Logo Design by FlamingText.com

Jumaat, 14 Ogos 2009

van Canto (A cappella metal)

van Canto - a cappella metal yang unik dan baru..





A cappella adalah dari bahasa Itali yang membawa maksud ‘from the chapel / choir’ yakni menyanyi tanpa peralatan/instrumen muzik atau muzik vocal. Tapi bukan itu yang menjadi persoalannya tetapi shaqmetal ingin menyentuh tentang sesuatu yang rasanya agak baru dan unik dalam dunia metal global. Bayangkan kalau di satukan antara a cappella dan metal? Bagaimanakah bunyinya? Menarik bukan? Itu yang ingin diketengahkan dan untuk kita kongsi bersama info mengenai a capela metal. Sesuatu yang baru dan unik dan rasanya kita tidak pernah mendengar nama itu sebelum ini.
Dalam industri muzik moden dewasa ini a cappella biasanya dirujuk kepada persembahan yang kesemuanya vocal tanpa instrument muzik dipersembahkan dalam pelbagai bentuk dan stail termasuk barbershop, doo wop, dan modern pop/rock. Rentetan dari itu a cappella diperluaskan lagi ruang lingkupnya dengan mengujudkan satu(mungkin) sub genre baru dalam genre muzik rock metal dengan ciptaan stail a cappella metal. Bila berkongsi info mengenai a cappella metal maka persoalannnya band atau siapakah yang hadir dengan sub genre baru itu?
Maka secara sedar atau tidak ianya telah ada dan ujud dalam tahun 2006 di Jerman. Band yang mengelarkan diri mereka sebagai van Canto ditubuhkan dan membawa aliran muzik sub genre a cappella metal yang terdiri dari lima orang penyanyi dan seorang pemain drum.
van Canto terdiri dari Dennis Schunke (Sly) – vokalis utama, Inga Scharf – higher lead vocals, Stefan Schmidt – lower rakkatakka vocals, wahwah solo guitar vocals, Ross Thompson – higher rakkatakka vocals, Ingo Sterzinger (Ike) – lowest dandan vocals dan Bastian Emig – drums. Sebelum Bastian Emig, Dennis Strillinger merupakan pemain drum dari tahun 2006–2007. Dari lima orang vokalis dua daripadanya merupakan vokalis utama dan selebihnya menggunakan suara mereka untuk bunyi gitar dan bass dengan bantuan amplifiers bagi menjadikan bunyi yang seakan-akan instrument asal.

Sebaik sahaja band van Canto ditubuhkan, album pertama mereka A Storm To Come juga telah diterbit dan dirilis. Album yang mengandungi tujuh buah lagu merupakan lagu versi cover Metallica – Battery dan ‘Stora Rovardansen’ lagu yang dipetik dari filem Ronja Rovardotter. Dalam waktu yang singkat juga mereka telah menerbitkan video untuk lagu The Mission, Battery dan Rain.

Bulan Disember 2007, van Canto telah menyertai Gun records / Sony BMG. Sejurus selepas itu album kedua van Canto berjudul ‘Hero’ diterbitkankan dan dirilis pada 26 September 2008.


Discografi

A Storm To Come (2006)

Album sulung van Canto berjudul A Storm To Come yang diterbitkan dalam tahun 2006 memuatkan 9 buah lagu antaranya ialah "Stora Rövardansen" (From the Soundtrack to Ronja Rövardotter) – 1:33
"King" – 3:44, "The Mission" – 4:18, "Lifetime" – 4:49, "Rain" – 4:03, "She's Alive" – 4:12, "I Stand Alone" – 4:44, "Starlight" – 4:40 dan "Battery" (Metallica Cover) – 5:13.

Hero (2008)

Album kedua van Canto, Hero telah dirilis pada 26 September 2008. Album Hero memuatkan lebih banyak lagu a cappella dengan empat buah lagu yang dicipta secara asli untuk band van Canto. Antara lagu yang dimuatkan dalam album Hero ialah Speed of Light - 4:23, Kings of Metal (Manowar cover) - 3:41, Pathfinder - 4:48, Wishmaster (Nightwish cover) - 4:22, The Bard's Song (Blind Guardian cover) - 3:08, Quest for Roar - 3:32, Stormbringer (Deep Purple cover) - 3:51, Take to the Sky - 4:14 (Featuring Hansi Kürsch of Blind Guardian), Fear of the Dark (Iron Maiden cover) - 7:09 dan Hero - 5:18.

Menerusi album Hero juga disertakan DVD bonus yang mengandungi lagu-lagu seperti The Mission,
Battery, Battery (Making Of), Speed of Light, Speed of Light (Making of), Rain, Brazil, Studio, Track by Track dan Gallery.