Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 28 November 2013

Terbaharu dari Supergroup - Avantasia...

    Selepas album kembar The Wicked Symphony dan Angel Of Babylon yang dirilis dalam tahun 2010 supergrouop yang diasaskan oleh Tobias Sammet, vokalis Edguy... kini mereka tampil dengan hasil terbaharu mereka yang diberi judul The Mistery Of Time. Album studio penuh ke 6 supergroup yang berasal dari Jerman ini telah dirilis pada 29 Mac 2013 lalu.
   Untuk album ini Aavantasia buat pertama kalinya berkerjasama dengan German Film Orchestra Babelsberg iaitu orkestra yang sama semasa untuk album Edguy - Hellfire Club.
     Bagi edisi terhad album ini memuatkan CD kedua versi insrumental kesemua lagu dalam album tersebut (kecuali lagu bonus).  Lagu - lagu yang dimuatkan dalam album tersebut adalah seperti berikut ;

1.   Spectres
2.   The watchmakers dream
3.   Black orchird
4.   Where clock hands freeze
5.   Sleepwalking
6.   Savior in the clockwork
7.   Invoke the machine
8.  What's left of me
9.   Dweller in a dream
10. The great mystery 

Edisi terhad bonus track
11. The cross and you
12. Death is just a feeling (versi alternative)



Dark Wingss Of Steel - Rhapsody Of Fire

     Album baharu Rhapsody Of Fire... Dark Wings Of Steel merupakan taruhan terbaharu dari band Symphonic Power Metal dari Italy yang telah diriliskan pada 22 November yang baru lalu, manakala akan diriliskan di Amerika Syarikat pada 3 Disember 2013 akan datang ini (artikel ini ditulis pada 28 November 2013).
     Bagi album terbaharu ini buat pertama kalinya Rhapsody Of Fire tidak menampilkan gitaris pengasas Rhapsody Of Fire, Luca Turilli. Album ini memuatkan 12 buah lagu seperti berikut ;
1. Vis Divina (Divine Strength)
2. Rising From Tragic Flames
3. Angel of Light
4. Tears of Pain
5. Fly to Crystal Skies
6. My Sacrifice
7. Silver Lake of Tears
8. Custode di Pace ("Guardian of Peace")
9. A Tale of Magic
10. Dark Wings of Steel
11. Sad Mystic Moon
12. A Candle to Light (extended version) [bonus track for LP & Digipak]




Album DVD Baharu Epica

    Aaaahhhhh banyak benda yang tertinggal, keinginan untuk memuntahkan apa yang ada dalam benak ini terlalu kuat desakkannya tetapi keadaan sentiasa tidak menyebelahi shaqmetal... yahhh dengan alasan yang klise mungkin... SIBUK.... sibuk dengan tugas hakiki dengan itu dan ini. Hakikatnya shaqmetal sebenar-benarnya terlalu sibuk... Dalam kesibukan itu media yang selalu menjadi tempat persinggahan ialah youtube dan beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter... Bermacam - macam 'alert' yang menjengah page personal shaqmetal tentang album baharu atau penghasilan terbaharu dari band seperti Epica.... Rhapsody dan mmmm banyak lagi. shaqmetal jadi cemburu lantaran tidak berkesempatan untuk meninjau dan menikmati lebih lanjut punca 'alert' tersebut.... maka mengambil sedikit masa yang terluang shaqmetal cuba menjengah helai cerita pada sebuah band symphonic metal yang betrasal dari  Reuver, Limburg, Netherlands iaitu... EPICA. Konsert Retrospetch sempena Ulangtahun Ke 10 Epica telah dirakam dalam bentuk DVD.
   DVD yang memuatkan 26 buah lagu itu dirakam semasa konsert yang diadakan di Klokgebouw dengan sokongan 70 angota orkestra. Album konsert tersebut telah diriliskan pada 8 November 2013 di EU, 11 November 2013 di UK dan 26 November 2013 di USA. Album konsert tersebut di rilis  menerusi Nuclear Blast Records.
     Ini merupakan album video DVD kedua mereka selepas We Will Take You With Us dalam tahun 2004. Untuk album studio penuh baharu Epica perancangannya akan dikeluarkan dalam tahun hadapan (2014). Album sebelum ini Requiem For The Indifferent telahpun dirilis dalam tahun 2012 iaitu album studio penuh yang ke 5. Namun setakat artikel ini ditulis (28 November 2013) masih belum diketahui akan tajuk album baharu tersebut.