Khamis, 12 Mac 2009

Rock Selamba Mini Gig 09



Ternyata Eksklusif Bersama…. Def Gab C, Aisunam, Poetical Kingdom dan Kiri memberi satu impak yang cukup baik pada nama Rock Selamba Mini Gig 09 yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Projek sulung Rock Selamba itu bakal member satu lagi peluang pada pemuzik khasnya rockers dan metalers untuk terus berkarya. shaqmetal berkesempatan menyaksikan gig tersebut dari awal hingga akhir, memang berbaloi itu komen pertama dari shaqmetal. Mana tidaknya… dikatakan eksklusif, betul-betul eksklusif semua penonton yang hadir semua mendapat tempat yang cukup selesa, tiada pandangan yang terhalang oleh penonton yang berdiri, system bunyinya yang ampuh… kelas, tapi yang pentingnya selesa duduk sejam setengah menyaksikan Mini Gig tersebut. Dalam duduk selesapun keriuhan dan kemeriahn sebuah mini gig tetap terserlah dengan komunikasi antara band dan penonton dan sokongan dari penonton yang sporting padea malam tersebut.


Memang kalau dengar masa publisiti menerusi radio semacam alamak… kenapa sikit sangat pas yang dikeluarkan untuk menonton mini ngig tersebut? Tapi perancangan orang Rock Selamba dan MUZIKfm adalah tepat lantaran itu adalah eksklusif untuk pendengar Rock Selamba yang bertuah.
Membuka tirai persembahan malam tersebut Poetical Kingdom memainkan sebuah lagu instrumental yang mampu memberi semangat rock pada permulaan mini gig yang menampakkan hasilnya. Kemudian Poetical Kingdom mempersembahkan 4 lagu terbaik dari album mereka. Pembuka tirai dari Poetical Kingdom boleh dikatakan memberangsangkan meskipun Nampak mereka tidak all out melihat pada persembahan mereka, namun itu sudah cukup sebagai persembahan pembuka tirai.
Selepas rehat seketika 2nd frame untuk mini gig tersebut dihangatkan oleh Def Gab C yang sudah lama menempa nama dengan pengalaman yang cukup luas menjadikan persembahan mereka cukup mantap dan bertenaga. Asyeed memberikan persembahan yang mantap disamping gandingan yang cukup menarik dari ahli band yang lain. Persembahan dari Def Gab C tidak perlu dipertikaikan lagi lantaran lagu seperti Merah dan Pelangi Petang membawa sekali penonton menyanyi bersama-sama. Dengan pengalaman yang ada Asyeed pandai mengambil peluang dalam waktu yang cukup terhad buat mereka untuk membawa penonton bersama dalam persembahan mereka. Suasana gig terus hangat dengan persembahan dari Def Gab C.


Sebagai band baru dalam dunia rock tempatan Kiri tampil untuk 3rd frame mini gig malam tersebut. Shaqmetal mengharapkan sesuatu yang mungkin dapat terus menghangatkan suasana gig tersebut, namun hampa. Kiri seoalah-olah kurang bermaya pada persembahan mereka malam tersebut. Lantaran mood yang sudah naik terus turun dengan persembahan hambar dari Kiri. Telahan shaqmetal jauh tersasar sebenarnya yang mana mengharapkan persembahan yang mantap dari band Kiri namun kehampaan yang dihidangkan buat shaqmetal dan penonton yang lain. Apakah dengan alas an masih baru atau setahun jagung cukup untuk menutup kehambaran persembahan Kiri? Atau apakah alasan malu memadai untuk menyelimut kehampaan penonton? Kalau malu tak payah buat persembahan dan kalau masih setahun jagung kenapa tak tunjukkan kehebatan? Inilah masanya untuk mereka menunjukkan yang mereka hebat. Peluang dan ruang telah disediakan oleh MUZIkfm, namun andai disia-siakan sahaja bukan sahaja MUZIkfm yang akan mengeleng kepala malah band itu sendiri juga akan rugi. Shaqmetal nak bertanya pada penganjur-penganjur konsert atau gig-gig… apakah mereka akan mengambil band yang malu-malu atau membuat persembahan ala-ala kadar atau alaaa janji buat cukuplah untuk terlibat dalam show mereka…. Pasti tidak jawabnya. Jadi kenapa ruang, peluang dan platform yang telah disediakan tidak digunakan sepenuhnya… rugi betul! Fikirkanlah.


Hahhhhh!!! 4th frame… gua tabik la lu all Aisunam…. Ini merupakan kali pertama shaqmetal menonton persembahan Aisunam. Katakan kalau gig tersebut berbayar RM10 ke RM20….. berbaloi! Persembahan Aisunam betul-betul menyelamatkan keadaan yang sudah mula suram. Rockers dan metalers sepatutnya salute kat you all. Persembahan Aisunam cukup mantap dan hebat malam itu shaqmetal terpukau dan rasanya terbawa bersama ke dalam alunan muzik metal dan gaya persemabahan yang mantap Aisunam. Itulah yang dikatakan rock / metal band, dari lagu pertama hinggalah ke lagu terakhir mereka shaqmetal hayati bersama persembahan mereka. Serasa tak puas dengan persembahan mereka, semacam nak tengok lagi persembahan yang macam itu dari Aisunam malam itu… tapi sayang itu adalah penyudah dalam Rock Selamba Mini Gig 09. Sekalung tahniah buat Aisunam.

Rabu, 11 Mac 2009

Nrocinu ... Keamanan


Sebut nama Unicorn kita tahu ianya ialah sejenis mahluk mitologikal yang menyerupai kuda tetapi bertanduk satu. Perkataan unicorn berasal dari bahasa latin iaitu unus (one) dan cornu (horn) dan yang menariknya unicorn bila diterbalikkan menjadi NROCINU. Ini bukanlah nak bercerita mengenai unicorn tetapi Nrocinu band tempatan yang pernah menjuarai pertandingan realiti band rock - Rock Unite.
Bertitik tolak dari pertandingan itu Nrocinu mulai melangkah menongkah dunia metal tempatan berbekal semangat kemenangan dan sebuah hasil karya sulung mereka berjudul ‘Keamanan’ telahpun menermui peminat metal tempatan.
Berasas pada tapak muzik heavy metal, mereka seakan cuba bereksperimentasi dengan muzik heavy metal yang ada sedikit kelainan. Selain instrument tipikal rock terdapat juga penggunaan instrument tradisional melayu. Elemen lain kurang jelas namun suntikan elemen seperti fussion ke dalam melodi heavy metal mereka juga agak jelas ini menjadikan bunyi heavy metal yang segar serta moden berbanding dengan bunyi heavy metal total yang seringkali kita dengar dengan penggunaan instrument tipikal yakni bunyi riff gitar yang berat, lead gitar yang rancak dan kadangkala melow, bass yang bombastik serta pukulan drum yang moody.
Maka dengan gabungan elemen yang agak unik dan menarik itu menjadikan bunyi heavy metal Nrocinu segar terutama dengan suntikan elemen fushion. Namun untuk menikmati dan merasai muzik Nrocinu tidak cukup sekali dengar album sulung mereka, Keamanan.Album yang diterbitkan oleh Mus May itu menampilkan 13 trek lagu seperti berikut;
1. Pengganas
2. Langkah mulaan
3. Kepuraan
4. Sarjan Hassan
5. Pendekar tanganh berapi
6. Kenangan di KUiTTHO
7. Luahan
8. Merdeka
9. Keliru
10. Keamanan
11. The fandango of life
12. Tolonglah aku (Kiri) lagu bonus sebagai guest band
13. Drakula (Sharin band) lagu bonus sebagai guest band
Nrocinu terdiri daripada
Kamarul Ariffin Borhan Nordin (Roll) –vokalis
Ahmad Shah Ziri Mohamed (Shah Sidious) – gitar
Mohd. Safizra Abd. Rahim (Alan) – bass
Mohd. Ghazal Hairder (Zali) - dram

Khalifah



Asal - Kuala Lumpur
Ditubuhkan - 2007
Muzik - Eksperimentasi Folk metal / Power metal

Ahli
Vai - gitar
Yabang - vokal
Harry - gitar utama
Dino - bass
Tony - dram

Discografi
Singl - Khalifah (2007)
Kelahiran (2007)
Single - Cintaku dewi Kamala (2009)
Khalifah (2009)

Sebut saja nama Yabang pasti kita teringat akan suaranya yang lantang dengan alunan qasidahnya. Vokalis yang pernah mengecap nama bersama band Jinbara kini bersama band Khalifah dan kita semua sudah tahu akan perkara itu. Cuma yang akan shaqmetal bicarakan di sini ialah buah tangan terbaru Khalifah. Kita tinggalkan seketika Jinbara dan menyelusuri perjalanan Yabang bersama Khalifah yang telah hadir dengan sebuah album berjudul Kelahiran sebelum ini. Album terdahulu memuatkan lagu-lagu yang sudah agak sebati dengan cara penmyampaian vokal Yabang. Persoalannya sekarang ini bukanlah album tersebut tetapi single terbaharu dari band Khalifah. Single yang memuatkan 3 buah lagu iaitu Cintaku dewi Kamala, Puteri di rimba dan Cintamu cintaku.
Untuk single pertama ini Khalifah cuba membuat pembaharuan menerusi lagu Cintaku dewi Kamala yang mana memasukan elemen dan gaya muzik kaum india dengan alunan ala-ala qasidah dan semacam juga ada sedikit alunan joget. Meskipun pembaharuan itu cuba diterapkan dalam single tersebut namun pada hakikatnya tiada yang boleh dikatakan agak luarbiasa kalau kita selami pada muziknya, muziknya tetap muzik tipikal rock metal dan cuma sedikit ditambah elemen ala-ala muzik kaum india di beberapa bahagian lagu, begitu juga sebahagian dari lontaran vokalnya yang dilontarkan seakan-akan alunan gaya percakapan masyarakat india. Namun keunikannya masih terserlah, suatu eksperimentasi atau percaturan yang cukup menarik dari Khalifah.
Apapun itu merupakan satu percubaan yang cukup menarik dilakukan oleh Khalifah dan andai kita imbas kembali album sulung Khalifah, Kelahiran yang jelas menyelitkan juga elemen melayu. Ini dapat kita hayati dengan cukup jelas dari cara lontaran vokal, alunannya begitu juga dengan gaya muzik yang dimainkan masih kaya dengan unsur-unsur melayu meskipun diterapkan dengan instrumen tipikal rock. Dengan gabungan elemen tersebut bunyi muzik bawaan Khalifah kali ini menampakkan unsur-unsur folk Malaysia ke dalam percaturan muzik mereka. Begitu juga dengan lagu kedua yang dimuatkan dalam single tersebut, Puteri di rimba yang juga memasukan elemen ketimuran dengan menyelitkan instrumen tradisional Malaysia. Ini menjadikan gabungan bunyi muzik yang unik dan menarik disamping alunan vokal lantang dan jelas Yabang.
Dari trek kedua dalam single tersebut shaqmetal beralih pada trek ketiga yang agak ballad dan tempo yang moderate dengan bunyi tipikal muzik rock tidak menampakkan kelainan dari lagu-lagu rock yang lain cuma lagu Cintamu cintaku itu mampu membawa perasaan shaqmetal menghayati lagu tersebut lebih lama lantaran alunan dan melodi yang agak kuat serta boleh dikatakan sedap untuk didengar. Dalam ertikata lain mudah untuk didengar serta mudah untuk diingati.
Apa yang shaqmetal catatkan di sini bukanlah dibuat berasaskan pandangan ramai dan masyarakat umum tetapi sekadar pandangan secara peribadi shaqmetal. Pandangan serta pendapat ini sekadar untuk menyemarakkan lagi dunia metal tempatan. Setiap pandangan yang diutarakan ini tidak semestinya sama dengan pandangan professional atau masyarakat lain. Jadi setiap apa yang shaqmetal catatkan di sini ialah dari sudut dan imaginasi peribadi shaqmetal.

Lagu yang dimuatkan dalam single terbaru Khalifah...
1. Cintaku dewi Kamala
2. Puteri di rimba
3. Cintamu cintaku

Selasa, 10 Mac 2009

Archangels in Black... album terbaharu Adagio


*Dominate merupakan lagu dari album terdahulu Adagio.


Archangels in Black itu yang terbaharu dari band Adagio. Rasanya saya pernah menulis berkenaan album tersebut. Apapun album tersebut telah di rilis pada 2 Februari 2009, yang lalu. Agak terlewat juga saya menyelongkar cerita ini, namun begitu bukanlah bermakna kita akan terus ketinggalan, Cuma waktu itu keadaan tidak mengizinkan. Ini merupakan album studio ke 4 band Adagio dan mastering untuk album Archangels in Black ini telah siap pada 3 September 2008. Atas kelewatan yang tidak disengajakan album tersebut telah dirilis pada 2 Februari di Eropah.
Pernah saya katakan dulu yang komposisi untuk album ini adalah cukup hebat yakni seimbang antara melodic dan extreme metal dan boleh dikategorikan sebagai versi Underworld yang lebih brutal. Ini merupakan album pertama untuk Adagio memasukan Christian Palin sebagai vokalis manakala backing vocal di buat oleh bekas voklais Adagio, Gustavo Monsanto(vokalis untuk album Dominate).
Senarai lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah
"Vamphyri" - 4:27
"The Astral Pathway" - 5:04
"Fear Circus" - 3:59
"Undead" - 4:41
"Archangels in Black" - 5:37
"The Fifth Ankh" - 4:43
"Codex Oscura" - 9:08
"Twilight at Dawn" - 6:24
"Getsu Senshi" - 3:42
Klip video untuk lagu "Fear Circus" telah dirilis dalam bulan January 2009.

Video Klip Adagio

April Rain - ... album baharu Delain.





Wow! April Rain, album terbaharu dari band Delain akan menjengah peminatnya tidak lama lagi. Dengar khabarnya album tersebut akan diedarkan oleh Roadrunner Records dan akan dirilis pada 20 Mac 2009(hari ini dah 10 Mac 2009) tinggal 10 hari lagi. Album tersebut akan dilancar dan dirilis di Benelux. Bersedialah untuk sesuatu yang hebat dari Delain. Album studio penuh kedua ini diterbitkan oleh Jacob Hansen(yang menerbitkan album sulung Delain – Lucidity).
Kalau album terdahulu, Lucidity mengetengahkan ramai penyanyi dan pemuzik undangan untuk album April Rain ini, Delain cuma menampilkan 2 penyanyi undangan iaiutu Marco Hietala (Nightwish dan Tarot) dan Ronald Landa. Menerusi album ini Ronald Landa menyumbangkan suara untuk death growls dalam lagu Virtue and Vice.
Sebenarnya tarikh rilis album ini ialah pada 9 Februari 2009 tetapi dalam bulan Januari 2009 yang baru lalu tarikh tersebut di tunda ke tarikh baru iaitu pada 20 Mac lantaran ada kaitan dengan tarikh edaran serta rilis album tersebut di luar Negara.
Meskipun album April Rain akan dirilis tidak lama lagi tetapi 2 lagu dari album tersebut sebenarnya telahpun diperdengarkan kepada peminat / penonton semasa live oleh Delain dalam tahun 2007 dan 2008. Lagu tersebut ialah Stay Forever dan Start Swimming.
Berikut adalah senarai lagu yang terdapat dalam album April Rain
"April Rain" - 4:36
"Stay Forever" - 4:26[4]
"Invidia" - 3:49
"Control The Storm" (feat. Marco Hietala) - 4:14
"On The Other Side" - 4:11
"Virtue And Vice" - 3:55
"Go Away" - 3:37
"Start Swimming" - 5:21
"Lost" - 3:24
"I'll Reach You" - 3:30
"Nothing Left" (feat. Marco Hietala)[5] - 4:39

Digipak Bonus Track
"Come Closer"

Japanese Bonus Tracks
"Come Closer"

"No Compliance" (Charlotte Only Vocals)

Manakala lagu I'll Reach You akan dirilis sebagai sumbangan kepada Unicef & BT “Inspiring Young Minds” (sebagai lagu muat turun untuk kebajikan).

Khamis, 5 Mac 2009

Rock Selamba 09 Mini Gig... Eksklusif... pindah lokasi !


Rock Selamba 09 Mini Gig yang dijadualkan akan diadakan di Cloth and Clef Club, Jalan Changkat Bukit Bintang, pada malam 6 Mac 2009 ditukarkan ke lokasi baru iaitu Auditorium R. Ramlee, Angakapuri, Kuala Lumpur. Tarikh dan masa tidak berubah. Harap maklum kepada semua band yang terlibat dan juga peminat Rock Selamba 09.

Rabu, 4 Mac 2009

Undian jenis genre metal...


Secara rasminya undian untuk jenis sub genre muzik metal telah berakhir dlam blog ni (shaqmetal.blogspot.com). Apapun sokongan dan keprihatinan bloggers yang turut mengundi amatlah dihargai dan terima kasih banyak-banyak. Dari pengamatan shaqmetal berdasar pada undian tersebut rata-rata bloggers yang sempat bertandang dan mengunjungi blog shaqmetal mengundi sub genre heavy metal sebagai sub genre yang paling banyak didengar atau diminati diikuti dengan symphonic metal dan seterusnya gothic metal. Berikut adalah keputusan undian tersebut.
1. Heavy metal (80%)
2. Symphonic metal (70%)
3. Gothic metal (60%)
4. Power metal (60%)
5. Folk metal (50%)
6. Viking metal (50%)
7. Progressive metal (40%)
8. Speed metal (20%)

Nightwish – Made In Hong Kong (And Various Other Places) 2009


Made In Hong Kong (And In Various Other Places) 2009 bakal dirilis 11 Mac 2009 dan akan menemui peminat Nightwish dalam waktu terdekat. Setelah tampil dengan Dark Passion Play, Nightwish seakan menghadiahkan buahtangan istimewa meskipun lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah seakan album kompilasi. Namun perbezaannya ialah kalau lagu ini dikeluarkan sebagai album studio sebelum ini tetapi untuk terbitan kali ini menerusi Made In Hong Kong (And Various Other Places) 2009, ianya merupakan koleksi live Nightwish yang memasukkan juga lagu demo dan video clip DVD.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah
1. Bye Bye Beautiful (live)
2. Whoever Brings The Night (live)
3. Amaranth (live)
4. The Poet And The Pendulum (live)
5. Sahara (live)
6. The Islander (live)
7. Last Of The Wilds (live)
8. 7 Days To The Wolves (live)
9. Escapist
10. While Your Lips Are Still Red
11. Cadence Of Her Last Breath (Demo)

(video klip) DVD
1. Dark Passion Play World Tour Documentary (running time: 37 minutes)
2. Bye Bye Beautiful (promotional video)
3. Amaranth (promotional video)
4. Islander (promotional video)

Mini GIG Rock Selamba... Eksklusif...


Agak terlewat untuk bercerita mengenai Mini GIG Rock Selamba '09... Eksklusif... yang bakal diadakan pada 6 Mac 2009 bertempat di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Ini merupakan aktiviti Radio Di Lokasi pertama untuk Rock Selamba tahun 2009 dan beberapa lagi siri Mini GIG telah dirancang dan akan diadakan disekitar Kuala Lumpur ini termasuk yang Eksklusif di Cloth and Clef Club. Mini GIG Rock Selamba '09 julung kalinya diadakan ini akan menampilkan 4 band tempatan yang sudah mempunyai peminat / pengikut tersendiri iaitu Def Gab C, Aisunam, Poetical Kingdom dan Kiri. Penampilan eksklusif band-band tersebut adalah khas untuk peminatRock Selamba dan pendengar MUZIKfm sahaja. Ini lantaran bagi anda yang nak hadir dan menyaksikan persembahan 4 band tersebut perlu mendengar rancangan Rock Selamba dari jam 2 hingga 5 petang setiap hari (Isnin hingga Jumaat) untuk mengetahui cara mendapatkan pas masuk percuma. Difahamkan juga oleh pihak Rock Selamba MUZIKfm, mereka juga telah menyediakan beberapa barangan eksklusif MUZIKfm untuk diberikan kepada pendengar yang bertuah malam tersebut. Jadi nanti dan sertai kelompok istimewa yang dapat menyaksikan Mini GIG Rock Selamba '09...