Selasa, 6 April 2010

Konsert Karnival Jom Ke Felda / Jelajah MUZIkfm

Siri kedua Konsert Karnival Jom Ke Felda / Jelajah MUZIKfm telah berlangsung di Felda Palong 6, Gemas, Negeri Sembilan. Siri Jelajah MUZIKfm dan juga Konsert yang diadakan itu telah memberi ruang dan peluang kepada warga felda untuk bersemuka secara langsung dengan artis dan band yang terlibat dalam konsert tersebut. Meskipun padang becak(malam pertama... keadaan yang teruk) namun semangat untuk menjayakan Konsert tersebut berkobar-kobar baik dikalangan band yang akan membuat persembahan begitu juga dengan penonton yang setia menanti di padang yang becak. malam pertama konsert menampilkan band Kropoh, Ali Terrarosa dan XPDC manakala malam kedua pula menampilkan band Butterfly, Kristal dan penampilan istimewa Ali Terrarosa. Kehangatan konsert tersebut sempat shaqmetal rakamkan untuk kenangan dan dikongsi bersama.

Antara penonton yang setia menyaksikan konsert... terima kasih warga Palong.

Kropoh... opening scene yang cukup gempak dari band Kropoh.

Kropoh... persembahan mereka tidak dapat dinafikan kehebatannya...

Gandingan Ali Terrarosa dan kropoh nampak menjadi malam itu...

NamaXPDC sudah cukup besar dalam arena rock dan metal tempatan, sebut saja XPDC sudah pasti ramai yang nak tonton apatah lagi bila konsert percuma...

Antara band metal terbaik tempatan... Kristal tampil dengan penuh bergaya.. rock on...

Kristal tetap gah dengan persembahan dan lagu-lagu yang mantap..

Tiada ulasan: