Selasa, 8 September 2009
Magica… yang klise dan unik
Dalam era 80an nama band seperti Magica contohnya memainkan muzik klasik metal dengan lirik yang mengisahkan tentang naga. Manakala dalam era 90an ianya akan menjadi seakan-akan Blind Guardian manakala era 2000an persoalannya apakah band seperti itu merujuk kepada Nightwish atau tidak…
Namun kalau dilihat ianya adalah satu nama metal yang cukup kuat dan sudah pasti dengan mudah meletakkan nama itu dalam peta metal Eropah serta akan terus memberi panduan kepada citarasa band tertentu seperti Magica itu sendiri.
Melihat pada band dari Romania, Magica mempunyai banyak elemen Nightwish dalam muzik mereka, namun itu bukanlah satu bantahan lantaran setiap seorang dari pendengar akan menerima atau menolak Magica. Apa yang penting ialah untuk melihat ketidaksamaan Magica berbanding dengan band kelahiran Finland itu. Secara amnya yang menarik ialah sebahagian dari cubaan Magica menampakkan keberkesanan dengan mengetengahkan melodic power metal. Terjawab di sini bahawa Magica bukan band celup malah jauh sekali dari identity Nightwish dari cara penampilan, vokal, lagu dan gaya muzik. Mungkin penggunaan keyboard yang banyak dalam setiap lagunya serta penggunaan vokalis wanita membawa persepsi bahawa mereka seakan-akan Nightwish.
Muzik melodic power metal bawaan Magica andai diamati amat menyerlah dengan keyboard, solo yang jelas dengan bunyi yang mengalun yang tenang dan sabar serta bermelodi. Contoh terbaik ialah lagu dari album Hereafter – All the waters have the colour of drowning.
Apapun kalau menghayati album Hereafter dengan atau tanpa tujuan, penerbitannya adalah lebih mentah dari apa yang diharapkan untuk beberapa buah lagu. Pukulan drum yang bunyinya agak stiff dan keseluruhan penerbitan untuk album itu kurang digilap kehalusannya dan ini mungkin antara faktor yang telah mengaitkan Magica dengan Nightwish. Cuba ingat semula tahun 1997, dengan kelahiran Angels Fall First, Nightwish. Cuma mengandaikan kelahiran album Hereafter enam atau tujuh tahun yang lalu, mungkin kejayaannya adalah terlalu mudah untuk dikecapi, tetapi kini dengan persekitaran sekarang yang banyak dilambakkan dengan muzik sub genre gothic, symphonic dan power metal, adalah sukar untuk di ramal kesudahannya.
Sejujurnya andai dihayati dan ditelusuri melodi dan muzik dalam Hereafter adalah lebih kepada power gothic metal. Beralih dari menyentuh tentang album Hereafter dan bunyi sebenar Magica, sedar tak sedar Magica sebenarnya sudah hadir dengan empat buah album dan sebuah video live sejak kehadiran mereka mengisi dunia muzik metal antarabangsa.
Magica band yang berasal dari Constanta, Romania di tubuhkan oleh gitaris, Bogdan “Bat” Costea pada tahun 2002 bertunjangkan muzik Power Metal. Magica yang kadangkala muziknya seakan-akan bunyi Power Gothic Metal dan adakalanya juga seperti bunyi Symphonic Power Metal di anggotai oleh Anna Mladinovici – vokalis, Bigdan “Bat” Costea – gitar, Sorin Vlad – bass, 6 Fingers – keyboard dan Hertz – drum.
Namun sebelum gandingan yang sedia ada Magica juga pernah dianggotai oleh Adrian Mihai – drum, Viorel Raileanu – keyboard dan Emilian Burcea – gitar.
Perjalanan Magica sejak 2002, telah menghasilkan 4 buah album studio antaranya The Scroll of Stone yang dikeluarkan dalam tahun 2002 manakala album Lightseeker dirilis dua tahun kemudian iaitu dalam tahun 2004. Hereafter, album ketiga Magica pula dikeluarkan dalam tahun 2007. Menyusul kemudian album keempat berjudul Wolves and Witches baru dirilis dalam tahun 2008.
Menyusur pada trivia penerbitan album Magica dari awal keujudannya dalam tahun 2002, seawal musim bunga, album pertama The Scroll of Stone yang mengisahkan tentang Puteri Alma yang diperdaya oleh kuasa jahat yang menghendaki puteri mencari The Scroll of Stone untuk memusnahkan kekuatan kuasa jahat. Album sulung Magica yang lebih kepada tema epik dan mitos itu diterbitkan di Romania oleh Sigma Records dan diterima baik oleh media meskipun kekurangan dari segi promosi utama ketika itu.
Band itu juga telah dinobatkan sebagai the best Newcomer of 2002. Ini telah memberi impak yang cukup besar dalam perjalanan muzik metal Magica yang baru bertapak waktu itu. Dengan berbekalkan gelaran Best Newcomer mereka muncul dengan album kedua dalam jarak waktu yang agak jauh iaitu dalam tahun 2004. Album Lightseeker dilancarkan dalam bulan Oktober 2004. Untuk terus menguatkan lagi jenama Magica, dalam tahun 2006 mereka telah diundang untuk turut serta dalam tour bersama dengan band After Forever.
Penerbitan album penuh ketiga Magica, Hereafter meruap umpama mistikal dalam ideology antara berat dan tenang memperlihatkan keajaiban serentak dengan kehadirannya yang menguatkan lagi asas pada muzik bawaan mereka. Pada awal penerbitan album tersebut tampak tidak berapa memberangsangkan tetapi Magica mempunyai sesuatu yang unik, yakni mengetengahkan identity atrocious yang kebanyakan band tak mampu lakukan.
Manakala kerja vokal yang dilakukan oleh Ana Mladinovici pada album Hereafter memberangsangkan dan menemukan hala tuju yang mula terarah kepada opera. Muzik yang teradun dengan rif yang cepat serta paduan mid-paced choppers dalam menyeimbangkan keharmonian bunyi seperti semulajadi.
Album Hereafter yang dirilis pada 5 November 2007 memuatkan 11 lagu dan menambahkan 2 lagu sebagai untuk Digipack bonus. Menerusi album Hereafter juga mereka telah meriliskan juga 2 video klips iaitu untuk lagu "All Waters Have the Colour of Drowning" dan "Engtangled".
Susulan dari album tersebut dalam tahun 2008 Magica mengeluarkan satu lagi album studio penuh yang diberi judul Wolves and Witches yang telah dirilis pada 28 November 2008 oleh AFM Records. Album keempat Magica ini memuatkan 10 buah lagu dan sebuah lagi bonus. Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Don’t wanna kill, They stole the sun, Hold on tight, Hurry up ravens, Maiastra, dark secret, Just for 2 coins, Until the light is gone, Chitaroptera, Mistreess of the wind dan lagu bonus In the depths of the lake.
Menghayati lagu-lagu dalam album Wolves and witches tidak susah untuk kita mengenali band ini lantaran bunyi melodi, muzik dan vokal serta lagunya tidak jauh beza dari album Hereafter. Seakan-akan ada persamaan bunyi dan lagu yang dimuatkan dalam album Hereafter dan Wolves and Witches, mungkin ini adalah trade mark mereka sendiri untuk memperkenalkan Magica serta cuba mengalih tanggapan sesetengah orang yang mneyatakan Magica itu juga seakan-akan Nightwish. Maka dengan kehadiran album terbaru mereka itu Magica boleh berdiri dengan label, stail vokal, muzik serta lagu mereka sendiri. Dan peminat Nightwish, Edenbridge dan After Forever akan mempunyai satu lagi pilihan untuk band yang membawa muzik yang boleh dikategorikan antara symphonic – power – gothic – melodic metal.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan