Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 9 Februari 2012

Usaha dan Berusahalah... Rock Selamba

Setelah menyelusuri beberapa fb page, group, like page dan page individu shaqmetal terjumpa group page Rock Selamba Fan Page dan page group Himpunan Suara peminat MUZIKfm dan Rock Selamba Mohon Kembali Ke Udara. Untuk maklumat lanjut lihat link ini - HIMPUNAN SUARA PEMINAT MUZIK.FM & ROCK SELAMBA MOHONKEMBALI KE UDARA . Ternyata suara-suara yang dilontarkan terlalu berbunyi perit, penuh pengharapan dengan seribu impian. Ya mahu stesen radio nombor 1 RTM - MUZIKfm dikembalikan bersiaran di uadara seperti biasa lantas secara tidak langsung juga mahukan Rock Selamba juga beriringan dengan  MUZIKfm kembali ke ruanmg udara disiarkan secara teresterial. Itu yang mereka mahukan, yahhhh sekadar keinginan peminat, pendengar dan rakyat yang sayangkan stesen radio tersebut. Bukan nak apa cuma sekadar bercerita diruangan ini, bila shaqmetal menyelusuri page fb tersebut nyata ada benarnya keluhan mereka demi memenuhi kehendak mereka sebagai pendengar dan rakyat sekaligus yang menyokong MUZIKfm selama ini. shaqmetal sekadar menyampuk apa yang diperkatakan dalam page fb tersebut mereka cuma nak kembalikan stesenh tersebut ke udara seperti biasa... itu saja (betulkan shaqmetal kalau salah). Berbalik kepada stesen tersebut secara zahirnya kita lihat mana-mana radio stesen diujudkan adalah atas permintaan dan keperluan 2 pihak iaitu empunya stesen yang ada agenda tersendiri dan pendengar yang nak mendengar stesen tersebut. jadi kalau ada kedua-duanya maka jadilah stesen itu diminati dan didengari pendengar. Tetapi andainya stesen itu sekadar memberi keuntungan kepada satu pihak sahaja rasanya susah sikit shaqmetal nak ceritakan. Apapun yang berhak tetap berhak, empunya stesen berhak nak buat apoa pada stesennya... tetapi pendengar pula berhak nakkan apa yang telah dihidangkan.... mmmmm pening juga ya. Hak empunya stesen dan hak pendengar... siapa nak kita dahulukan? Kita fikirkan bersama-sama, mudah-mudaha suara-suara mereka didengar juga sebagai menghargai penyokong atau peminat yang sentiasa ada bersama stesen tersebut. Mmmm macamana ya... apapun shaqmetal taknak mengupas itu dan ini, cuma sekadar nak menyampuk apa yang shaqmetal tengok/lihat/baca pada page tersebut.

Tiada ulasan: