Selasa, 31 Disember 2013

ALBUM BAHARU 2013 (BAHAGIAN II)

Agak lama shaqmetal tidak sempat nak upload cerita dan info baharu khasnya album-album baharu yang telah berada di pasaran. Untuk kita kongsi bersama berikut antara album baharu yang telah berada di pasaran.... Untuk hari teraklhir dalam tahun 2013 sedikit lagi untuk kita kongsi bersama dari banyak-banyak album yang tidak sempat shaqmetal uploadkan...

Band  :  Leave's Eyes
Genre  :  Symphonic metal
Album  :  Symphonies of the nights
Trek  :  13 lagu (2 lagu bonus)
Rilis  :  15 November 2013 (Eropah)
             26 November 2013 (Amerika Syarikat)

Band  :  Titanium
Genre  :  Power metal
Album  :  Titanium (self title)
Trek  :  14 trek (2 instrumental)
Rilis  :  20 April 2013

Band  :  Ignitor
Genre  :  Power metal
Album  :  Mix tape '85 (Cover)
Trek  :  8 buah lagu
Rilis  :  20 Mac 2013


Band  :  Dream Theater
Genre  :  Progressive metal
Album  :  Happy Holiday
Trek  :  16 buah lagu (2 CD - 7 buah lagu / 6 buah lagu)
Rilis  :  25 Disember 2013



Selasa, 3 Disember 2013

Timo Tolkki Avalon

Avalon - The land of new hope


     
     Avalon satu nama yang agak janggal dan mungkin jarang kita dengar kalau kita bukan peminat muzik fushion. Avalon merupakan projek opera metal yang diilham dan dicipta oleh bekas anggota Stratovarius yang juga bekas ahli band  Revolution Renaissance dan band Symfonia iaitu Timo Tolkki dalam tahun 2013.
     Ketika menjadikan ciptaannya itu satu reality Timo Tolkki pernah menyatakan yang  konsep Metal Opera begitu hebat, mempersonakan  dan lojikal kepada beliau ketika  saat itu dalam kariernya. TRambahnya dia begitu menyukai muzik klasikal semacam dia menyukai opera klasik yang mana dalam Metal Opera dia dapat mencipta cerita dan muzik tanpa had. Menerusi muzik begitu Timo Tolkki dapat menerjah keupayaan muzik tanpa sempadan dengan cerita dan tema tersendiri yang melahirkan sebuah album setakat ini, The Land Of New Hope (2013) dan bakal hadir dengan album keduanya iaiatu Avalon ll dalam tahun 2014 (artikel ini ditulis pada 2 Disember 2013).
     Antara personality yang membantu memjayakan projek Timo Tolkki ini ialah;
Timo Tolkki  -  (bekas anggota Stratovarius, Revolution Renaissance, Symfonia)                         
Alex Holzwarth  -  Rhapsody of Fire                             
Mikko Härkin  -  (bekas anggota Sonata Arctica, Symfonia), Luca Turilli's Rhapsody            
Elize Ryd  -  Amaranthe        
Rob Rock  -  Impellitteri                         
Russell Allen  -  Symphony X, Adrenaline Mob, Allen-Lande        
Michael Kiske  -  Unisonic, Place Vendome, Kiske/Somerville,bekas ahli -Helloween         
Tony Kakko  -  Sonata Arctica                  
Sharon den Adel  -  Within Temptation                         
Derek Sherinian  -   (bekas ahli Dream Theater, Black Country Communion) the Earth            
Jens Johansson  -  Stratovarius                       
Simone Simons  -  Epica                     
Tuomo Lassila  -   bekas anggota Stratovarius                        
Antti Ikonen



     Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut di atras adalah seperti berikut;
1.            Avalanche Anthem
2.            A World Without Us
3.            Enshrined in My Memory
4.            In the Name of the Rose
5.            We Will Find a Way
6.            Shine
7.            The Magic of the Night
8.            To the Edge of the Earth
9.            I’ll Sing You Home
10.          The Land of New Hope

Album ini telah diriliskan pada 17 Mei 2013 di Eropah manakal 21 Mei di Amerika Syarikat.

Khamis, 28 November 2013

Terbaharu dari Supergroup - Avantasia...

    Selepas album kembar The Wicked Symphony dan Angel Of Babylon yang dirilis dalam tahun 2010 supergrouop yang diasaskan oleh Tobias Sammet, vokalis Edguy... kini mereka tampil dengan hasil terbaharu mereka yang diberi judul The Mistery Of Time. Album studio penuh ke 6 supergroup yang berasal dari Jerman ini telah dirilis pada 29 Mac 2013 lalu.
   Untuk album ini Aavantasia buat pertama kalinya berkerjasama dengan German Film Orchestra Babelsberg iaitu orkestra yang sama semasa untuk album Edguy - Hellfire Club.
     Bagi edisi terhad album ini memuatkan CD kedua versi insrumental kesemua lagu dalam album tersebut (kecuali lagu bonus).  Lagu - lagu yang dimuatkan dalam album tersebut adalah seperti berikut ;

1.   Spectres
2.   The watchmakers dream
3.   Black orchird
4.   Where clock hands freeze
5.   Sleepwalking
6.   Savior in the clockwork
7.   Invoke the machine
8.  What's left of me
9.   Dweller in a dream
10. The great mystery 

Edisi terhad bonus track
11. The cross and you
12. Death is just a feeling (versi alternative)



Dark Wingss Of Steel - Rhapsody Of Fire

     Album baharu Rhapsody Of Fire... Dark Wings Of Steel merupakan taruhan terbaharu dari band Symphonic Power Metal dari Italy yang telah diriliskan pada 22 November yang baru lalu, manakala akan diriliskan di Amerika Syarikat pada 3 Disember 2013 akan datang ini (artikel ini ditulis pada 28 November 2013).
     Bagi album terbaharu ini buat pertama kalinya Rhapsody Of Fire tidak menampilkan gitaris pengasas Rhapsody Of Fire, Luca Turilli. Album ini memuatkan 12 buah lagu seperti berikut ;
1. Vis Divina (Divine Strength)
2. Rising From Tragic Flames
3. Angel of Light
4. Tears of Pain
5. Fly to Crystal Skies
6. My Sacrifice
7. Silver Lake of Tears
8. Custode di Pace ("Guardian of Peace")
9. A Tale of Magic
10. Dark Wings of Steel
11. Sad Mystic Moon
12. A Candle to Light (extended version) [bonus track for LP & Digipak]




Album DVD Baharu Epica

    Aaaahhhhh banyak benda yang tertinggal, keinginan untuk memuntahkan apa yang ada dalam benak ini terlalu kuat desakkannya tetapi keadaan sentiasa tidak menyebelahi shaqmetal... yahhh dengan alasan yang klise mungkin... SIBUK.... sibuk dengan tugas hakiki dengan itu dan ini. Hakikatnya shaqmetal sebenar-benarnya terlalu sibuk... Dalam kesibukan itu media yang selalu menjadi tempat persinggahan ialah youtube dan beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter... Bermacam - macam 'alert' yang menjengah page personal shaqmetal tentang album baharu atau penghasilan terbaharu dari band seperti Epica.... Rhapsody dan mmmm banyak lagi. shaqmetal jadi cemburu lantaran tidak berkesempatan untuk meninjau dan menikmati lebih lanjut punca 'alert' tersebut.... maka mengambil sedikit masa yang terluang shaqmetal cuba menjengah helai cerita pada sebuah band symphonic metal yang betrasal dari  Reuver, Limburg, Netherlands iaitu... EPICA. Konsert Retrospetch sempena Ulangtahun Ke 10 Epica telah dirakam dalam bentuk DVD.
   DVD yang memuatkan 26 buah lagu itu dirakam semasa konsert yang diadakan di Klokgebouw dengan sokongan 70 angota orkestra. Album konsert tersebut telah diriliskan pada 8 November 2013 di EU, 11 November 2013 di UK dan 26 November 2013 di USA. Album konsert tersebut di rilis  menerusi Nuclear Blast Records.
     Ini merupakan album video DVD kedua mereka selepas We Will Take You With Us dalam tahun 2004. Untuk album studio penuh baharu Epica perancangannya akan dikeluarkan dalam tahun hadapan (2014). Album sebelum ini Requiem For The Indifferent telahpun dirilis dalam tahun 2012 iaitu album studio penuh yang ke 5. Namun setakat artikel ini ditulis (28 November 2013) masih belum diketahui akan tajuk album baharu tersebut.
       





Khamis, 12 September 2013

Maria Escarlata

Maria Escarlata dari Mexico


Shaqmetal menemui sebuah lagu daripada Maria Escarlata menerusi youtube dan terus menikmati lagu tersebut yang membawa kepada pencarian shaqmetal  pada nama Maria Escarlata. Siapa Maria escarlata seorang individu (solo) atau berkumpulan (band), tetap menjadi persoalan. Bila melihat gambar dalam youtube sah Maria Escarlata adalah sebuah band nama kesahihannya perlu dibuktikan, apakah Maria Esdcarlata itu benar-benar sebuah band atau bagaimana. Memang pencariabn itu sesuatu yang memeritkan kadangkala namun bagi mencari serta memastikan Maria Escarlata itu sebuah band adalah berbaloi. Memang namanya nama seorang perempuan kebetulan pula suara vokalisnya juga seorang wanita jadi memang Maria Escarlata itu sebuah band yang ditubuhkan dalam tahun 2003 dan berasal dari Apatzingan, Michoacán, Mexico.
Maria Escarlata yang begitu aktif sejak penubuhan mereka kini sudah pun menerbitkan 3 buah album studio penuh  iaitu album El Misterio (2008), El Defasio (2011) dan Lagrimas De Amaor Y Muerte (2013). Muzik bawaan mereka dikatakan berbaur heavy metal, melodic dan gothic namun bila mendengar vokal  Duan Marie terpancar vokal sopranonya maka penjelasan mengenai sub genre muzik bawaan band Maria Escarlata akan shaqmatal perbincangkan lagi selepas ini.
Kita berkenalan dahulu dengan Maria Escarlata yang dianggotai oleh 4 anggota (3 lelaki dan 1 wanita) terdiri daripada Patrick (gitar bass), Sorkin (drums), Ulisses Mac (gitar), Manuel (keyboard) dan Duan Marie (vocal). Sebelum menyertai dan menunuhkan Maria Escarlata, Ulisses dan Duan Marie adalah anggota band Anabantha. Ada juga cerita mengatakan Maria Escarlata merupakan projek solo vokalis Anabantha, Duan Marie. Biarkan cerita itu, yang pentingnya Maria Escarlata memang ujud dan telah tampil dengan 3 buah album studio penuh begitu juga dengan Anabantha yang tetap ujud dengan pembawaannya sendiri namun peranan Duan dan Ulisses juga tetap pada Maria Escarlata dan Anabantha. Selain dengan band Anabantha, Duan juga dikaitkan dengan sebuah lagi nama band iaitu ‘Maquiavelia’.
 Biarpun demikian fokus catatan shaqmetal ini ialah Maria Escarlata yang rata-rata lirik lagi mereka dalam bahasa masyaearat di Mexico. Dari pengamatan lagu dan muzik memang ada unsur gothic dalam muzik mereka dan yang cukup dimasukkan ialah elemen folk serta melodic yang menjadikan muzik bawaan Maria Escarlata sedap untuk didengar dilenggokkan dengan vokal Duan Marie yang lunak serta soprano (sesakali di lontarkan). Kalau diamati lirik lagu – lagu yang dimuatkan dalam album mereka lebih bertemakan cinta, kesakitan / keperitan dan perhubungan. Untuk menilaiu sendiri bagaimana bunyi yang dihasilkan oleh Maria Escarlata anda boleh nikmati lagu-lagu mereka secara percuma menerusi youtube atau mendapatkan yang asli / original.
                Berikut adalam tajuk album dan lagu yang telah dihasilkan oleh Maria Escarlata ;


Album    : El Misterio

1.            El Misterio                                                                           
2.            La Llama de nuestro amor                                            
3.            Hechizo de amor                                                              
4.            Sirena                                                                                   
5.            Tu Nombre                                                                         
6.            La Soledad                                                                          
7.            Cuéntame                                                                           
8.            Mar Escarlata (instrumental)
9.            El Veredicto                                                                        
10.          Volveré (Bonus track feat. Interpuesto)                   


Album   : El Desafio

1.            El Castigo                                                             
2.            El Desafio                                                            
3.            Escucha                                                                
4.            Chiquitita (Abba cover)                                                 
5.            Ay Corazon                                                         
6.            Tu Regazo                                           
7.            El Viento                                                              
8.            Tu Alma Gamela                                             
9.            tan Solo Por Amarte                                     
10.          ¿A donde van los sueños?         


Album   : Lagrimas De Amaor Y Muerte

1.            Relatos                                 
2.            El Color De La Tristeza  
3.            Alma De Pirata                
4.            Lágrimas De Amor Y Muerte     
5.            El Ladrón                            
6.            El Guardián                       
7.            Valiente                             
8.            Maktub                              

9.            Oh Maldición                    

Khamis, 30 Mei 2013

Konsert Thunder In The East...

Konsert Thunder In The East.. Bakal menggegarkan KL


Buat julungkalinya 4 nama besar  serta lagenda dalam muzik rock dan metal Asia bergabung untuk merealisasikan Konsert Thunder In The East yang dijadualkan akan diadakan pada 30 Jun 2013 bertempat di Stadium Merdeka. Bayangkan nama besar seperti Loudness(Jepun), Search(Malaysia), Rusty Blade (Singapura) dan Slank (Indonesia) akan bersatu tenaga untuk menggegarkan Stadium Merdeka pada konsert tersebut. Konsert itu sendiri bakal menjanjikan kehebatan muzik rock, heavy metal, rock n roll era 80an dan bakal juga membangkitkan semangat metal 80an.Memang kita tidak pernah menjangkakan 4 abnd besar ini akan bergabung dibawah 1 konsert dan diadakan di Malaysia, sesungguhnya ini adalah ruang dan peluang untuk rockers dan metalers di Malaysia, negara jiran Singapura dan Indonesia turun padang ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan sendiri penampilan keempat-empat band tersebut nanti.Kesahihan cerita itu telah pun disahkan oleh penganjur konsert tersebut, Clockwork Event yang bertanggungjawab menganjurkannya. Menurut penganjur idea ini hadir dan tercetus daripada  konsert Big Four America yang pernah diadakan di Amerika Syarikat.Kalau dilihat pada band-band tersebut tentang hubngkaitnya dengan konsert ini kungkin band Loudness ada pertaliannya, ingat tak pada album kelima Loudness yang memuatkan lagu-lagu hits seperti Heavy chains, Crazy nights, Run for your life, Like hell dan beberapa buah lagu lagi. Judul album tersebut ialah ‘Thunder In The East’ .Apa pun idea disebalik nama konsert atau penganjuran itu hakikatnya ia adalah dari buah minda penganjur, shaqmetal Cuma sekadar memberi sedikit pandangan peribadi dan info untuk kita kongsi bersama. Yang penting bagi kita warga  serta peminat rock dan metal ini adalah satu penghargaan yang cukup besar buat peminat rock dan metal tanah air meskipun terpaksa membayar harga yang agak mahal untuk menikmatinya. Harga rasanya tidak perlu kita pertikaikan yang penting kalau kitra rasa kita mampu dan berkeinginan terpulanglah pada diri kita sendiri. Untuk makluman kita bersama harga tiket dijual dengan harga RM888 untuk kelas VIP Platinum, RM398 untuk kelas VIP Gold, RM258 bagi kelas VIP Silver dan RM138 untuk tiket kelas biasa.Kita tinjau sedikit info mengenai banmd yang bakal terlibat serta turut membuat penampilan dalam konsert ini nanti untuk kita kongsi bersama infonya.


Cover album Thunder in The East - Loudness (1985)

Loudness
Band yang berasal dari negara matahari terbit ini telah ditubuhkan dalam tahun 1980 oleh gitaris Akira Takasaki dan pemain drum Munetaka Higuchi. Dalam bahasa Jepun nama band ini di sebut ラウドネス Raudonesu (Loudness). Band yang berasal dari Osaka, Jepun ini dianggotai oleh Akira Takasaki – gitar dan backing vokal, Masayoshi Yamashita – bass dan backing vokal, Minoru Niihara – vokalis utama dan Masayuki Suzuki – drum.  Sekadar untuk makluman kita bersama juga salah seorang pengasas Loudness, Munetaka Higuchi telah pun meninggal dunia di Hospital  Osaka City pada 30 Noivember 2008 kerana kanser hati.
Berikut adalah album studio penuh yang telah dirilis oleh band Loudness sehingga kini (sehingga artikel ini di tulis – 30 mei 2013) ; The Birthday Eve (1981), Devil Soldier (1982), The Law of Devil's Land (1983), Disillusion (1984), Disillusion (1984) – versi English,  Thunder in the East (1985), Shadows of War (1986), Lightning Strikes (1986), Hurricane Eyes (1987), Hurricane Eyes (1987) – versi Japun, Soldier of Fortune (1989), On the Prowl (1991), Loudness (1992), Heavy Metal Hippies (1994), Ghetto Machine (1997), Dragon (1998), Engine (1999), Spiritual Canoe (2001),  Pandemonium (2001), Biosphere (2002), Terror (2004), Racing (2004), Breaking the Taboo (2006), Metal Mad (2008), The Everlasting (2009), King of Pain (2010), Eve to Dawn (2011) dan 2012 (2012).
Selain itu Louydness pernah meriliskan juga 3 buah EP, 8 buah abum Live, 17 buah album kompilasi, 25 buah single dan 20 buah video (home video).
 
Gambar lama Kumpulan Search (sekadar hiasan)
Search
Band Search telah dianggap sebagai band lagenda di Malaysia dan telah ditubuhkan dalam tahun 1981 di Johor Baru oleh Yazit (drum), Hillary Ang (gitar), Nasir (bass), Zainal (gitar) dan Amy(vokalis). Band yang masih mampu lagi bertahan hingga ke saat ini telah pun meriliskan sejumlah 25 buah album seperti - Cinta Buatan Malaysia (1985), Langit Dan Bumi (1986), Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987), Di Pintu Sepi (1988), Berpaling (1988), Fenomena (1989), Search Live (1989), Karisma (1990), Sepuluh Tahun (1991), Rampage (1992), Double Trouble (bersama band Wings – 1992), Remix EP (1994), Terbaik (1994), Gema Di Timur Jauh (1995), Gema Di Timur Jauh "Unplugged" (1995), Rock 'N' Roll Pie (1996), Rock N' Roll Pie Live N' Loud (1997), Double Trouble 2 (bersama band  Wings – 1998), Bikin Wilayah (bersama  Awie – 1998), Selepas Banjir (1999), Rockestra (2001), Fenomena 2003 (2003), Gothik Malam Edan (2006), Konsert Rock Search Evolusi 2004 (2007), Live at Planet Hollywood (2007)
Selain itu band Search juda pernah meriliskan 19 buah album kompilasi, 11 video (kaset/Vcd/Dvd) dan 12 video muzik. Mereka juga pernah terlibat dalam filem baik sebagai pelakon atau lagu latar seperti filem Kembara... Seniman Jalanan (1986), Rozana Cinta '87 (1987), Kepala Angin (1987), Fenomena (1990), Isabella (1990) dan Rock (2005).



Rusty Blade
Band Rusty Blade merupakan sebuah band Heavy Metal yang berasal daripada Singapura dan mencipta nama di Malaysia. Pada asalnya band ini dianggotai oleh Yantzen (Vokal), Khalid Mubin (Gitar), Mamat (Gitar), Razak (bass) & Zan (Dram). Band Rusty Blade juga diberi gelaran Iron Maiden Singapura oleh pengemar dan peminat muzik metal diSingapura.
Namun menerusi album terakhir mereka, barisan Rusty Blade dianggotai oleh Mazwan(Guitar), Rahman Aziz(Guitar), Lee Space(Drum), Razali(Bass Guitar), J.Yantzen dan Asheed(Vocals). Namun kalau dilihat pada penampilan penuh mereka ketika album Awas dalam tahun 1989 mereka dibarisi oleh Khalid Mobin (Gitar), Md. Noor Hendrix (Gitar), Mann Karen (Bass),  Azizan Abu Bakar (Drum) dan J.Yantzen (Vokal).
Sepanjang penglibatan mereka dalam scene  rock dan metal band Rusty Blade telah pun meriliskan 5 buah album antaranya Ikrar Perwira (1985), Rintangan Hidup Dunia (1986), Berat(1988), Awas (1989) dan Lagenda Putra Fenomena (2012).


Slank
Band Slank merupakan sebuah band yang berasal dari Jakarta, Indonesia. Band ini mulai aktif semenjak 1983 dengan membawa muzik aliran rock. Slank dianggotai oleh Akhadi Wira Satriaji (Kaka), Bimo Setiawan Almachzumi Bim Bim - pemain dram, Mohammad Ridwan Hafiedz Ridho - pemain gitar /keyboard, Ivan Kurniawan Arifin Ivan - pemain gitar bass dan Abdee Negara Abdee - pemain gitar.
Sepanjang pembabitan mereka dalam bidang muzik sejak penubuhannya Slank telah pun meriliskan 16 buah album - 1990 - Suit-Suit....Hehehe (Gadis Sexy), 1991 – Kampungan, 1993 – Piss, 1995 - Generasi Biru, 1996 – Minoritas, 1996 - Lagi Sedih, 1997 – Tujuh, 1998 - Mata Hati Reformasi
1999 – 999, 2001 – Virus, 2003 - Satu Satu, 2003 - Bajakan!, 2004 - Road to Peace, 2005 – Plur, 2006 – Slankisme dan 2007 - Slow But Sure.




Selasa, 28 Mei 2013

PowerMetal

PowerMetal... Lagenda metal dari Indonesia


Power metal merupakan band yang membawa jalur muzik atau lebih mudah disebut sebagai sub gener muzik bawaan mereka adalah heavy metal. Jangan ada yang terperangkap dengan nama band mereka lantaran kalau disebut sebagai band power metal itu merupakan salah satu sub genre muzik dibawah lingkungan metal.

Power bererti tenaga atau suatu kekuatan dan metal adalah benda yang mengandung unsur logam besi serta memiliki sifat asas besi yang kuat.  Power Metal mengekspresikan muzik yang bakal hasilkan disertai dengan suatu energi atau tenaga yang kuat. Sehingga aromanya, cirinya, atau nuansa muziknya merupakan sesuatu yang serba kuat. Sifat metal yang tidak mudah terbentuk atau dibentuk semula dan diubah bentuk, ini juga menggambarkan kegigihan dan eksistensi Power Metal dalam mengharungi dunia muzik rock dan metal di Indonesia.
Lambang / logo band PowerMetal
Kalau dilihat pada lambang band Power Metal iaiatu ladam kuda dan tali berikut adalah penjelasan yang diberikan.  Ladam kuda biasanya dibuat daripada logam / ‘metal’ terbaik dan digunakan sebagai lapik kaki kuda, haiwan yang tersohor kekuatan dan kepantasannya serta identiti dengan kekuatan atau tenaga serta ketangkasannya. Kerana itulah, kekuatan metal ini menggambarkan kekuatan muzik metal yang sangat dahsyat dan kekuatan Power Metal itu sendiri untuk memeriahkan sekaligus memberi pengaruh pada senario muzik di Indonesia.
Tali merupakan simbol dari ikatan yang sangat kuat untuk menyatukan sesuatu agar tidak tercerai atau terburai. Tali ini melambangkan ikatan erat antara anggota - anggota Power Metal untuk satu kekuatan yang kukuh. Tali ini juga melambangkan ikatan persaudaraan penggemar/peminat muzik metal dan Power Metal yang kuat dan tidak akan terlerai oleh waktu.

Bertitik tolak dari itu cuba kita tinjau pula apa yang disimpan dalam dalam penumbuhan band PowerMetal itu sendiri. Asalnya nama band yang berasal dari Surabaya / Jakarta ini ialah Power Band dengan gandingan asalnya Totty M. (vokal), Ipunk (gitar), Pras Hadi (bass), Raymond (keyboard), dan Mugix (drum). Namun perubahan pada barisan anggota band telah menjurus pada perubahan atau pertukaran nama band. Pertukaran vokalis dan diganti oleh Pungky Deaz  dan  posisi bass diganti oleh Hendix Sanada juga membawa nama band bertukar menjadi Power Metal.

Power berarti tenaga atau suatu kekuatan dan metal adalah benda yang mengandung unsur logam besi serta memiliki sifat dasar besi yang kuat. Hampir semua benda kerja yang membutuhkan kekuatan di sepanjang sejarah peradaban manusia selalu terbuat dari logam metal. PowerMetal mengekspresikan musik yang harus disertai dengan suatu energi atau tenaga yang kuat. Sehingga aromanya, cirinya, atau nuansa musiknya merupakan sesuatu yang serba kuat. Sifat metal yang tidak mudah ter-deformasi atau dibentuk ulang dan dirubah bentuk ini juga menggambarkan kegigihan dan eksistensi PowerMetal dalam mengarungi dunia musik di Indonesia.

Di peringkat awal band ini sering membawa lagu – lagu daripada band – band besar seperti Anthrax, Helloween, Loudness atau Yngwie Malmsteen. Meninjau sejarah pembabitan awal band ini dalam arena metal di Indonesia cukup mengujakan bilamana tidak sampai setahun mereka aktif dalam dunia muzik metal, band ini telah menjuarai Festival Rock Remaja – Jawa Timur di Lumanjang sekitar tahun 1987. Tahun berikutnya mereka juga menjadi juara untuk Festival Rock seJawa di Kediri dalam tahun 1988. Semangat yang berkobar – kobar itu telah melanjutkan lagi penguasaan band ini dalam arena rock dan metal Indonesia apabila sekali lagi mereka dinobatkan sebagai  juara untuk Festival Rock seIndonesia V dalam tahun 1989.

Dengan gelaran yang sebegitu gah nama Power Metal terus memuncak dan dalam tahun yang sama ketika Festival Rock seIndonesia V nama Hendrix Sanada juga diangkat sebagai pemain bass terbaik. Kebangkitan band Power Metal sebenarnya ketika itu bersaing hebat dengan band lain seperti band Andromedha (Surabaya), Kaisar (Solo) dan Roxx (Jakarta).

Kejayaan yang dinikmati oleh Power Metal telah membuka ruang dan jalan untuk mereka menembusi  dunia rakaman seterusnya menjadi antara band popular dalam arus perdana muzik rock dan metal Indonesia.

Melihat pada pencapaian band Power Metal yang cukup membanggakan seluruh anggota band dan warga rock dan metal  Indonesia di peringkat awak kehadiran mereka maka rasanya adalah perlu untuk kita senaraikan di sini untuk kita kongsi bersama antara kejuaraan yang pernah dirangkul dan penglibatan dalam konsert besar band Power Metal diperingkat awal penubuhan mereka.

Juara pertama Festival Rock Remaja se-Jawa Timur di Lumajang (1987)
Juara pertama Festival Rock se-Jawa di Kediri, Jawa Timur (1988)
Juara pertama Festival Rock se-Jawa Bali (1988)
Juara pertama Festival Rock Log Zhelebour V se-Indonesia (1989)
The Best Bassist Festival Rock Log Zhelebour V se-Indonesia (1989)
Opening Act  Jelajah Rakasasa God Bless (1990)
Pendatang Baru Terbaik di BASF Awards (1991)
Album Power One terjual  lebih dari 300 ribu unit (1991)
Opening Act Konsert Rock Sepultura di Surabaya (1992)
Opening Act Konsert Rock Helloween di Surabaya (2004)

Perjalanan Power Metal terus terbuka luas untuk mengembangkan sayap rock dan metal mereka bilamana lengkapnya formasi band Power Metal dengan membarisi Arul Efansyah (vokal), Ipunk (gitar), Prass Haddy (bas), Raymond Ariasz (kibor), dan Mugix Adam (dram). Dengan barisan itu mereka telah menyiapkan album sulung mereka yang diberi judul Power One dibawah naungan Logiss Revcords dalam tahun 1991. Dengan terbitnya album tersebut maka beberapa buah lagu menjadi hits antaranya ialah Angkara, Satu Jiwa, Pengakuan, Malapetaka, Cita Yang Tersita dan Bayangan Dirimu.

Sepanjang mereka melalui ruang muzik rock dan metal pelbagai onak dan duri dilalui seperti juga band – band lain yang tidak lepas dari pertukaran anggota band. Ini juga terjadi pada band Power Metal pertukaran demi pertukaran anggota telah berlaku dan berikut antara formasi band Power Metal sejak penubuhannya ;


1986-1988:
Totty M - Vokal
Ipunk - Gitar
Pras Hadi - Bass
Raymond - Keyboard
Mugix – Drum

1988-1989:
Punky Deas - Vokal
Ipunk - Gitar
H Sanada - Bass
Raymond - Keyboard
Mugix – Drum

1989-1991:
Arul Efansyah - Vokal
Ipunk - Gitar
Pras Hadi - Bass
Raymond - Keyboard
Mugix – Drum

1991-1996:
Arul Efansyah - Vokal
Lucky S.W - Gitar
F Rossi - Bass
Raymond - Keyboard
Mugix – Drum

1996-2000:
Arul Efansyah - Vokal
Lucky S.W - Gitar
F Rossi - Bass
James Fistgerald [Ex-Andromedha] - Keyboard
Eko Dinaya [Ex-Eclips Band] – Drum

2000-2005:
Arul Efansyah - Vokal
Ipunk - Gitar
Endro - Bass
Raymond - Keyboard
Eko Dinaya – Drum

2005-sekarang:
Arul Efansyah - Vokal
Ipunk - Gitar
Lucky S.W - Gitar
Babah - Bass
Sastro Adi - Keyboard
Eko Dinaya – Drum

Dalam tahun 2010 iaitu serentak dengan terbitnya album ke – 9 mereka  yang berjudul Power Metal IX ejaan pada nama band Power Metal juga sedikit berubah dari ejaan Power Metal menjadi PowerMetal (nama  digabungkan).

Semenjak penubuhan band PowerMetal  hinggalah ke detik ini mereka telah pun meriliskan 9 bnuah album studio penuh seperti berikut ;


Album studio penuh
Power One (1991)
Power Mission (1992)
Power Demons (1993)
Serigala (1995)
Pesta Dansa (1996)
Peace, Love & War (1998)
Topeng-Topeng Murka (2002)
Kebesaranmu (2005)
Power Metal IX (2010)

Album kompilasi
            Power works (1994)
           18 Greatest Hits Of Power Metal (1996)
            The Best Slow Hits (1997)

            History Of Power Metal (2001)

Sabtu, 18 Mei 2013

Darzamat


Darzamat...
*sekadar untuk maklumat - band ini adalah band symphonic black metal
Satu lagi nama unik membawakan genre muzik symphonic (black) metal yang ditubuhkan dalam tahun 1995, Darzamat. Band yang berasal dari Poland. Secara ringkasnya nama Darzamat itu sendiri  diambil dari nama dewa atau penjaga hutan dalam mitos Latvia.
Darzamat dianggotaim oleh ;
Agnieszka “Nera” Gorecka (vokalis)
Rafal “Flauros” Goral (vokalis)
Krzysztof “Chris” Michalak (gitar)
Maciej “darkside” Kowalski (drum)
Marek “ Markus”  Tkoocz (bass).
Sepanjang penubuhan sejak 1995, mereka telahpun menerbit dan meriliskan beberapa buah album /EP antaranya ;
Album penuh
In the flames of black art (1997)
Oniriad (2003)
Semidevilsh (2004)
Transkarpatia (2005)
Solfernus’ path (2009)
EP
In the opium of black veil (1999)
Video
Live profanity (Visiting the grave of heretics) (2007)

Kenali Band Ini... (Bahagian 1 / 2013)

Kenali band - band ini....

Ini merupakan kesinambungan dari apa yang telah shaqmetal updatekan dulu namun untuk kali ini shaqmetal cuba nak updatekan band-band yang namanya agak baharu dan jarang-jarang kita dengar namanya... 

Kemas kini 18 Mei 2013

Organized Chaos
Progressive metal
Organized Chaos ditubuhkan dalam tahun 2005 di Belgrade, Serbia
Anggota band
Vladimir Lalic – vokalis utama (lahir 8 November 1983)
Marta Vlahovic – vokalis / keyboard (6 Februari 1983)
Milan Jejina Yeqy – drum (lahir 18 Mei 1984)
Alek Darson – gitar / keyboard (13 November 1984)
Stefan Golubovic – bass (lahir 25 Januari 1988)
Album / Demo / EP
Inner conflict (2011) – Album penuh


Orenda
Progressive metal
Orenda ditubuhkan  dalam tahun 1998 di (Univerty Rouen)Rouen, Peranchis.
Anggota band
Stéphane Coubray (keyboard, vokal)
Anthony Lefebvre (vokal)
Raphael Léger (drum, vokal)
Cédrick Saulnier (gitar, vokal)
Juliene Estève (bass, vokal)
* Band Oreda dari Vratza, Bulgaria adalah band black metal



Mythodia
Symphonic  metal
Mythodea ditubuhkan di Greece.
Anggota band
Charlie Zeleny (drum)
John  West (vocal)
Christos Nikolaou (gitar)
Steve Digiorgio (bass)
Album / Demo / EP / Single
Mythodea (2012)



Opus Tide
Progressive metal (Instrumental technical)


Opus Tide ditubuhkan di selatan London, UK dalam tahun 2004.
Anggota band
Lewis  Turner (vokalis, gitar , bass)
Dan Shooter (drum, keyboard, bas)
Celestino Marin (bass)
Album / Demo / EP / Single
Open the gates (2008)


Onyx Eyes
Progressive gothic metal
Band Onyx Eyes berasal dari Chemnitz, Jerman telah ditubuhkan dalam tahun 2005
Anggota band
Ines (vokal)
Soren (gitar)
Alex (gitar)
Mart (bass)
Josch (drum)
Album / Demo / Single / EP
Delights and tears (2008)