Selasa, 28 Disember 2010

LOGO RASMI ROCK SELAMBA...



Inilah logo rasmi Rock Selambe MUZIKfm. Terima kasih Rock Selambe kerana bagi logo ini utk di 'publish' kat sini. Hakcipta terpelihara dan sebarang penggunaan oleh orang perseorangan atau organisasi lain tanpa kebenaran dari pihak MUZIKfm adalah dilarang sama sekali.

Khamis, 9 Disember 2010

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

SEJATI ... come back!


Bila berkumandangnya lagu Bila bunga dipetik orang pasti anda akan teringat akan band atau kumpulan Sejati yang pernah meletup suatu ketika dahulu. Bila bunga dipetik orang merupakan lagu evergreen Sejati. Band yang ditubuhkan dalam era rock kapak itu secara sedar tak sedar juga telah hadir dengan buah tangan terbaharu menerusi album Sejati & Azura.
Sebagai sebuah a.bum come back bergabung dengan Azura(penyanyi baharu) album tersebut memuatkan 10 buah lagu antaranya seperti berikut ;
1. Sanggupkah engkau menanti (Duet bersama Azura)
2. Pasrah cinta (Sejati)
3. Bila bunga dipetik orang (Sejati) (re-recording)
4. Segala yang tak pasti (Azura)
5. Bicara cinta (Azura)
6. Sara… (Sejati)
7. Tidurlah adik (Azura)
8. Kau tak setia (Azura)
9. Mawar merah (Sejati)
10. Sanggupkah engkau menanti (karaoke/minus one)

Album yang memuatkan 4 buah lagu dari Sejati itu oleh Ahmad Khushairi Ismail @ Aki. Dari bunyi yang diketengahkan oleh Sejati menerusi lagu-lagu yang dimuatkan dalam album gabungan tersebut mempamirkan bunyi Sejati yang agak berbeza sedikit dari Sejati dahulu. Bunyinya sedikit terarah kepada pop namun masih ada lagi terselit bunyi rock kapak lantas menjadikan adunan bunyi pop rock dan rock kapak. Apapun untuk mengetahui dengan sendiri bunyi Sejati yg tampak lebih matang anda kena dengar sendiri lagu-lagu tersebut. Apapun bagi shaqmetal lagu-lagu ala-ala zaman rock kapak masih boleh dinikmati menerusi luahan terbaharu Sejati itu.



ROCK KAPAK ... 80'an dan 90'an


Rasanya sudah lama shaq tidak menelusuri ruangan ini dan update cerita baru. shaq akui memang sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan pelbagai tugas yang amat-amat perlu disegerakan namun untuk shaqmetal sesekali tu ada juga dijenguk namun tidak berkesempatan untuk berkarya seketika. Maaf... hari ini dah masuk hari yang kedua dalam tahun baharu hijrah... mudah-mudahan kita rockers dan metalers akan juga berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik dan dari yang kurang baik menjadi yang baik... insyaAllah. Mulai ketika ini juga shaq cuba nak sangkutkan satu lagi helaian dalam blog ini iaitu khas untuk rock otai kita atau lebih tepat rock kapak atau rock 80an dan 90an bagi memberi sedikit ruang untuk mereka serta mengetahui sedikti sebanyak aktiviti mereka kebelakangan ini. Rock terus rock dan juga terus metal bro....
Image by FlamingText.com

Firasah antara band yang cuba untuk tampil dalam arus perdana muzik metal tempatan. Berbekalkan muzik metal ala 80an cuba memberi nafas yang lebih baru dan segar muzik metal ala 80an menerusi lagu yang dimuatkan dalam single demo mereka yang diberi judul Si Penanggal. 2 lagu dimuatkan dalam single demo tersebut iaitu Si Penanggal dan lagu Cahaya Kebenaran. Demo single tersebut telah dirakamkan di Iseek Studio dalam bulan Julai 2009. Bagi yang ingin menikmati stail muzik Firasah anda kena nantikan dan mungkin juga boleh diikuti menerusi segmen Rock Selamba... di MUZIKfm.