Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...







shaqmetal mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua bloggers dan semua umat Islam dimana sahaja. Mudah-mudahan raya kali ini akan membawa lebih keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Sabtu, 12 September 2009

Lana Lane...





Penyanyi rock dari Amerika Utara ini dilahirkan dalam keluarga seni di Concord, California. Lana membesar dalam persekitaran muzik yang seimbang antara muzik rock dan big band swing. Lana Lane mula aktif dan terlibat dengan bidang muzik secara serius sejak tahun 1993.

Meskipun Lana mempersembahkan jenis muzik yang agak versatile namun arah tuju muzik bawaan Lana lebih menjurus pada symphonic rock dan progressive metal. Lagu-lagu Lana terjarak dari soulful love-and-longing ballads ke sains fiksyen dan fantasi rock tour-de-forces lengkap dengan makhluk asing, duyung, wizards dan pari-pari.

Setelah menerbitkan beberapa buah album, peminat Lana dan pemberita member jolokan “The Queen Ofr Symphonic Rock”. Lana berpindah ke Los Angeles penghujung 80an dimana dia telah bertemu dengan suaminya seorang penerbit muzik, Erik Norlander.

Selain sebagai penyanyi(vokalis) secara solo, Lana juga menjadi npenyanyo latar untuk beberapa band besar serta berkebolehan bermain peralatan muzik seperti gitar dan piano.



Discografi
Love is an Illusion (1995)
Curious Goods (1996)
Garden of the Moon (1998)
Live in Japan (1998)
Ballad Collection (1998)
Queen of the Ocean (1999)
The Best of Lana Lane 1995 - 1999 (1999)
Secrets of Astrology (2000)
Ballad Collection II (2000)
Project Shangri-La (2002)
Covers Collection (2003)
Winter Sessions (2003)
Return to Japan (2004)
Storybook: Tales from Europe and Japan (DVD, 2004)
Lady Macbeth (2005)
10th Anniversary Concert (DVD/CD set, 2006)
Gemini (2006)
Red Planet Boulevard (2007)
The Best of Lana Lane 2000 - 2008 (2008)

Album lain yang turut menampilkan Lana Lane.
Erik Norlander and Friends "Live in St. Petersburg" (2006)
Erik Norlander "Stars Rain Down" (2004)
Gary Hughes "The Once and Future King" Part I and II (2003)
Erik Norlander "Into the Sunset" (2000)
Rocket Scientists "Oblivion Days" (1999)
Rocket Scientists "Earth Below and Sky Above" (1998)
Rocket Scientists "Brutal Architecture" (1995) (Lana appears only on the Japanese bonus track)
Rocket Scientists "Earthbound" (1993)

Selasa, 8 September 2009

Blind Guardian



Blind Guardian melengkapkan lagi scenario sub genre muzik metal Jerman selain Helloween, Running Wild, Accept, Grave Digger, Sinner, dan Rage. Blind Guardian yang lebih dipengaruhi muzik power metal dan speed metal berasal dari Krefeld, Jerman ditubuhkan dalam tahun 1984. Melihat kepada muzik Blind Guardian dua album awal (album pertama dan kedua) mereka lebih terarah kepada muzik speed metal. Namun dengan kelahiran album ketiga, Tales from the Twilight World, mereka tampil dengan ciptaan muzik yang lebih komplikated dengan mengurangkan bunyi speed metal. Dengan terbitnya album keenam mereka, Hansi Kursch yang merupakan pemain bass gitar telah memberi tumpuan kepada vokal dan seterusnya menjadi vokalis Blind Guardian. Bermula saat itu Blind Guardian mulai memasukkan elemen orkestra yang kuat ke dalam susunan muzik mereka disamping mempebagaikan teknik overdubbing seperti yang sering digunakan oleh band Queen sebelum itu.

Untuk mencipta bunyi epic yang gah dan menyeluruh, Blind Guardian mempergunakan staccato guitars dan double bass drumming yang menjadi karekteristik power metal dengan penggunaan overdubs. Teknik tersebut digunakan sepenuhnya dalam penerbitan album A Night at the Opera.

Menurut Hansi, dengan perubahan tersebut, Blind Guardian boleh dikategorikan sebagai band symphonic speed metal. Memeriahkan lagi dunia metal global Blind Guardian telah mengeluarkan single berjudul Another Stranger In Me dalam tahun 2007. Itu merupakan produk terkini dari Blind Guardian namun sehingga menutup tirai 2008 dan hadir 2009 menghampiri penghujungnya namun berita mengenai album terbaharu Blind Guardian belum juga kedengaran. Walaubagaimanapun mereka telah mengeluarkan video berjudul Sacred dalam tahun 2008, namun video tersebut merupakan video animasi Sacred 2 Fallen Angel yang dimasukkan untuk permainan video.



Ahli terkini
Hansi Kürsch – vokal dan bass
André Olbrich – lead guitar
Marcus Siepen – rhythm guitar
Frederik Ehmke – drums, percussion, flute and bagpipes



Discografi
Battalions of Fear (1988)
Follow the Blind (1989)
Tales from the Twilight World (1990)
Somewhere Far Beyond (1992)
Imaginations from the Other Side (1995)
Nightfall in Middle-Earth (1998)
A Night at the Opera (2002)
A Twist in the Myth (2006)

Magica… yang klise dan unik




Dalam era 80an nama band seperti Magica contohnya memainkan muzik klasik metal dengan lirik yang mengisahkan tentang naga. Manakala dalam era 90an ianya akan menjadi seakan-akan Blind Guardian manakala era 2000an persoalannya apakah band seperti itu merujuk kepada Nightwish atau tidak…
Namun kalau dilihat ianya adalah satu nama metal yang cukup kuat dan sudah pasti dengan mudah meletakkan nama itu dalam peta metal Eropah serta akan terus memberi panduan kepada citarasa band tertentu seperti Magica itu sendiri.


Melihat pada band dari Romania, Magica mempunyai banyak elemen Nightwish dalam muzik mereka, namun itu bukanlah satu bantahan lantaran setiap seorang dari pendengar akan menerima atau menolak Magica. Apa yang penting ialah untuk melihat ketidaksamaan Magica berbanding dengan band kelahiran Finland itu. Secara amnya yang menarik ialah sebahagian dari cubaan Magica menampakkan keberkesanan dengan mengetengahkan melodic power metal. Terjawab di sini bahawa Magica bukan band celup malah jauh sekali dari identity Nightwish dari cara penampilan, vokal, lagu dan gaya muzik. Mungkin penggunaan keyboard yang banyak dalam setiap lagunya serta penggunaan vokalis wanita membawa persepsi bahawa mereka seakan-akan Nightwish.
Muzik melodic power metal bawaan Magica andai diamati amat menyerlah dengan keyboard, solo yang jelas dengan bunyi yang mengalun yang tenang dan sabar serta bermelodi. Contoh terbaik ialah lagu dari album Hereafter – All the waters have the colour of drowning.
Apapun kalau menghayati album Hereafter dengan atau tanpa tujuan, penerbitannya adalah lebih mentah dari apa yang diharapkan untuk beberapa buah lagu. Pukulan drum yang bunyinya agak stiff dan keseluruhan penerbitan untuk album itu kurang digilap kehalusannya dan ini mungkin antara faktor yang telah mengaitkan Magica dengan Nightwish. Cuba ingat semula tahun 1997, dengan kelahiran Angels Fall First, Nightwish. Cuma mengandaikan kelahiran album Hereafter enam atau tujuh tahun yang lalu, mungkin kejayaannya adalah terlalu mudah untuk dikecapi, tetapi kini dengan persekitaran sekarang yang banyak dilambakkan dengan muzik sub genre gothic, symphonic dan power metal, adalah sukar untuk di ramal kesudahannya.
Sejujurnya andai dihayati dan ditelusuri melodi dan muzik dalam Hereafter adalah lebih kepada power gothic metal. Beralih dari menyentuh tentang album Hereafter dan bunyi sebenar Magica, sedar tak sedar Magica sebenarnya sudah hadir dengan empat buah album dan sebuah video live sejak kehadiran mereka mengisi dunia muzik metal antarabangsa.
Magica band yang berasal dari Constanta, Romania di tubuhkan oleh gitaris, Bogdan “Bat” Costea pada tahun 2002 bertunjangkan muzik Power Metal. Magica yang kadangkala muziknya seakan-akan bunyi Power Gothic Metal dan adakalanya juga seperti bunyi Symphonic Power Metal di anggotai oleh Anna Mladinovici – vokalis, Bigdan “Bat” Costea – gitar, Sorin Vlad – bass, 6 Fingers – keyboard dan Hertz – drum.
Namun sebelum gandingan yang sedia ada Magica juga pernah dianggotai oleh Adrian Mihai – drum, Viorel Raileanu – keyboard dan Emilian Burcea – gitar.
Perjalanan Magica sejak 2002, telah menghasilkan 4 buah album studio antaranya The Scroll of Stone yang dikeluarkan dalam tahun 2002 manakala album Lightseeker dirilis dua tahun kemudian iaitu dalam tahun 2004. Hereafter, album ketiga Magica pula dikeluarkan dalam tahun 2007. Menyusul kemudian album keempat berjudul Wolves and Witches baru dirilis dalam tahun 2008.
Menyusur pada trivia penerbitan album Magica dari awal keujudannya dalam tahun 2002, seawal musim bunga, album pertama The Scroll of Stone yang mengisahkan tentang Puteri Alma yang diperdaya oleh kuasa jahat yang menghendaki puteri mencari The Scroll of Stone untuk memusnahkan kekuatan kuasa jahat. Album sulung Magica yang lebih kepada tema epik dan mitos itu diterbitkan di Romania oleh Sigma Records dan diterima baik oleh media meskipun kekurangan dari segi promosi utama ketika itu.
Band itu juga telah dinobatkan sebagai the best Newcomer of 2002. Ini telah memberi impak yang cukup besar dalam perjalanan muzik metal Magica yang baru bertapak waktu itu. Dengan berbekalkan gelaran Best Newcomer mereka muncul dengan album kedua dalam jarak waktu yang agak jauh iaitu dalam tahun 2004. Album Lightseeker dilancarkan dalam bulan Oktober 2004. Untuk terus menguatkan lagi jenama Magica, dalam tahun 2006 mereka telah diundang untuk turut serta dalam tour bersama dengan band After Forever.
Penerbitan album penuh ketiga Magica, Hereafter meruap umpama mistikal dalam ideology antara berat dan tenang memperlihatkan keajaiban serentak dengan kehadirannya yang menguatkan lagi asas pada muzik bawaan mereka. Pada awal penerbitan album tersebut tampak tidak berapa memberangsangkan tetapi Magica mempunyai sesuatu yang unik, yakni mengetengahkan identity atrocious yang kebanyakan band tak mampu lakukan.
Manakala kerja vokal yang dilakukan oleh Ana Mladinovici pada album Hereafter memberangsangkan dan menemukan hala tuju yang mula terarah kepada opera. Muzik yang teradun dengan rif yang cepat serta paduan mid-paced choppers dalam menyeimbangkan keharmonian bunyi seperti semulajadi.
Album Hereafter yang dirilis pada 5 November 2007 memuatkan 11 lagu dan menambahkan 2 lagu sebagai untuk Digipack bonus. Menerusi album Hereafter juga mereka telah meriliskan juga 2 video klips iaitu untuk lagu "All Waters Have the Colour of Drowning" dan "Engtangled".
Susulan dari album tersebut dalam tahun 2008 Magica mengeluarkan satu lagi album studio penuh yang diberi judul Wolves and Witches yang telah dirilis pada 28 November 2008 oleh AFM Records. Album keempat Magica ini memuatkan 10 buah lagu dan sebuah lagi bonus. Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Don’t wanna kill, They stole the sun, Hold on tight, Hurry up ravens, Maiastra, dark secret, Just for 2 coins, Until the light is gone, Chitaroptera, Mistreess of the wind dan lagu bonus In the depths of the lake.
Menghayati lagu-lagu dalam album Wolves and witches tidak susah untuk kita mengenali band ini lantaran bunyi melodi, muzik dan vokal serta lagunya tidak jauh beza dari album Hereafter. Seakan-akan ada persamaan bunyi dan lagu yang dimuatkan dalam album Hereafter dan Wolves and Witches, mungkin ini adalah trade mark mereka sendiri untuk memperkenalkan Magica serta cuba mengalih tanggapan sesetengah orang yang mneyatakan Magica itu juga seakan-akan Nightwish. Maka dengan kehadiran album terbaru mereka itu Magica boleh berdiri dengan label, stail vokal, muzik serta lagu mereka sendiri. Dan peminat Nightwish, Edenbridge dan After Forever akan mempunyai satu lagi pilihan untuk band yang membawa muzik yang boleh dikategorikan antara symphonic – power – gothic – melodic metal.

Isnin, 7 September 2009

Video Pilihan shaqmetal

Dikemaskini dari semasa ke semasa (27 September 2011).

Sekadar memaparkan beberapa video muzik metal yang menarik untuk kita kongsi bersama. Apapun pemilihan video dalam blog ini masih menjurus kepada sub genre muzik power metal, gothic metal, symphonic metal dan beberapa sub genre yang agak unik dan menarik bagi shaqmetal secara peribadi. Nikmati bersama. Video muzik yang dimuatkan di sini adalah untuk hiburan semata-mata. Semoga kita sama-sama terhibur.













































































Itu antara video yang dapat di kongsi buat awaktu ini dan akan shaqmetal tukarkan dari masa ke masa. Terima kasih.