Rabu, 20 Januari 2016

Dubai Desert Rock Festival

Dubai Desrt Rock Festival... Berkubur?


Bunyi nama yang agak pelik namun itulah hakikatnya di Emeriah Arab Bersatu di mana telah wujud Dubai Desert Rock Festival sejak tahun 2004. Dubai Desert Rock Festival menyemarakkan lagi persekitaran kepelbagai sub genre rock dan metal semasa festival. Dubai Desert Rock Festival pada asalnya merupakan festival satu hari tetapi telah dilebarkna menjadi dua hari bermula tahun 2007 dan 2008. Namun selepas festival tahun 2009 ia telah ditunda atas sebab – sebab tertentu dan berikut adalah kenyataan Pengarah Urusan bagi penganjur festival tersebut;

“This decision was not taken lightly and was well thought-through with my team in my company’s best interests. It marks the beginning of a new era for CSM, a human-sized yet international entertainment-specialized company, which I’ve chosen to grow beyond UAE boundaries. I have focused uniquely on the Middle East in the past 10 years, which has positioned CSM to build a credible and reputable name; it’s now time to take it to another level. We’ve always taken pride in producing top-quality events which is why in order to develop my company in a professional manner (to equal its standards), we will focus on our international projects and artist management, until further notice”.

Walaubagaimanapun shaqmetal ingin berkongsi cerita sedikit mengenai Dubai Desert Rock Festival yang mana dalam tahun 2004 band Li,p Bizkit telah membatalkan penyertaan mereka dalam festival tersebut 48 jam sebelum berlangsung apabila penyanyi utama Limp Bizkit menyatakan adalah tidak selamat untuk dating ke wilayah tersebut, atas alas an tersebut mereka membatalkan persembahan mereka dalam festival 2004.

Daam tahun 2005 Dubai Desert Festival semakin berkembang dan telah menjadi festival penuh sehari dan mengetengahkan band – band rock dan metal antarabangsa termasuk Machine Head, Sepultura, Within Temptation dan band utama The Darkness. Untuk festival 2005 band Saxon juga pada mulanya direncanakan akan turut serta namun telah dibatalkan disaat akhir kerana anggota band tersebut mempunyai masalah berkaitan dengan keluarganya.

Manakala  tahun 2006 yang mana festival tersebut telah diadakan pada 16 Mac 2006 yang bertempat di Dubai, UAE telah menyenaraikan beberapa band antaranya Mannikind, Reel Big Fish, Testament, 3 Doors Down, Megadeth dan banyak lagi.

Dalam tahun 2007 pula Dubai Desert Rock Festival telah menyenaraikan beberapa band untuk turut serta seperti Iron Maiden, The Prodigy, Stone Sour, In Flames, Mastodon, Lauren Harris dan Junkyard Groove yang beralsi pada 9 Mac 2007 manakala pada hari kedua 10 Mac 2007 antara band yang terlibat ialah Robert Plant and the Strange Sensation, Incubus, The Bravery, Prime Circle dan
Junkyard Groove


Setahun kemudian di mana tahun tersebut merupakan tahun ulang tahun ke 5 Dubai Desert Festival dan ia telah diadakan pada  7 dan 8 Mac 2008. Beberapa band telah memeriahkan pentas DDRF sepertiu band Korn, Machine Head, Killswitch Engage, As I Lay Dying, Nervecell,  Slapshock dan The Galeej Gurus. Manakala pada 8 Mac 2016 pula antara band yang terlibat ialah Muse, Velvet Revolver, Marky Ramone, Juliana Down, Spoon Feedas dan The Galeej Gurus.

Dalam tahun 2009 Dubai Desert Rock Festival yang diadakan di Dubai Festival City pada 6 Mac 2009 membariskan band – band seperti Motörhead, Arch Enemy, Opeth, Chimaira, August Burns Red, Nervecell, Scarab, Hatred dan Metaphysics. Festival tahun 2009 Cuma diadakan sehari dan Cuma memfokuskan kepada sub genre muzik heavy metal sahaja. Untuk tahun tersebut – 2009 merupakan julung kalinya band Motorhead membuat persembahan di Timur Tengah sejak dari awal pembabitan mereka dalam tahun 1975.

Dalam 2010 hingga 2012  shaqmetal tiada data namun dalam 2013  Dubai Rock Festival telah diadakan di Emirates Golf Club, Dubai UAE pada 12 April 2013 dengan menampilkan band seperti Yngwie Malmsteen, Dark Tranquillity dan Myrath.

Tahun 2014 pula Dubai Rock Fest pula telah diadakan di Al Nasr Leisureland, Dubai pada 23 dan 24 Mei 2014 dengan penampilan istimewa band seperti Nervecell, Heavenwood, Loudblast, Nightmare, Demonic Resurrection dan Ascendant .



Festival Muzik Metal 2016 (Bhg. III)

Out & Loud Festival 2016


Out & Loud Festival akan diadakan di Geiselwind Scheinfelder Straße 15, Jerman pada 8 hingga 10 Julai 2016.
Antara band yang akan turut serta dalam Out & Loud Festival ialah Behemoth, Black Messiah, Brainstorm, Dark Tranquillity, Delain, Eisregen, Finntroll, Kataklysm, Kissin' Dynamite, Korpiklaani, Kreator, Powerwolf, Secrets Of The Moon, Sonata Arctica, Stallion, Suicidal Angels, Winterstorm dan Within Temptation


With Full Force 2016


With Full Force 2016 yang dijadualkan akan diadakan pada 1 – 3 Julai 2016 akan diadakan di Löbnitz, Jerman.
Bebarapa nama band telah pun disenaraikan untuk bergabung merealiosasikan With Full Force 2016 seperti Amon Amarth, Attila, August Burns Red, Behemoth, Beyond The Black, Borknagar, Breakdown Of Sanity, Bury Tomorrow, Deserted Fear, Ektomorf, Endstille, Fit For An Autopsy, John Coffey, Legion of the Damned, Lionheart, Monuments, Perkele, Rise Of The Northstar, StrifeThe Real McKenzies, To The Rats And Wolves, Walls of Jericho dan We Butter The Bread With Butter.


Metaldays Festival 2016



Metaldays Festival 2016 akan diadakan pada 25 – 29 Julai 2016 di Tolmin, Slovenia
Beberapa nama band telah pun disenaraikan akan menyertai  Metaldays Festival seperti At The Gates, Between The Buried And Me, Blaze Of Sorrow, Blind Guardian, Bury Tomorrow, Cattle Decapitation, Cryptex, Dark Funeral, Dead End, Dead Label, Delain, Deserted Fear, Die Apokalyptischen Reiter, Dirge, Double Crush Syndrome, DragonForce, Drakum, Dying Fetus, Einherjer, Electric Wizard, Elferya, Enthrope, Eruption, Exodus, Fleshdoll, Fogalord, Gama Bomb, Gloryful, Graveyard, Gutalax, Hackneyed, Halo Creation, Horna, Howling In The FogImmolation, Incantation, Infernal Tenebra, InsomniumJess Cox, Jioda, Kain, Kreator, Krisiun, Larceny, Layment, Little Dead Bertha, Marduk, Melechesh, Mist, Monolithe, Morana, Morywa,Mynded, Na Cruithne, Nameless Day Ritual, Nemost, Nightmare, Nolentia, Obscura, Obscurity, Orphaned Land, Painful, Penitenziagite, Retrace My Fragments, Rise Of The Northstar, Rosetta, Sabaium, Sanity's Rage, Sarcasm, Sarcom, Scarred, Seduced, Septicflesh, Serenity, Skálmöld, Skindred, Skyforger, Testament, The Canyon Observer, The Stone, Valkyrja, Varg, Victims of Creation dan Weeping Silence


Wacken Open Air 2016


Wacken Open Air 2016 antara satu nama yang cukup gah dalam penganjuran festival muzik besar – besaran secara terbuka. WAO 2016 akan diadakan di Wacken, Jerman pada 4 – 6 Ogos 2016.
Berikut antara senarai nama band yang akan turut serta dalam Wacken Open Air 2016 ialah Alcest, Arch Enemy, Axel Rudi Pell, Blind Guardian, Borknagar, Bullet for my Valentine, Callejon, Dagoba, Der Weg Einer Freiheit, DragonForce, Einherjer, Eluveitie, Entombed A.D., Eskimo Callboy, Foreigner, Henry Rollins, Ihsahn, Kylesa, Legion of the Damned, Michael Monroe, Ministry,Orden Ogan, Orphaned Land, Parkway Drive, Pyogenesis, Steel Panther Therion, Unisonic dan banyak lagi.
Maklumat lanjut mengenai Wacken Open 2016 dan band – band yang menyertai WOA sila rujuk dan klik pautan ini  http://shaqmetal.blogspot.my/2016/01/woa-wacken-open-air.html


Leyendas del Rock 2016


Leyendas del Rock 2016 akan diadakan di Villena, Alicante Spain pada 10 – 13 Ogos 2016.
Setakat ini beberapa band telah dikenal pasti akan turut serta dalam  Leyendas del Rock 2016 seperti Anaal Nathrakh, Blitzkrieg, Cattle Decapitation, Equilibrium, Grave Digger, Helloween, Holy Moses, Nazareth, Skindred, Steel Panther, Tokyo Blade, Uriah Heep dan Venom.


Bloodstock Open Air 2016


Festival yang akan diadakan di Catton Park, Derbyshire, UK akan berlangsung pada 11 – 14 Ogos 2016.
Band – band yang akan menyertai Bloodstock Open Air 2016 ialah Anthrax, Behemoth, DragonForce, Gojira, Mastodon, Paradise Lost, Rotting Christ, Satyricon, Twisted Sister dan Venom.


Summer Breeze 2016



Summer Breeze 2016 akan diadakan pada 17 – 20 Ogos 2016 bertempat di Dinkelsbühl, Jerman.Antara band – band yang akan turut serta ialah At The Gates, Cattle Decapitation, Entombed A.D., Exodus, Feuerschwanz, Korpiklaani, Kärbholz, My Dying Bride, Primordial, Sabaton, Steel Panther, Subway To Sally, Swallow The Sun, The Black Dahlia Murder, dan The World Alive


Tons of Rock 2016



Tons Of Rock 2016 yang akan diadakan di Halden, Norway dijangka berlangsung pada 18 – 20 Ogos 2016.

Antara band – band yang akan menyertai Tons Of Rock 2016 ialah Amon Amarth, Behemoth, Below, Black Sabbath, Bodies, Converge, Leprous, Raga Rockers dan Sixx:A.M.

Selasa, 12 Januari 2016

Festival Muzik Metal 2016 (Bhg. ll)

Festival Muzik Metal Antarabangsa 2016 (Bhg. II)


Black ‘n’ Thrash Inferno 2016


Black ‘n’ Thrash Inferno akan diadakan di Zeche Carl, Essen, Jerman pada 8 dan 9 April 2016.
Antara band yang akan terlibat ialah Agenda, Blaze Of Perdition, Darkfall, Desaster, Evil Invaders, Manifestic, One Tail One Head, Onkel Tom Angelripper, Selbstentleibung, Svartidauði, Svarttjern, The Committee, Warpath dan Wrack.



Roadburn Festival 2016


Roadburn Festival 2016 yang akan berlangusng di Tilburg, Netherlands dijangka akan diadakan pada 14 – 17 April 2016.
Antara band yang akan turut serta dalam Roadburn Festival 2016 ialah Abysmal, Grief, Abyssion, Amenra, Arktau Eos, Astrosoniq, Atomikylä, Chaos Echoes, Crumbling Ghost, Dark Buddha Rising, Dead To A Dying World, Der Blutharsch and the Infinite Church of the Leading Hand, Epitaph, Galley Beggar, Gentlemans Pistols, Green ,  Muerte, ,  The Wand And The Moon, Oranssi Pazuzu, Paradise Lost, Pentagram, Skepticism, Tau Cross, Terzij de Horde, The Poisoned Glass, The Skull, Yodok III, dan Zone Six
       


Maryland Deathfest XIV 2016


Maryland Deathfest XIV 2016 telah dirancangkan akan diadakan di Baltimote, MD, USA pada 26 – 29 Mei 2016.
Ini antara nama band yang akan turut serta dalam festival tersebut Atrophy, Auroch, Bongripper, Bongzilla, Brew Bantha, Bruce XCampbell, Buzzov*en, Centinex, Claudio Simonetti's Goblin, Craft, Crypt Sermon, Dead Church, Dehumanized, Demonic , Christ, Demonical, Denouncement Pyre, Deranged, Desaster, Despise You, Deströyer 666, Discharge, Disgorge, Doom, Dopethrone, Dragged into Sunlight, Earth, Excel, Exciter, General Surgery, Gets Worse,Grave Miasma, Ground, Gruesome, Haemorrhage, Hail of Bullets, Hellbringer, Hemdale, Hirax, Hobocosm, Horrendous, Impaled Nazarene, Infernal Revulsion, InfestInterment, Jungle Rot, Khold, Lord Belial, Magrudergrind, Malignant Tumour, Mitochondrion, Mystifier, Negative Approach, Nocturnal Graves, Novembers Doom, Nuclear Assault, Paradise Lost, Priapus, Putrescence, Putrid Pile, Repulsion, Ringworm, Rotten Sound, Samael, Sanitys Dawn, Satan, Saturnalia Temple, Secrets Of The Moon, Serpent Throne, Severe Torture, Severed Head Of State, Sick Fix, Six, Sinister, Skullshitter,Svartidauði, Svarttjern, Tempest, Test, Testament, The Afternoon Gentlemen, The Haunted, Thulcandra, Tragedy, Tulus, Venom, Visceral Disgorge, Waco Jesus, Weedeater, Whoresnation, Wombbath, World Burns To Death, Wormed dan Yacöpsae


Nova Rock 2016


Nova Rock 2016 yang dijadualkan akan di adakan di Pannonia Fields, Niickelsdorf, Austria pada  9 – 12 Jun 2016.
Antara band yang diundang untuk turut serta ialah Alice Cooper, Alligatoah, Amon Amarth, August Burns Red, Bullet for my Valentine, Children Of Bodom, Disturbed, Dropkick Murphys, K.I.Z., Labrassbanda, Mono & Nikitaman, Nofx, Red Hot Chili Peppers, Seiler Und Speer, Tesseract, Trivium dan Volbeat



Download Festival Paris 2016


Download Festival 2016 akan mengambil tempat di Hippodrome de Longchamp, Paris pada 10 – 12 Jun 2016.
Antara band yang akan menyertai  Download Festival Paris 2016 ialah Amon Amarth, Anthrax, Biffy Clyro, Deftones, Down, Ghost, Gojira, Iron Maiden, Korn, Megadeth, Rammstein, Rival Sons, Sabaton, Trivium dan Volbeat.



Hellfest 2016


Hellfest 2016 akan diadakan di Clisson, France pada 17 – 19 Jun 2016.
Antara band yang terlibat ialah Abbath, Amon Amarth, Anthrax, Black Sabbath, Blind Guardian, Cattle Decapitation, Converge, Dark Funeral, Deicide, Down, Enslaved, Entrails, Ghost,Gojira, Inquisition,Kampfar, King Diamond, Korn, Marduk, Megadeth, Melvins, Napalm Death, Overkill, Paradise Lost, Primordial, Rammstein, Refused, Rival Sons, Sick Of It All, Slayer, Taake, Testament, Vader dan Volbeat.


Selasa, 5 Januari 2016

Roxx

Band Roxx (Indonesia)


Band Roxx merupakan sebuah band klasik heavy metal yang telah ditubuhkan pada 1 April 1987 di Jakarta. Roxx juga antara band yang menjadi pelopor muzik metal di Indonesia. Diawal penubuhan band Roxx merupakan gabungan 2 band local iaitu Navy Punk dan Skull dengan formasi ahlinya Trison – vokalis, Jaya – gitar, Iwan – gitar, Tony – gitar bass dan Arry – dram. Kehadiran band ini asalnya banyak memainkna lagu – lagu cover hard rock dan glam metal yang cukup popular semasa zaman kehadiran mereka (1987) seperti lagu – lagu daripada band Van Halen, Motley Crue, Whitesnake dan Def Leppard. Dengan penampilan glam metal (dengan bawaan muzik klasik heavy metal) mereka terus mencari arah dan tapak untuk terus bertapak gah dalam industri muzik rock dan metal Indonesia. Dilihat daripada penampilan gaya mereka diperingkat awal dan juga pengaruh daripada muzik rock dan metal ketika itu Roxx lebih terarah untuk tampil sebagai sebuah band Glam metal ketika itu meskipun mereka mengatakan ketika itu mereka adalah sebuah band heavy metal.


Band yang asalnya dari gabungan 2 buah band dan mengikuti aliran muzik heavy metal(glam) telah  diubah konsep dan identiti mereka secara total oleh Arry Yanuar selaku ketua band, dari band glam metal menjadi thrash metal yang lebih terarah untuk memainkan lagu – lagu cover daripada band seperti Metallica, Anthrax, Death Angel dan sebagainya. Dari perubahan itu jugalah sekali lagi Roxx antara band pelopor untuk generasi dan pergerakan muzik underground di Indonesia.



Dalam mencari tapak untuk terus berdiri gah dalam industry muzik rock dan metal Indonesia Roxx melangkah dengan gagah seterusnya tersenarai dalam senarai 10 band  di Festival Rock se-Indonesia di akhir tahun 1980an. Dari situ Roxx terus mara ke mara hadapan dengan menghasilkan lagu hits mereka yang berjudul Rock bergema yang mana ia juga digunakan  sebagai lagu tema untuk program muzik di sebuah stesen radio di Indonesia.
Daripada Festival Rock tersebut dalam tahun 1989 yang mana Roxx telah menjadi naib juara dan langsung membuahkan hasil single hits pertama mereka – Rock bergema yang juga dimuatkan dalam album Kompilasi Festival Rock Log Zhelebour 1989.
Roxx melonjak naik  dengan album sulung mereka, album Roxx (album Hitam) dalam tahun 1992 memuatkan lagu – lagu hits seperti Rock bergema, Penguasa, Gontai, Gelap, Price dan 5 cm. Menerusi album tersebut juga Roxx telah menempatkan diri mereka sebagai sebuah band yang pertama meneroka pasaran antarabangsa yang mana jenama Roxx telah dibawa oleh Polygram International ketika itu.


Dalam menghala arah popularity Rox turut digoncang badai apabila  salah seorang  ahlinya Trison berhijrah ke band EdanE selepas meriliskankan album Roxx (album Hitam) dan album Nol bersama Roxx. Namun nasib Trison kurang menyerlah bersama EdanE apabila dia dikeluarkan daripada EdanE dalam tahun 2003 dan kembali bersama Roxx.
Album kedua Roxx berjudul Nol dirilis dalam tahun 1995, yang memuatkan hits single Air mata hewan, Putri Matahari dan lagu Muak. Pada rilisan album ini Roxx sekali lagi mengalami sedikit perubahan pada formasi ahlinya iaitu Tony – bass digantikan oleh Didik, ini kerana Tony  terpaksa melanjutkan pelajarannya ke Jerman.
Menerusi album ketiga Roxx yang berjudul Bergema Lagi telah dirilis dalam tahun 2004. Album tersebut memuatkan hits single seperti lagu Dari dulu, Babi ngepet dan Yang tersisih. Dengan rilisan album sekali memperlihatkan sekali lagi Tony hadir dan kembali ke posisi asalnya dalam Roxx selaku pemain bass, manakala peranan Iwan – gitar, digantikan dengan gitaris tambahan, Didi Crow. Namun akhirnya Didi Crow juga adalah ahli tetap Roxx.

Bagi album keempat Roxx yang berjudul Retake, yang bekolaborasi dengan Majalah Rolling Stone Indonesia sebagai pengedar, ini juga sebagai penanda eksistensi ROXX di arena muzik  rock dan metal di Indonesia. Mini album yang memuatkan beberapa hits single mereka yang terdahulu dan sebagai kronologi perjalanan karier ROXX sejak tahun 1987, menghadiahkan lagu-lagu kompilasi terbaik yang pernah dihasilkan oleh  ROXX iaitu: Gontai, Rock Bergema, Babi Ngepet, Air Mata Hewan, Penguasa & 5 Cm.
Dalam tahun 2013, Roxx merilis album EP terbaru iaitu Jauh dari Tuhan. Album ini memuatkan 10 buah lagu termasuk 4 buah lagu live seperti Cekson (Live), Dari Dulu (Live), Muak (Live), Jauh dari dan Tuhan (Live) manakala lagu – lagu rakaman studio pula ialah Aku Bukan Sepak Bola, Ambil Nyawaku, Jauh dari Tuhan, Toa Maut, Menang dan Beraninya di Belakang.

Sebagai band yang cukup aktif sejak awal penubuhannya Roxx, terkini dianggotai oleh Trison, Jayaroxx, Tony, Didi Crow dan Raiden.


Diskografi
1.  Roxx (Album Hitam) – 1992
2.  Nol - 1994
3.  Bergema Lagi - 2004
4.  Retake
5.  Jauh dari Tuhan – 2013

Bagi mendapatkan info dan maklumat lanjut tentang perlembangan dan aktiviti terkini Roxx anda boleh ikuti link berikut untuk fb  https://www.facebook.com/roxx666  manakala link ini untuk twitter Roxx https://twitter.com/Roxx_Official



Festival Muzik Metal 2016 (Bhg. I)

Antara Festival Muzik Metal 2016.... 


Nepal Deathmetalfest 2016


Nepal Deathmetalfest 2016 akan diadakan di Kathmandu, Nepal pada 22 - 23 Januari 2016.

Untuk festival muzik metal tersebut setakat ini (5 Januari 2016) beberapa band telah bersetuju untuk terlibat membuat persembahan antaranya ialah Asphyxiate, Childwife, Corpse Sick, Defleshed, Dying Out Flame, Grenade, Laash, Nervochaos, Nihility, Rip Off, Rog, Undefined Human,  Sete Star Sept, Meat Train dan Fleshcrawl .


Florida Metal Fest 2016


Florda Metal Fest 2016 dijadualkan akan diadakan di Tampa, Florida pada 30 Januari 2016.

Beberapa nama besar akan turut terlibat antaranya Obituary, Deicide and Corrosion of Conformity, Broken Hope, Generichrist, Madball dan Malevolent Creation


70000 Tons Of Metal 2016 – Heavy Metal Cruise


70000Tons Of Metal 2016 yang akan belayar dari Fort Lauderdale, Fl ke Falmouth, Jamaica pada  4 – 8 Februari 2016.

Antara band yang akan menyertai 70000Tons Of Heavy Metal 2016 ini ialah Ancient Rites, At The Gates, Aura Noir, Belphegor, Carach Angren, Children Of Bodom, Cradle of Filth, Delain, DragonForce, Epica, Firewind, Fleshgod Apocalypse, Gamma Ray, HammerFall, Holy Moses, Iced Earth, Insomnium, Lacuna Coil, Manilla Road, Moonspell, My Dying Bride, Rhapsody of Fire, Rotting Christ, Samael, Sodom, Thyrfing, Tsjuder, Turisas, Tyr dan Visions of Atlantis


Blastfest 2016


Blastfest 2016 akan diadakan di Bergen, Norway pada 17 – 20 Februari 2016.

Antara band yang akan terlibat dalam Blastfest 2016 adalah seperti 1349, Abbath, Arcturus, Audiopain, Blodhemn, Blood Tsunami, Bömbers, Cor Scorpii, Cvlt, Djevel, Dødheimsgard, Endezzema, Execration, Funeral, Gorgoroth, Gravdal, Green Carnation, Hadens, Ihsahn, In The Woods, Inculter, Khold, Krakow, Manes, Mistur, Nekromantheon, Nocturnal Breed, One Head, One Tail, Red Harvest, Reptilian, Slegest, Solefald, Sulphur, Svarttjern, The 3rd Attempt, Throne of Katarsis, Tristania, Troldskugge, Viper Solfa, Virus, Voluspaa dan Vulture Industries



Female Voices Fest 2016


Female Voices Fest 2016 antara nama festival muzik metal yang cukup gah di arena antarabangsa dan tahun 2016 ia akan diadakan di  Live-Club, Bamberg, Jerman pada 19 Februari 2016

Antara band yang akan turut serta setakat ini (5 Januari 2016) ialahBlack Daffodils, Brocelian, Evil,  Iris, Jaded Star, Serenity, Sin,Visionatica, Xandria dan Xiphea.


Netherlands Deathfest 2016


Netherlands Deathfest 2016 akan diadakan di 013, Tilburg, Netherlands pada 26 – 28 Februari 2016.

Antara band yang akan turut serta dalam Netherlands Deathfest 2016 ialah AbigailAgoraphobic, Nosebleed, Antropomorphia, Aosoth, Asphyx, Autopsy, Beheaded, Blasphemy, Blaze Of Perdition, Blind To ,  Bastards, Cruciamentum, Cyness, Darkened Nocturn Slaughtercult, Decimation, Demilich, Disentomb, Disma, Dodecahedron, Doom, Dropdead, Entrails, Entrails  Massacre, Excruciating Terror, Flesh Parade, Gadget, Gruesome, Haemorrhage, Heaving Earth, Infest, Inhume, Interment, Keitzer, Kraanium, Lord Belial, Magrudergrind, Morpheus Descends, Ofermod, Pig Destroyer, Profanity, Putrisect, Razor, Revenge, Sargeist, Severe Torture, Squash Bowels, Teethgrinder,Thanatos, Undergang, Visceral Disgorge, Vitamin X, Wolfbrigade dan Wormed


Metal Over Malta Festival 2016


Metal Over Malta Festival 2016 dijadualkan akan diadakan di Chateau Buskett, Malta pada 18 – 19 Mac 2016.

Bebarapa buha band akan terlibat dalam Metal Over Metal Festival 2016 ialah Martyrium, Septicflesh, The Foreshadowing dan Weeping Silence.


Inferno 2016


Inferno 2016 akan diadakan pada 23 – 26 Mac 2016 bertempat di Rockefeller, John Dee, Oslo, Norway.
Antara band yang akan menyertai Inferno 2016 ialah Abyssion, Blood Red, Throne, Craft, Exodus, Gorguts, Ics Vortex, Marduk, Mayhem, Mork, Nifelheim, Nile, Order, Psycroptic, Thaw dan Vader


Full Metal Mountain 2016


Full Metal Mountain 2016  akan diadakan di Nassfeld, Austria pada 28 Mac – 3 April 2016.

Beberapa band telah tersenarai untuk rurt serta dalam Full Metal Mountain 2016 seperti band Accept, Alkbottle, Avantasia, Beyond The Black, Devil's Train, Dog Eat Dog, Eskimo Callboy, Gamma Ray, Heaven Shall Burn, In Extremo, Korpiklaani, Orden Ogan, Powerwolf, Russkaja dan Sabaton


Ragnarök 2016


Ragnarök 2016 akan berlangsung di  Stadthalle Lichtenfels, Jerman pada 1 – 2  April 2016.

Manakala band yang dijangka akan menyertai Festival Ragnarök 2016 ialah Aeba, Ctulu, Eis, Ensiferum, Gernotshagen, Lantlôs, Rabenwolf, Saturnian Mist, Welicoruss dan Wind Rose.


Isnin, 4 Januari 2016

W.O.A (Wacken Open Air)

W:O:A (Wacken Open Air) 2016



W:O:A (Wacken Open Air) merupakan festival muzik heavy metal tahunan yang diadakan dalam musim panas di sebuah perkampungan kecil Wacken di Schleswig - Holstein, Jerman Utara. Denganlebih 86 ribu pengunjung dari seluruh dunia hadir semasa festival WOA 2011. Festival muzik metal secara terbuka ini mengetangahkan pelbagai sub genre muzik rock metal dan telah menarik pelbagai penggemar sub muzik rock dan metal.
Festival ini pertama kalinya telah diadakan pada tahuh 1990 sebagai satu acara kecil untuk band - band lokal Jerman. Namun ianya telah berkembang menjadi sebuah acara festival muzik metal berstatus dunia apabila WOA telah dihidangkan kepada dunia.Kebiasaannya festival ini diadakan diawal bulan Ogos dan berlangsung selama 3 hari.
Sekadar untuk kita lihat semula penganjuran WOA beriut adalah tarikh - tarikh WOA yang telah diadakan sejak 1990.

                
Tahun

Tarikh

Pentas / Stage


Jumlah Band Terlibat

1990
24 – 25 Ogos 1990
1
6 artis / band
1991
23 – 24 Ogos 1991
1
7 artis / band
1992
21 – 22 Ogos 1992
1
26 artis / band
1993
20 – 22 Ogos 1994
2
42 artis / band
1994
19 – 20 Ogos 1994
2
28 artis / band
1995
19 – 20 Mei 1995
1
33 artis / band
1996
9 – 10 Ogos 1996
1
32 artis / band
1997
8 – 9 Ogos 1997
2
50 artis / band
1998
7 – 8 Ogos 1998
2
79 artis / band
1999
5 – 7 Ogos 1999
4
95 artis / band
2000
3 – 5 Ogos 2000
3
72 artis / band
2001
2 – 4 Ogos 2001
3
81 artis / band
2002
1 – 3 Ogos 2002
3
86 artis / band
2003
31 Julai – 2 Ogos 2003
3
62 artis / band
2004
5 – 7 Ogos 2004
3
60 artis / band
2005
3 – 6 Ogos 2005
4
80 artis / band
2006
2 – 5 Ogos 2006
3
80 artis / band
2007
1 – 4 Ogos 207
3
102 artis / band
2008
30 Julai – 2 Ogos 2008
3
75 artis / band
2009
29 Julai – 1 Ogos 2009
4
100 artis / band
2010
4 – 7 Ogos 2010
6
124 artis / band
2011
4 – 6 Ogos 2011
3
103 artis / band
2012
2 – 4 Ogos 2012
4
142 artis / band
2013
1 – 3 Ogos 2013
4
140 artis / band
2014
31 Julai – 2 Ogos 2014
2
44 artis / band
2015
30 Julai – 1 Ogos 2015
4
153 artis / band
2016
     4 – 6 Ogos 2016*
- *
19 artis / band*


Nota  *tarikh, stage dan artis yang telah dikenal pasti setakat artikel ini ditulis – 4 Januari 2016


W:O:A 2016 dijadualkan akan diadakan pada 4 - 6 Ogos 2016.