén, Eicca Toppinen) – 4:47 features Dave Lombardo untuk drum
8. "I Don't Care" (Max Martin, Eicca Toppinen, Adam Gontier) – 3:57 features Adam Gontier untukn vocal utama
9. "Burn" – 4:16
10. "S.O.S. (Anything But Love)" (Eicca Toppinen, Johnny Andrews) – 4:19 features Cristina Scabbia untuk vokal
11. "Peace" – 5:49

Edisi Khas
Lagu bonus
12. "Ural" – 5:41
13. "Lies" (Perttu Kivilaakso)- 3:43 [untuk rilis di Jepun sahaja]
14. "Dreamer" (Paavo Lötjönen) – 3:36

iTunes Bonus Trak
15. "I'm Not Jesus" (Pain Remix) (iTunes Exclusive) – 3:44
16. "I'm Not Jesus" (Albert Vorne Mix) (iTunes Exclusive) – 8:05

DVD
1. "I'm Not Jesus" (Video)
2. "I'm Not Jesus" (Making of)
3. Temubual
4. Temubual di Japan [untuk rilis di Jepun sahaja]
5. "Master of Puppets" (live) [untuk rilis di Jepun sahaja]
6. "Betrayal" (live) [untuk rilis di Jepun sahaja]
7. Galeri gambar

Selasa, 6 April 2010

Konsert Karnival Jom Ke Felda / Jelajah MUZIkfm

Siri kedua Konsert Karnival Jom Ke Felda / Jelajah MUZIKfm telah berlangsung di Felda Palong 6, Gemas, Negeri Sembilan. Siri Jelajah MUZIKfm dan juga Konsert yang diadakan itu telah memberi ruang dan peluang kepada warga felda untuk bersemuka secara langsung dengan artis dan band yang terlibat dalam konsert tersebut. Meskipun padang becak(malam pertama... keadaan yang teruk) namun semangat untuk menjayakan Konsert tersebut berkobar-kobar baik dikalangan band yang akan membuat persembahan begitu juga dengan penonton yang setia menanti di padang yang becak. malam pertama konsert menampilkan band Kropoh, Ali Terrarosa dan XPDC manakala malam kedua pula menampilkan band Butterfly, Kristal dan penampilan istimewa Ali Terrarosa. Kehangatan konsert tersebut sempat shaqmetal rakamkan untuk kenangan dan dikongsi bersama.

Antara penonton yang setia menyaksikan konsert... terima kasih warga Palong.

Kropoh... opening scene yang cukup gempak dari band Kropoh.

Kropoh... persembahan mereka tidak dapat dinafikan kehebatannya...

Gandingan Ali Terrarosa dan kropoh nampak menjadi malam itu...

NamaXPDC sudah cukup besar dalam arena rock dan metal tempatan, sebut saja XPDC sudah pasti ramai yang nak tonton apatah lagi bila konsert percuma...

Antara band metal terbaik tempatan... Kristal tampil dengan penuh bergaya.. rock on...

Kristal tetap gah dengan persembahan dan lagu-lagu yang mantap..

Konsert Karnival Jom Ke Felda / Jelajah MUZIKfm

Berbaloi rasanya bila rasa letih duduk dalam kenderaan dari Kuala Lumpur ke Trolak terbayar dengan persembahan mantap Cropoh, Butterfly, Ali Terrarosa, XPDC dan Kristal. Meskipun perjalanan tidak ler jauh sangat tapi agak meletihkan juga tambahan lagi cuaca panas terik (masa di Trolak). Berikut antara senario hebat konsert tersebut. Apapun terima kasih kru MUZIKfm yang menyumbangkan gambar ini.

Gempak....!!! Sambutan warga Feldajaya, Trolak Utara di luar jangkaan.

XPDC... antara band yang membuat persembahan pada malam pertama.

Kristal... yang sentiasa gempak setiap kali konsert diadakan.

Kristal tetap mantap dalam setiap persembahan mereka!!

Gabungan mantap otai Ali Terrarosa dan Lan Kristal...

Gabungan yang tidak mengecewakan Ali dan Kristal.

Ali, Lan dan Rudy Kristal gandingan mantap.