Selasa, 14 Februari 2012

Afee Utopia... Cerita Terbaharu


Afee Utopia…Bakal Muncul Dengan Single Terbaharu…
U-Topia antara nama yang pernah menyemarakkan industri muzik rock tempatan era 90an dan nama itu tetap mekar hingga kini. Bila berkumandangnya lagu seperti lagu Mithali Cintaku, Maya Percintaan dan lagu Di Sini Pasti akan membuai kita ke era kegemilangan mereka. Namun nama U-Topia tidak pernah pudar meskipun band tersebut kini tidak ada lagi perkhabarnya setelah 2 anggotanya telah meninggalkan dunia yang fana ini. Nama U-Topia dan Afee sendiri tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran nama itu sudah cucuk sinonim dengan pendengar dan peminat rock kapak/80an dan 90an.
Namun sedar tak sedar vokalis U-Topia, Afee, tidak pernah tawar hati dan tetap terus berjuang dalam industri rock tempatan. Afee tetap setia mendendangkan lagu-lagu tersbut dan sering kali menemui peminat dan pendengar setianya di pentas-pentas hiburan, konsert dan persembahan lainnya. Afee terus aktif menyanyi dan dikhabarkan akan menghasilkan single terbaharunya. Secara keseluruhan single tersebut telah siap namun tarikh untuk dirilis belum dipastikan. Semasa menyertai satu mini konsert di utara tanah air, Alor Setar baru-baru ini shaqmetal sempat bersembang dengan Afee tentang perkembangan terbaharu Afee dan menurutnya semuanya masih seperti dulu dan dia aktif kesana dan kemari membuat persembahan. Dan bercerita mengenai single terbaharunya, Afee menjelaskan yang lagu sepenuhnya sudah siap Cuma memerlukan sentuhan terakhir untuk menambah baik serta memperhalusi beberapa aspek lain. Afee sempat memperdengarkan lagu tersebut dengan shaqmetal dan ternyata sentuhan Afee dan pengaruh U-Topia masih lagi kuat pada lagu tersebut. Meskipun demikian bunyi pembaharuan gaya yang disuntik pada lagu tersebut iaitu mengandingkan vokal wanita menjadi bunyinya unik dan sedap didengar. Apapun nantikan kemunculan single tersebut di corong-corong radio.

Evanescence Live di Kuala Lumpur


Evanescence Akan Bertandang Ke  KL…
Evanescence yang ditubuhkan di Little Rock, Arkansas, Amerika Syarikat dalam tahun 1995 oleh vokalisnya Amy Lee dan gitaris Ben Moody akan berada di Kuala Lumpur dalam rangka tour di Asia, Eropah dan Amerika. Konsert yang akan diadakan di KL Live Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 23 februari 2012 ini direncanakan akan bermula jam 8.30 malam.
Tiket berharga RM98 hingga RM298 boleh didapati dari pihak penganjur dan booth tiket yang telah disediakan oleh penganjur.
Band yang terkenal dengan lagu Bring Me To Life, My Immortal dan beberapa buah lagu lagi itu telah menghasilkan 3 buah album iaitu album Fallen (2003), The Open Door (2006) dan album Evanescence (2011). Evanescence juga telah mengeluarkan sebuah album live yang diberi judul Anywhere But Home dalam tahun 2004 dan terjual lebih sejuta unit seluruh dunia. Album pertama mereka Fallen telah terjual lebih 17 juta unit diseluruh dunia.
Evanescence dianggotai oleh Amy Lee – vokalis / keyboard / harp, Terry Balsamo – gitar utama, Troy McLawhorn – gitar, Tim Mccord – bass dan Will Hunt – dram. Salah seorang pengasas Evanescence, Ben Moody keluar dari band tersebut dalam bulan Oktober 2003 dan tempatnya digantikan oleh Terry Balsamo.
Sepanjang karier Evanescence sehingga kini mereka telah mengondol beberapa anugerah seperti Kerrang! Award (2003 dan 2007), MTV Europe Music Award (2003 – 3 kategori, 2006 dan 2007), Grammy Award (2004 – 5 kategory, 2005 dan 2008), World Music Award (2004) dan MTV Australia Award (2007).
Rasanya ini merupakan penampilan pertama Evanescence di Kuala Lumpur. Jadi buat peminat tegar Evanescence peluang sebenini jarang datang bertandang dan sekiranya berkesempatan luangkan sedikit masa untuk menikmati secara live buah tangan dari Evanescence di KL Live Centre pada 23 Februari ini (2012).

Khamis, 9 Februari 2012

Usaha dan Berusahalah... Rock Selamba

Setelah menyelusuri beberapa fb page, group, like page dan page individu shaqmetal terjumpa group page Rock Selamba Fan Page dan page group Himpunan Suara peminat MUZIKfm dan Rock Selamba Mohon Kembali Ke Udara. Untuk maklumat lanjut lihat link ini - HIMPUNAN SUARA PEMINAT MUZIK.FM & ROCK SELAMBA MOHONKEMBALI KE UDARA . Ternyata suara-suara yang dilontarkan terlalu berbunyi perit, penuh pengharapan dengan seribu impian. Ya mahu stesen radio nombor 1 RTM - MUZIKfm dikembalikan bersiaran di uadara seperti biasa lantas secara tidak langsung juga mahukan Rock Selamba juga beriringan dengan  MUZIKfm kembali ke ruanmg udara disiarkan secara teresterial. Itu yang mereka mahukan, yahhhh sekadar keinginan peminat, pendengar dan rakyat yang sayangkan stesen radio tersebut. Bukan nak apa cuma sekadar bercerita diruangan ini, bila shaqmetal menyelusuri page fb tersebut nyata ada benarnya keluhan mereka demi memenuhi kehendak mereka sebagai pendengar dan rakyat sekaligus yang menyokong MUZIKfm selama ini. shaqmetal sekadar menyampuk apa yang diperkatakan dalam page fb tersebut mereka cuma nak kembalikan stesenh tersebut ke udara seperti biasa... itu saja (betulkan shaqmetal kalau salah). Berbalik kepada stesen tersebut secara zahirnya kita lihat mana-mana radio stesen diujudkan adalah atas permintaan dan keperluan 2 pihak iaitu empunya stesen yang ada agenda tersendiri dan pendengar yang nak mendengar stesen tersebut. jadi kalau ada kedua-duanya maka jadilah stesen itu diminati dan didengari pendengar. Tetapi andainya stesen itu sekadar memberi keuntungan kepada satu pihak sahaja rasanya susah sikit shaqmetal nak ceritakan. Apapun yang berhak tetap berhak, empunya stesen berhak nak buat apoa pada stesennya... tetapi pendengar pula berhak nakkan apa yang telah dihidangkan.... mmmmm pening juga ya. Hak empunya stesen dan hak pendengar... siapa nak kita dahulukan? Kita fikirkan bersama-sama, mudah-mudaha suara-suara mereka didengar juga sebagai menghargai penyokong atau peminat yang sentiasa ada bersama stesen tersebut. Mmmm macamana ya... apapun shaqmetal taknak mengupas itu dan ini, cuma sekadar nak menyampuk apa yang shaqmetal tengok/lihat/baca pada page tersebut.

Band Rock Malaysia...

Post ini shaqmetal khaskan buat peminat band / kumpulan rock era 80an dan awal 90an , yakni zaman kegemilangan rock tempatan. Info yang diketengahkan ini sekadar untuk mengingatkan kita bahawa band-band ini pernah ujud dan mewarnai kanvas muzik rock tempatan suatu ketika dahulu tidak kira band atau kumpulan tersebut masih aktif atau tidak. shaqmetal cuba carikan maklumat untuk kita kongsi bersama di sini. Meskipun demikian band-band rock metal yang ada semasapun akan cuba shaqmetal catatkan di sini. Rock terus rock... namun sebagai permulaan shaqmetal bermula dengan band-band zaman rock kangkang dulu dan insyaAllah kita akan telusuri kesemuanya nanti.
Update 10 Februari 2012



Band  :  Arena
Sub genre  :  Rock
Ditubuhkan  :  1990an
Band atau kumpulan Arena merupakan antara nama band yang memeriahkan industry muzik rock diera kebangkitan muzik rock tempatan. Kurang pasti akan masa dan bila band ini ditubuhkan namun pada tahun 1991 band ini telah melahirkan satu-satunya album sepanjang penglibatan mereka yang diketahui. Begitu juga dengan pengakhiran band ini yang tidak diketahui bila terbubarnya band Arena. Yang pasti band Arena antara band yang pernah mencipta nama seketika dalam persada muzik rock tempatan yang waktu itu banyak bersandarkan kepada lagu-lagu rock balada atau rock ‘cintan.
Anggota Arena
Rizam – vokal
Boy (pernah menyertai band Real X dan Melissa) – gitar
Megat – gitar
Zam – Bass
Mie – drum
Album Studio
Selamat Tinggal Cinta  (1991)



Band  :  Analisa
Sub genre  :  Rock
Ditubuhkan  :  1989
 Band atau lebih biasa bagi masyarakat kita kumpulan Analisa merupakan band rock yang terlahir ketika era kegemilangan rock tanahair. Analisa dianggotai oleh 4 orang anak muda yang bersemangat untuk sama-sama memeriahkan muzik rock dan mencari popularity ketika itu. Namun Analisa Cuma mampu bertahan 3 tahun sahaja. Analisa dibubarkan pada 1991 bila Azmeer (Amir) menubuhkan band/kumpulan baharu iaitu U’kays. Sepanjang 3 tahun terlibat dalam industry muzik tempatan Analisa sempat menghasilkan sebuah album sahaja.
Anggota Analisa
Azmeer (sekarang dikenali dengan nama Amir UK’s) – vokal
Bigo – gitar
Lufi – bass
Isham - drum
Album Studio
Palestine (1991)


Band  :  Aces
Sub genre  :  Rock
Ditubuh  :  1988
 Band / Kumpulan rock yang ditubuhkan oleh 4 orang anak muda dalam tahun 1988 pernah menyertai Juara Kumpulan Muzik Tenggara ’88 dalam tahun 1988. Penyertaan mereka dalam Juara Kumpulan Muzik Tenggara ’88 telah menonjolkan indentiti dan bakat Aces. Bertitik tolak dari situ mereka terus mengorak langkah bagi menyemarakkan lagi arena muzik rock tempatan, bagai cendewan tumbuh slepas hujan. Selepas itu Aces telah hadir dengan buah tangan pertama mereka dalam tahun 1989, album sulung mereka yang diberi judul Hidup. Setelah ahdir dengan album pertama mereka mendiamkan diri sehinggalah tahun 1992 apabila mereka tampil dengan album kompilasi yang membabitkan juga band/kumpulan Dinamik, Olan, Victim dan Justice.
Anggota band Aces
Nai (Nairul Abdul Rahim) – vokalis
Sam (Samad Ashgar) – gitar utama
Amir (Amirul Shah) – bass
Mikail - drum
Album
Hidup (Album studio penuh)  (1989)
Metal Rock – Perjuangan ’92 (Album kompilasi) (1992)


Band  :  A.C.A.B
Sub genre  :  Oi / Indie
Ditubuhkan  :  1994
Band / Kumpulan A.C.A.B telah ditubuhkan dalam tahun 1994 di Kuala Lumpur oleh Magskin dan Eddie.  Nama A.C.A.B bertahun sehingga 2003 dan mereka telah menukar nama A.C.A.B kepada The A.C.A.B mulai tahun tersebut seiringan dengan bertukarnya genre muzik yang mereka bawa. Dari awal penubuhannya sehingga 2003 A.C.A.B membawa muzik Oi dan antara band Oi yang dikenali di Malaysia, namun penghijrahan dari muzik Oi ke sub genre rock indie juga menjadikan nama mereka The A.C.A.B pada tahun 2003. Diawal kemunculan A.C.A.B mereka hadir berlima tetapi bila merubah corak muzik menjadi rock indie, The A.C.A.B cuma tinggal berempat sahaja.
Anggota band A.C.A.B / The A.C.A.B
Era A.C.A.B
Magskin (Megat hafiz)
Eddie (Edy J. Herwan)
Hardy Sham
Anas
Black
Era The A.C.A.B
Max Hafiz (Magskin) (Megat hafiz) – vokal / gitar
Edy J. Herwan – gitar
Mono – bass
Irfan - drum
Demo / LP / EP
A.C.A.B (1995)
Eastern Oi (1999)
Unite and Fight (1996) 
Album Kompilasi
Tribute To Rusty Blade (lagu Rintangan hidup dunia) (1999)
The Underground Tribute To sweet Charity (Lagu Musibah) (2001)
Unite And Fight & A.C.A.B (1998)
Oi ! Pride, Struggle To Survive (2001)
Punk / Oi Malaysian Ways (2001)
Day Of Being Wild  1995 - 1999(2001)
No. 1 (2002)
Forever Skinhead 1995 – 2003 (2004)
Video
Oi! Oi! The Fest’ 2002 (2002)
Live and Loud 2 (2003) 
Single
We are the skin (1998)
Streets of uptown (2001)
Album Studio
Skinhead 4 Life (2001)
This is The A.C.A.B (2006)


Band  :  Ababil
Sub genre  :  Rock
Ditubuh  :  1989
Band / Kumpulan Ababil merupakan antara band/kumpulan yang lahir semasa era kebangkitan muzik rock di Malaysia (era 80an).  Band Ababil telah ditubuhkan pada tahun 1989 yang pada asalnya diberi nama History namun telah menukar nama kepada Ababil ketika menjengah arus perdana muzik ketika itu. Ketika sama-sama menghangatkan industry muzik/hiburan tanahair khasnya rock waktu itu Ababil cuma sempat melahirkan sebuah album yang juga diberi nama Ababil. Selepas itu nama Ababil menghilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan hingga ke saat ini. Tidak dapat dipastikan apakah Ababil masih ujud dan aktif lagi dalam industri muzik tanahair.
Anggota band Ababil 
Ajid – vokalis (pernah menganggotai band GET)
Rosli – gitar
Sham – bass
Akak Dann – drum
Album Studio
Ababil  (1989)

Rabu, 8 Februari 2012

Album Baharu 2012 (Bahagian ll)

Album Baharu yang boleh dimiliki...  2012 (Bahagian ll) 


Berikut adalah antara senarai album baharu yang telah sudah dan akan berada di pasaran. Info ini sekadar untuk makluman dan berkongsi maklumat atau berita sahaja. Bahagian l boleh anda ikuti di laman berikut Album Baharu 2012 (Bahagian l).
Update 7 Februari 2012 / Rabu


Gun Barrel - Brace Of Impact (2012)
Sub genre : Power metal
1.   The wild hunt
2.   With might main
3.   Diamonds bullet
4.   Stand your ground
5.   Start a riot
6.   Books of life
7.   Big taboo
8.   Dancing on torpedos
9.   Brace for impact
10. No survival on arrival
Album dari band Gun Barrel ini dijangka akan di rilis pada 23 Mac 2012




4Arm - Submission For Liberty
Sub genre : Thrash metal
1.   Sinn macht frei
2.   Why I lay awake
3.   Raise a fist
4.   Submission for liberty
5.   The oprressed
6.   I will not bow
7.   Taken down
8.   My fathes eyes
9.   The warning
10. Blood of martyrs
Album ini telah dirilis pada 6 Februari 2012.
Anggota band ini ialah ;
Andy Hinterreiter - bass
Michael Vafiotis - drum
Johnny Glovasa - gitar utama
Danny Tomb - vokal / gitar




Jeff Loomis - Plains Of Oblivian (2012)
Sub genre : Progressive metal
1.   Mercurial
2.   The ultimatum
3.   Escape velocity
4.   Tragedy and harmony
5.   Raquim for the living
6.   Cotinuum drift
7.   Surrender
8.   Choosen time
9.   raptor
10. Sibylline origin
Album ini direncanakan akan dirilis pada 9 April 2012.




Running Wild - Shadowmaker (2012)
Sub genre : Traditional heavy metal
1.   Peece of the action
2.   Riding on the tide
3.   I am who I am 
4.   Black shadow
5.   Locomotive
6.   Me and the boys
7.   Shadowmaker
8.   Sailing fire
9.   Into the black
10. Dracula
Album Shadowmaker ini dijangka akan dirilis pada 20 April 2012




3 Inches Of Blood - Long Live Heavy Metal (2012)
Sub genre : Traditional heavy metal
1.   Metal woman
2.   My sword will not sleep
3.   Leather lord
4.   Chief and the blade
5.   Dark meseenger
6.   Look out
7.   4000 torches
8.   Leave it on the ice
9.   Die for good (Upon the boiling sea lV)
10. Storming Juno
11. Men of fortune
12. One for the ditch
Dijangkakan album ini akan dirilis pada 26 Mac 2012. 
Anggota band 3 Inches Of Blood ialah ;
Cam Pipes / vokalis 
Shane Clark / gitars
Justin Hagberg / gitar
Byron Stroud / bass
Ash Pearson / drum 





VOZ - Shadow Of Death (2012)
Sub genre : Traditional heavy metal
1.   Shadow of death
2.   Coldness of night
3.   Buried from the light
4.   The happening
5.   Underworld
6.   Witchhunter
7.   Run
8.   Darkness reigns
9.   Heaven cries
10. Fires in hell
Album ini akan dirilis pada 16 Mac 2012
Anggota band ialah ;
Morrie Vozdecky - gitar / vokal
Shane French - gitar
Raven Blakkwell - bass
John Teer - drum
Pete Blakk - gitar utama
Dave Garcia - gitar tambahan




Ecliptica - Journey Saturnine (2012)
Sub genre : Power metal
1. ђ (Saturn's Theme)
2. Journey Saturnine
3. Fire! Burn!
4. Love & Misery
5. Dreamland
6. Blackend Day
7. Ready for a Ride
8. Kingdom of Heaven
9. The Shadow
10. Condition Crestfallen
11. Attitude
12. Without You 
Album ini telah dirilis pada 20 Januari 2012
Anggota band ini ialah ;
Alexander Basstard / Bass
Roman Daucher / Drum
Markus Winkler / Gitar
Thomas Tieber / Vokalis
Alen Đuričić / Gitar
Sandra Urbanek / Vokalis

Jumaat, 3 Februari 2012

101 Peraturan Power Metal (Bahagian lll)


101 Peraturan Power metal (Bahagian lll)

Sambungan untuk 10 lagi peraturan power metal. Seperti yang shaqmetal jelaskan dalam bahagian terdahulu ini adalah sekadar rekaan semata-mata dan mungkin ada yang berkaitan, apapun ianya juga boleh diguna-pakai tetapi bukan madatori. Sekadar untuk mencambah minda kita. 
21.       Not ke 16 adalah satu-satunya not.
22.       Adalah tidak bermakna sekiranya anda menyanyi dimana anda tidak dibenarkan untuk kekal pada not yang kurang dari 2 bar.
23.       keyboard juga mengambil peranan solo.
24.       kalau anda tidak dapat menjadi Michael Kiske, anda sekurang-kurangnya boleh jadi macam Timo Tolkki.
25.       Jangan jadi Timo Tolkki.
26.       Seandainya anda tidak tahu, ‘symphonic’ itu sinonim dengan ‘epic’. Lihat peraturan no.1.
27.       Biarpun sudah ada 300 band sebelum anda yang menghasilkan yang ‘epic’, tidak semestinya anda tidak boleh lantaran dikeliling anda sentiasa ada ruang untuk lebih lagi, termasuk anda.
28.       Lagu hadir dalam dua(2) tempo sahaja ; metal dan ballad.
29.       Anda secara rasminya menjadi golongan insane yang dirujuk diri mereka sebagai hebat tanpa di tertawakan.
30.       Pendengar / audien perlu dan boleh menyanyi bersama. Jadinya bunyi ‘catchy’.

Untuk mendapatkan lagi peraturan seterusnya klik disini. SAMBUNG KE BAHAGIAN IV
Klik di sini untuk merujuk semula ke BAHAGIAN ll. KEMBALI KE BAHAGIAN ll 

Khamis, 2 Februari 2012

Band Rock Dan Metal Terbaik...

Metal Band Terbaik... (Antarabangsa / Tempatan)
Rasanya untuk mencatatkan sesuatu dalam ruangan ini terasa terhad pula sejakkebelakangan ini dengan alasan terlalu busy dengan tugas rasmi dan bermacam-macam lagiagenda dan urusan. Apapun perjalanan blog shaqmetal tetap dipantau dan dijenguk. Apa yangingin shaqmetal kongsikan menerusi catatan ini ialah band rock dan metal antarabangsa dantempatan yang anda rasa dan anda pilih boleh menjadi band rock atau metal terbaik bagi anda secara peribadi. Tidak kira samada band itu membawa jalur muzik heavy metal, grunge, alternative, power metal, speed metal, symphonic metal atau apa genre sekalipun, yang pentingnya band rock dan metal. shaqmetal nak buat undian untuk band-band tersebut, manakah band yang paling anda suka dan minati setiap ujung bulan kita lihat band mana yang menjadi pilihan anda. Cuba tinjau-tinjau nama band dalam nlog shaqmetal dan anda boleh calonkan dengan memberi respon dan bagi nama kat ruang komen artikel ini, shaqmetal akan senaraikan dan kita akan buat senarai pendek (memilih 10 ke 20 ke atau berapapun) sebagai senarai pendek yang boleh kita buat undian. Nama-nama band yang diletakkan dalam ruangan undian untuk setakat permulaan ini adalah cadangan sahaja dansekiranya anda ada senarai yang lebih banyak lagi boleh kemukakan pada shaqmetal sebelum 15 Februari ini. shaqmetal akan membuat senarai pendek selepas tarikh tersebut. Berikut adalah antara nama band yang boleh dicalon dalam undian tersebut (mencatatkan sebahagian dari ribuan band yang ada dipersada antarabangsa)...

1.            Black Sabbath
2.            Iron Maiden
3.            Metallica
4.            Judas Priest
5.            Motorhead
6.            Slayer
7.            Megadeth
8.            Venom
9.            Pantera
10.          Death
11.          Ozzy Osbourne
12.          Queenrcyhe                                      
13.          Dream Theater                                
14.          Celtic Frost                                         
15.          Monowar                                           
16.          Mercyful Fate                                   
17.          Helloween
18.          Anthrax               
19.          Bathory                
20.          Napalm Death   
21.          Alice In Chains                   
22.          Sepultura                   
23.          Motley Crue                                      
24.          Scorpions                                           
25.          Morbid Angel                                   
26           Tool                                                      
27.          Mayhem                                             
28.          Korn
29.          Emperor                                             
30.          Opeth                                                  
31.          Rainbow                                             
32.          Soundgarden                                    
33.          Exodus                                                
34.          Possessed                                          
35.          Blind Guardian
36.          Cannibal Corpse
37.          Testament                                         
38.          Faith No More                                  
39.          King Diamond                                   
40.          Suicidal tendencies                        
41.          Accepy                                                
42.          Nightwish
43.          Faith Warning                                   
44.          Overkill
45.          Symphony X
46.          Ygwie J. Malmsteen
47.          Kreator
48.          Decide
49.          Burzum
50.          Carcas
51.          At  The Gates
52.          System Of Down
53.          Candlemass
54.          Saxon
55.          Slipknot
56.          In Flames
57.          Children Of Bodom
58.          Rage Against The Machine
59.          Voivod
60.          Machine Head
61.          Dimmu Borgir
62.          Diamond Head
63.          Neorosis
64.          Ancient Bards
65.          Savatage
66.          Type O Negative
67.          Darkthrone
68.          DRI
69.          My Dying Bride
70.          Sodom
71.          W.A.S.P
72.          Immortal
73.          Iced Earth
74.          Twisted Sister
75.          HammerFall
76.          Gamma Ray
77.          Therion
78.          Stratovarius
79.          Skid Row
80.          Suffocation
81.          Raven
82.          Mastodon
83.          Nevermore
84.          Lamb Of God