Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 14 Februari 2012

Evanescence Live di Kuala Lumpur


Evanescence Akan Bertandang Ke  KL…
Evanescence yang ditubuhkan di Little Rock, Arkansas, Amerika Syarikat dalam tahun 1995 oleh vokalisnya Amy Lee dan gitaris Ben Moody akan berada di Kuala Lumpur dalam rangka tour di Asia, Eropah dan Amerika. Konsert yang akan diadakan di KL Live Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 23 februari 2012 ini direncanakan akan bermula jam 8.30 malam.
Tiket berharga RM98 hingga RM298 boleh didapati dari pihak penganjur dan booth tiket yang telah disediakan oleh penganjur.
Band yang terkenal dengan lagu Bring Me To Life, My Immortal dan beberapa buah lagu lagi itu telah menghasilkan 3 buah album iaitu album Fallen (2003), The Open Door (2006) dan album Evanescence (2011). Evanescence juga telah mengeluarkan sebuah album live yang diberi judul Anywhere But Home dalam tahun 2004 dan terjual lebih sejuta unit seluruh dunia. Album pertama mereka Fallen telah terjual lebih 17 juta unit diseluruh dunia.
Evanescence dianggotai oleh Amy Lee – vokalis / keyboard / harp, Terry Balsamo – gitar utama, Troy McLawhorn – gitar, Tim Mccord – bass dan Will Hunt – dram. Salah seorang pengasas Evanescence, Ben Moody keluar dari band tersebut dalam bulan Oktober 2003 dan tempatnya digantikan oleh Terry Balsamo.
Sepanjang karier Evanescence sehingga kini mereka telah mengondol beberapa anugerah seperti Kerrang! Award (2003 dan 2007), MTV Europe Music Award (2003 – 3 kategori, 2006 dan 2007), Grammy Award (2004 – 5 kategory, 2005 dan 2008), World Music Award (2004) dan MTV Australia Award (2007).
Rasanya ini merupakan penampilan pertama Evanescence di Kuala Lumpur. Jadi buat peminat tegar Evanescence peluang sebenini jarang datang bertandang dan sekiranya berkesempatan luangkan sedikit masa untuk menikmati secara live buah tangan dari Evanescence di KL Live Centre pada 23 Februari ini (2012).

Tiada ulasan: