Khamis, 28 Mei 2009

Asimilasi – Royce Sa’ayan


Single terbaru Royce Sa'ayan...
Arena rock dan metal tempatan mulai merayap lebih jauh kalau dulu muzik symphonic metal tidak kedengar di pentas gig atau mini showcase namun apa yang dilakukan oleh Royce Sa’ayan bakal memberi impak yang cukup besar dalam industri muzik metal tempatan. Irama, melodi dan gaya lagu Asimilasi meremangkan bulu roma andai kita hayati betul-betul sesungguhnya penantian untuk menyaksikan hidangan symphonic metal yang sebenarnya telah direalisasikan ketika Mini Gig Rock Selamba di Central Market beberapa minggu yang lalu. Percubaan yang cukup berani Royce dalam memperkenalkan symphonic metal di arena arus perdana yang nyata mampu membuka minda rockers dan metalers yang lain untuk terus menghayati irama sedemikian harus diberi pujian. Menerusi Asimilasi memang cukup jelas elemen yang sepatutnya ada pada lagu sub genre symphonic metal itu ada, baik dari susunan muziknya hingga cara penyampaian Royce sendiri begitu juga cara penampilan Royce waktu itu. Ini bukan pujian sekadar nak membodek tetapi hakikatnya persembahan dari Royce telah memperkenalkan apa yang dipendam oleh Royce sejak kebelakangan ini. Memang kalau kita nak bercerita mengenai symphonic metal selain gaya muzik, elemen, instrumen, cara penyampaian vokal, tema, pakaian memanglah seharusnya symphonic tetapi sebagai permulaan apa yang disediakan oleh Royce sudah memadai meskipun kita nak dengar vokal yang soprano samada mezzo atau tenor itu bukanlah persoalan kita sekarang ini, yang penting ialah kita harus ada yang betul-betul tampil membawakan muzik yang sedemikian untuk santapan kita bersama.
Kalau kita imbas album yang dihasilkan oleh Royce sebelum ini lebih menjurus kearah gothic dan memang diakui sendiri oleh Royce namun transformasi dari gothic ke symphonic adalah sesuatu yang hebat dilakukan oleh penyanyi solo. Asimilasi transformasi muzik metal tempatan… horns up metalers

Isnin, 4 Mei 2009

Ahli Baru Edenbridge...



Setelah meriliskan album edisi khas dan eksklusif buat peminat setia mereka Live Earth Dream, kini mereka telah menemui dua orang baru mengisi kekosongan dalam Edenbridge. Orang baru tersebut merupakan bekas anggota band Thirdmoon, Dominik Sebastian yang telah bermain gitar untuk keseluruhan tour My Earth Dream, Edenbridge. Dominik telah membuktikan beliau mampu melakukan yang terbaik serta pemuzik hebat untuk terus bersama Edenbridge. Petikan gitar Dominik boleh diamati menerusi album edisi khas Live Earth Dream. Selain itu seorang lagi ialah Simon Holzknecht, pemain bass baru Edenbridge merupakan anggota yang paling muda, berumur 22 tahun telah menyertai Edenbridge. Sebelum menyertai band Edenbridge, Simon Holzknecht menganggotai band Serenity.

Live Earth Dream... Edenbridge


Album khas dan eksklusif band symphonic power metal dari Austria ini telah menemui peminat mereka dan dirilis hari ini, 4 Mei 2009. Album tersebut memuatkan lagu-lagu terpilih dari konsert yang mereka adakan sepanjang tahun 2008. Live earth Dream adalah susulan dari album My earth Dream yang telah diterbitkan tahun lalu. Anatara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album edisi kah tersebut ialah seperti berikut;

1: THE FORCE WITHIN (INTRO) (1:08)
2: SHADOWPLAY (5:24)
3: REMEMBER ME (3:47)
4: UNDYING DEVOTION (4:37)
5: WILD CHASE (5:46)
6: SHINE (5:19)
7: EVERMORE (3:52)
8: FOR YOUR EYES ONLY (3:07)
9: TERRA NOVA (7:14)
10: MOVE ALONG HOME (4:47)
11: CENTENNIAL LEGEND (5:31)
12: PARAMOUNT (4:33)
13: FALLEN FROM GRACE (5:00)
14: MYEARTHDREAM (9:01)



Sila klik di sini untuk cerita / berita / info lain mengenai Edenbridge.
Ahli baharu Edenbridge