Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 10 Mac 2009

April Rain - ... album baharu Delain.





Wow! April Rain, album terbaharu dari band Delain akan menjengah peminatnya tidak lama lagi. Dengar khabarnya album tersebut akan diedarkan oleh Roadrunner Records dan akan dirilis pada 20 Mac 2009(hari ini dah 10 Mac 2009) tinggal 10 hari lagi. Album tersebut akan dilancar dan dirilis di Benelux. Bersedialah untuk sesuatu yang hebat dari Delain. Album studio penuh kedua ini diterbitkan oleh Jacob Hansen(yang menerbitkan album sulung Delain – Lucidity).
Kalau album terdahulu, Lucidity mengetengahkan ramai penyanyi dan pemuzik undangan untuk album April Rain ini, Delain cuma menampilkan 2 penyanyi undangan iaiutu Marco Hietala (Nightwish dan Tarot) dan Ronald Landa. Menerusi album ini Ronald Landa menyumbangkan suara untuk death growls dalam lagu Virtue and Vice.
Sebenarnya tarikh rilis album ini ialah pada 9 Februari 2009 tetapi dalam bulan Januari 2009 yang baru lalu tarikh tersebut di tunda ke tarikh baru iaitu pada 20 Mac lantaran ada kaitan dengan tarikh edaran serta rilis album tersebut di luar Negara.
Meskipun album April Rain akan dirilis tidak lama lagi tetapi 2 lagu dari album tersebut sebenarnya telahpun diperdengarkan kepada peminat / penonton semasa live oleh Delain dalam tahun 2007 dan 2008. Lagu tersebut ialah Stay Forever dan Start Swimming.
Berikut adalah senarai lagu yang terdapat dalam album April Rain
"April Rain" - 4:36
"Stay Forever" - 4:26[4]
"Invidia" - 3:49
"Control The Storm" (feat. Marco Hietala) - 4:14
"On The Other Side" - 4:11
"Virtue And Vice" - 3:55
"Go Away" - 3:37
"Start Swimming" - 5:21
"Lost" - 3:24
"I'll Reach You" - 3:30
"Nothing Left" (feat. Marco Hietala)[5] - 4:39

Digipak Bonus Track
"Come Closer"

Japanese Bonus Tracks
"Come Closer"

"No Compliance" (Charlotte Only Vocals)

Manakala lagu I'll Reach You akan dirilis sebagai sumbangan kepada Unicef & BT “Inspiring Young Minds” (sebagai lagu muat turun untuk kebajikan).

Tiada ulasan: