Logo Design by FlamingText.com

Sabtu, 10 Mac 2012

Album Baharu 2012 (Bahagian lll)

... antara yang terbaharu album 2012 milikinya.

Berikut adalah senarai bebarapa buah album baharu yang sudah berada atau yang bakal berada di pasaran untuk makluman dan mungkin bagi anda yang teringin nak memilikinya. Apapun kebanyakkan album yang shaqmetal catatkan infonya disini lebih kepada sub genre yang tertentu sahaja(bukan semua sub genre dan bukan sub genre death metal / black metal).
Update 10 Mac 2012 / Sabtu

Effloresce - Coma Ghost (2012)
Sub genre : Progressive metal
Ini merupakan mini album band Effloresce yang memuatkan 6 buah lagu seperti berikut;
1.     Crib
2.     Spectre Pt. 1 : Zorya's dawn.
3.     Pvement canvas
4.     Undercoat
5.     Swimming through deserts
6.     Shuteye wanderer
Effloresce dianggotai oleh ;
Nicki Weber - vokal, flute dan percusi
Dave Mola - gitar dan mellotrons
Sebastian Ott - bass
Tobi Sub - dram
Tim Ivanic - gitar
Mini album Coma Ghost ini telah dirilis pada 10 Februari 2012 yang baru lalu.


Jumaat, 9 Mac 2012

Afee Utopia... Single Terbaharu

Afee dan single terbaharu...
Sudah beberapa hari shaqmetal tidak berkesempatan untuk share cerita dan info, meskipun rasanya banyak yang nak diluahkan di ruangan ini, namun masa dan kesempatan tidak pernah mengizinkan untuk berbuat demikian, namun waktu ini shaqmetal gaghkan juga meski banyak benda lagi yang harus dilangsaikan. Sebelum ini shaqmetal pernah mencatatkan sedikit cerita dan info mengenai Afee Utopia.... vokalis band Utopia yang pernah menggeggarkan ruang muzik rock diera rock mengamatkan suasana muzik tempatan penghujung 80an dan awal 90an. Itu cerita dulu... sekarang lain pulak ceritanya... kata Afee "Bro alhamdulillah, lagu baharu mendapat tempat dihati pendengar radio." itu kata-kata Afee ketika shaqmetal menghubunginya semalam untuk bertanyakan mini showcase yang dia akan turut serta di Butterworh hujung minggu depan. Bercerita mengenai single terbaharu tersebut yang diberi judul 'Maafkan aku' telah mula berkumandang dicorong radio dan mendapat hits yang amat menggalakkan di laman Youtube. Bagi shaqmetal itu satu permulaan yange memberangsangkan bagi sebuah single dari artis yang telah lama tidak lahir dengan album baharu. Tahniah bro Afee. Kalau nak dengar sepenuhnya anda boleh pergi ke lama Youtube dan dengarkan lagu tersebut bagi anda yang belum berkesempatan mendengarnya di radio. Opppsss mengenai mini showcase tersebut Afee akan tampil disebelah petang dari jam 2 hingga 5 petang besama artis seperti Daus dan Najwa Latiff. Bagi peminat Afee nantikan dan temui Afee di showcase MUZIKfn/NASIONALfm di Butterworth hujung minggu depan. Difahamkan juga Ali Terarossa dan Yabang Khalifah akan turut membuat persembahan pada mini showcase tersebut. Temuia rtis rock yang anda minati di Butterworth nanti. Rock terus rock bro dan sis semua.....