Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 14 Februari 2012

Afee Utopia... Cerita Terbaharu


Afee Utopia…Bakal Muncul Dengan Single Terbaharu…
U-Topia antara nama yang pernah menyemarakkan industri muzik rock tempatan era 90an dan nama itu tetap mekar hingga kini. Bila berkumandangnya lagu seperti lagu Mithali Cintaku, Maya Percintaan dan lagu Di Sini Pasti akan membuai kita ke era kegemilangan mereka. Namun nama U-Topia tidak pernah pudar meskipun band tersebut kini tidak ada lagi perkhabarnya setelah 2 anggotanya telah meninggalkan dunia yang fana ini. Nama U-Topia dan Afee sendiri tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran nama itu sudah cucuk sinonim dengan pendengar dan peminat rock kapak/80an dan 90an.
Namun sedar tak sedar vokalis U-Topia, Afee, tidak pernah tawar hati dan tetap terus berjuang dalam industri rock tempatan. Afee tetap setia mendendangkan lagu-lagu tersbut dan sering kali menemui peminat dan pendengar setianya di pentas-pentas hiburan, konsert dan persembahan lainnya. Afee terus aktif menyanyi dan dikhabarkan akan menghasilkan single terbaharunya. Secara keseluruhan single tersebut telah siap namun tarikh untuk dirilis belum dipastikan. Semasa menyertai satu mini konsert di utara tanah air, Alor Setar baru-baru ini shaqmetal sempat bersembang dengan Afee tentang perkembangan terbaharu Afee dan menurutnya semuanya masih seperti dulu dan dia aktif kesana dan kemari membuat persembahan. Dan bercerita mengenai single terbaharunya, Afee menjelaskan yang lagu sepenuhnya sudah siap Cuma memerlukan sentuhan terakhir untuk menambah baik serta memperhalusi beberapa aspek lain. Afee sempat memperdengarkan lagu tersebut dengan shaqmetal dan ternyata sentuhan Afee dan pengaruh U-Topia masih lagi kuat pada lagu tersebut. Meskipun demikian bunyi pembaharuan gaya yang disuntik pada lagu tersebut iaitu mengandingkan vokal wanita menjadi bunyinya unik dan sedap didengar. Apapun nantikan kemunculan single tersebut di corong-corong radio.

Tiada ulasan: