Jumaat, 6 April 2012

Dol Ammad

Logo lama Dol Ammad
Logo baharu Dol Ammad dari tahun 2011
Dol Ammad satu nama yang agak jarang juga kita dengar khasnya peminat metal tempatan. Meskipun band ini telah ujud sejak 12 tahun yang lalu namun nama Dol Ammad tidak menonjol seperti band yang seangkatan dengannya. Apapun band yang diasaskan oleh pemain keyboard dari Thessaloniki, Greece, Thanasis Lightbridge mempunyai keistimewaannya sendiri. Ada sesetengah peminat rock dan metal mengkategorikan band ini sebagai band heavy metal, meskipun demikian band ini boleh juga diletakkan dibawah anutan muzik avant-garde metal, electronica dan juga symphonic metal. Yang jelasnya band ini melakurkan kepelbagaian bunyi dari avant-garge, elektronic, heavy dan juga symphonic metal. Selain itu Dol Ammad sendiri menyifatkan 'Dol Ammad' adalah muzik kapal angkasa yang merangkumi 3 jalur muzik yang amat berbeza dalam dunia muzik seterusnya ini membuktikan yang muzik sepatutnya bebas dari peraturan, garis panduan dan undang-undang, tidak prejudis serta universal. Mengabungkan muzik elemen dari elektronik, operatik dan heavy metal seterusnya menghasilkan sesuatu yang baharu, bunyi yang lebih universal seterusnya mengujudkan perasaan yang berlaianan pada bunyi yang dihasilkan. Muzik Dol Ammad juga boleh disifatkan sebagai bunyi plethora dengan penjelajahan komposisi muzik yang mencabar oleh 14 orang koirnya yang berdiri sebagai penyanyi atau vokalis bagi Dol Ammad. 
Apapun pegangan mereka pada muziksecara jelasnya mereka membawakan sesuatu yang unik dan lebih fushion dari apa yang kita dengar dan baca dari pandanga peribadi beberapa peeminat rock dan metal. Bagi Dol Ammad sendiri mereka meletakkan band mereka sebagai band yang membawa kelainan dalam industri metal yakni 'elektronica art metal'. Mungkin sebahagian dari kita tidak pernah mendengar nama atau sub genre sedemikian  atau pernah mendengar tapi belum lagi menikmati bagaimana bunyi dan bentuk muzik mereka.
Karektor Dol Ammad dilakur dengan instrumentasi melalui lapisan bunyi metal konvensional (iaitu bass, dram dan gitar elektrik), synthesizer serta rangkuman 14 anggota untuk 4 bahagian koir. Bagi Dol Ammad mereka banyak dipengaruhi oleh pemuzik elektronika ulung Jean Michel Jarre dan Vangelis. 
Dol Ammad mungkin juga kita tertanya-tanya apa itu 'Dol Ammad', dan sekadar untuk kita kongsi bersama nama 'Dol Ammad' diambil dari nama salah satu permainan PC yang terbaik pernah direka 'Descent 3' oleh Outrage / Interplay / Tantrum yang kebetulannya Thanasis adalah peminat tegar permainan tersebut. Manakala 'Dol' pula dari Tolkien yang membawa maksud "castle". Dari perkataan latin pula 'dolor' membawa maksud "pain" / kesakitan. 'Dol' juga diguna-pakai sebagai satu sukatan unit untuk kesakitan/pain). Manakala perkataan Ammad ia seakan-akan perkataan atau nama masyarakat Palestin yang membawa makna "pillar/column". Jadi ringkasnya Dol Ammad adalah atau berkemungkinan "Castle of Column" atau "Column of Pain". Bagi Thanasis pula nama Dol Ammad pula adalah pelik dan dia suka akan bunyi sebutannya. Dol Ammad telahpun mengeluarkan beberapa buah album dan ep antaranya ;
Demo EP / Album
Demo EP No. 1 (2001)
Demo EP (2002)
Star tales (2004)
Ocean Dynamics (2006)
Winds Of The Sun EP (2010)
Cosmic Gods : Episode 1 - Hyperspeed (2012)
Dol Ammad dianggotai oleh ;
Thanasis Lightbridge - synthesizer
Maria Stolaki - vokal alto
Alexandros Barmpas - vokal tenor
Panos Lampoultakis - vokal tenor
Vicky Alexaki - vokal alto
Themis Mpasdekis - vokal tenor
Kortessa Tsifodimou - vokal soprano
Kyriakos Chouvardas - vokal bass
Nick Terry - bass
Petros Moraitis - vokal bass
Yannis Tsalouhidis - vokal bass
Alex Holzwarth - dram
Alexandra Voulgari - vokal soprano
Ntina Strani - vokal alto
Sofia "S.P" patsi - vokal alto
Anestis Papageogiou -vokal tenor
Mary Palaska - vokal soprano
Dimitris "Dim" Makrantonakis - gitar

Khamis, 5 April 2012

KL Metal Camp 2012

Sana sini mat-mat / sis-sis rock dan metal sibuk berbicara mengenai Metal Camp 2012. Ini merupakan salah satu festival muzik rock dan metal yang dianjurkan di Malaysia khasnya di Kuala Lumpur. Edisi yang kelima festival metal - KL Metal Camp yang bakal diadakan pada 29 April 2012 di Stadium Chinwoo, Kuala Lumpur. Kalau nak dibandingkan dengan festival muzik rock dan metal di tempat lain atau di luar negara, memang bezanya adalah langit dan bumi. Namun warga rock dan metal tempatan harus berbangga kerana ini merupakan satu inisiatif warga rock dan metal tempatan untuk mengujudkan satu ruang dan kesempatan bagi peminat rock dan metal khasnya berkumpul seterusnya menyaksikan persembahan hebat darei band-band jemputan tempatan dan antarabangsa. Tidak perlu dibicarakan panjang lebar mengenai Metal Camp 2012 edisi kali ini lantaran rata-rata mat-mat metal tempatan sudah tahu dan ingat pada nama dan tarikh itu. Catatan ini sekadar untuk menyemarakkan lagi semangat festival tersebut serta sekadar ingatan bahawa festival tersebut semakin dekat tarikhnya. 
KL Metal Fest kali ini bakal menampilkan band-band seperti Bloodshed, Koffin Kanser, Infectious Maggot, Lobotomy, As-Sahar, Damokis, Kazanna, Voltan, Scum, Hayagriva, Sarjan Hassan dan penampilan istimewa Karl Cromok. Antara lain tarikan utama yangh bakal diundang menghangatkana lagi metal fest kali ini ialah band dari Amerika Syarikat iaiatu D.R.I (Dirty Rotten Imbeciles) yang bakal mengetangahkan anggota asal mereka. Untuk menyaksikan serta turut sama merasai kehangatan KL Metal Fest kali ini tiket berharga RM65 (early bird), RM70 (pre-sale) dan RM80 (door - masa festival berlangsung).

Selasa, 3 April 2012

Adyta

Apa Adyta dan siapa Adyta, jarang kita dengar nama itu tapi bagi yang suka mencari sesuatu yang baharu dan yang ada kelainan mungkin akan terjumpa Adyta. Tolak yang telah kenal dan followers Adyta sejati atau yang baru-baru nak kenal siapa Adyta. Adyta mudah saja iaitu dua - Joakim Severinsen dan Martin Aasen, itulah Adyta. 
Joakim merupakan seorang gitaris dan penulis lagu dari Skien dari selatan Norway dan mula berjinak dengan mjuzik ketika menyertai band seperti Sectum (band black folk metal) dari tahun 2005 hingga 2007. kemudian Joakim menyertai band Mortiferia dan meninggalkan band tersebut dalam tahun 2008 demi mencari kepuasan dan mencapai matlamat sendiri.Kemudian dia mengasaskan Adyta dan kemudian menjadikannya matlamat dan projek utama. Dengan demikian Adyta menjadi lakuran antara symphonic folk metal dan extreme metal yang unik di tangan Joakim. Sebagai permulaan projek tersebut Joakim menghubungi Melissa Ferlaak (bekas vokalis Vission Of Atlantis) untuk menyanyikan lagu baharunya dan dengan persetujuan itu lahirlah 'Rose Of melancholy' yang telah dirilis dalam tahun 2009.
Selepas beberapa ketika teman rapat lama Joakim dari Sectum, Martin Aasen menyertai joakim dan berperanan sebagai bassist. dalam bulan Mei 2010 Adyta telah masuk studio di Larvik, Norway untuk rakaman dram bagi EP kedua mereka, Katarsis. Sumbangan paluan dram tersebut dilakukan oleh Joachim Strom Ekelund dari band melodic progressive metal, Above Symmetry. Selain itu Joakim juga menjemput pemuzik kesukaannya sebagai penampilan istimewa untuk lagu baharunya. Antara pemuzik yang menyumbangkan tenaga dalam lagu tersebut ialah Mark Jansen, Oliver Palotai dan Allen B. Konstanz. Setakat artikel ini ditulis belum pasti lagi bila lagu tersebut akan dirilis. Apappun buka mata dan nantikan kehadiran lagu tersebut dan kita nilai sendiri hidangan dari Adyta, mungkin suatu hari nanti akan membuat kejutan pada kita... kita tak tahu.

EP Rose Of melancholy
1.   Ab exilio (Prolog)
2.   The ophidian's tongue
3.   Rose of melancholy
4.   Gjennom tiden
5.   Of a captive mind.












EP Katarsis
1.   Katarsis
2.   Cognition concept
3.   Minner av sorgen
4.   Legselens kammer
5.   Nostalgia








Album Baharu 2012 (Bahagian IV)

Andai ingin memiliki album ini anda kena cari dikedai CD yang berdekatan dengan tempat anda. Biasanya shaqmetal akan membelek-belek CD - CD metal dibeberapa lokasi seprti di Kompleks Pertama, Plaza Alam Sentral dan beberapa lokasi lainnya.... Koleksi album baharu pilihan shaqmetal akan shaqmetal upload dan post dari masa ke masa...  
Update 5 April 2012 / Khamis
Eths' - lll (2012)
Sub genre  :  Alternative metalcore
Album ketiga Eths berjudul III, yang diriliskan oleh band metalcore dari Peranchis. Kebanyakkan lirik lagu-lagu dalam album ini dalam bahasa Peranchis. Eths untuk album  III ini mengabungkan alternative dengan metalcore selain juga memasukkan sedikit elemen - elemen thrash metal, melodic death metal, sludge metal, gothic metal dan juga symphonic metal dalam penghasilan mereka. Album tersebut telah dirilis pada 2 Mac 2012 di eropah dan 27 Mac 2012 di Amerika Utara.
Album III ini memuatkan 10 trek lagu terbaharu mereka antaranya seperti berikut ;
1.   Voragine
2.   Harmaguedon
3.   Adonai
4.   Gravis venter
5.   Inanis venter
6.   Sidus
7.   Proserpina
8.   Hercolubus
9.   Praedator
10. Anatemnein
Eths dianggotai oleh;
Candice - vokalis
Staif - gitar 
Greg - gitar
Shob - bass
Morgan - dram


Epica - Requiem For The Indifferent (2012)
Sub genre  :  Symphonic metal
Epica satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi bagi peminat metal dan symphonic metal khasnya. Album studio penuh kelima band yang berasal dari Reuver, Limburg, Netherlands ini telah diriliskan pada 9 Mac 2012. Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah ;
1.   Karma
2.   Monoply of truth
3.   Storm of sorrow
4.   Delirium
5.   Internal warfare (didicated to the victims of Anders Breivick)
6.   Requiem for indifferent
7.   Anima
8.   Guilty Demeanor
9.   Deep water horizon
10. Stay the course
11. Deter the tyrant
12. Avalanche
13. Serenade of self-destruction
14. Nostalgia (lagu bonus Eropah)
15. Twin flames (versi soundtrack - bonus Amerika Utara)
16. Twin flames (versi biasa - bonus iTunes)
17. Deter the tyrant (versi grunt - unrelease track)
Anggota Epica
Mark Jansen - gitar 
Coen Janssen - synthesizer/piano
Simone Simons - vokalis utama
Arien van Weesenbeek - dram
Isaac Delahaye - gitar utama
Rob van der Loo - bass


Xandria - Neverworlds End (2012)
Sub genre   :  Symphonic power metal
Xandria band yang ditubuhkan oleh Marco Heubaum dalam tahun 1997 telah tampil dengan album terbaharu mereka yang diberi judul Neverworlds End dan telah dirilis pada 24 Februari 2012. Album studio penuh kelima Xandria memuatkan 14 trek seperti berikut ;
1.   A prophecy of worlds to fall
2.   Valentine
3.   Forevermore
4.   Euphoria
5.   Blood on my hands
6.   Soulcrusher
7.   The dream is still alive
8.   The lost elysion
9.   Call of the wind
10. A thousand letters
11. Cursed
12. The nomad's crown
13. When the mirror cracks (bonus track)
14. The sailor and the sea (bonus track)
Xandria dianggotai oleh ;
Manuela Kraller - vokalis utama
Marco Heubaum - vokal / gitar / keyboard
Philip Restemeier - gitar
Nils Middelhauve - bass
Gerit Lamn - dram


Liv Moon - Symphonic Moon (2012)
Sub genre  :  Symphonic metal
Liv Moon band yang ditubuhkan dalam tahun 2009 berasal dari Tokyo, Jepun telahpun meriliskan album penuh studio terbaharu 2012 yang diberi judul Symphonic Moon. Album tersebut telah dirilis pada 14 Januari 2012. Tahun lepas 2011 Liv Moon telahpun tampil dengan Golden Moon dari situlah shaqmetal kenal dengan Liv Moon. Dan menerusi album terbaharu ini ada sedikit pembaharuan yang disuntik pada album tersebut iaitu stail muzik mereka yang lebih power dari album terdahulu. Ini merupakan album studio penuh yang keempat Liv Moon dan tahun lepas mereka juga telah mengeluarkan DVD Liv Moon Club Show Golden Moon. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah;
1.   Amen
2.   零の天使
3.   Alchemy
4.   Kiss me kill me
5.   氷の棺
6.   Fugitive
7.   Black serenade
8.   心月世
9.   The last savior
10. 堕天使の笑み
11. Interlude - By the rain
12. Masquerade
Liv Moon dianggotai oleh ;
Yuichi "Cheesey" Ehirose  - bass
Kozo Suganuma - dram
Akitoshi Kuroda - gitar
Tatsuya Nishiwaki - keyboard
Akane Liv - Liv
Untuk info lain mengenai Liv Moon rujuk pada post shaqmetal sebelum ini pada link http://shaqmetal.blogspot.com/2011/09/liv-moon.html


Freedom Call - Land Of The Crimson Dawn (2012)
Sub genre  :  Symphonic power metal
Sesuatu yang unik mengenai Freedom Call ialah bunyi yang dibawakan oleh band ini tetap maintain dari dulu hingga kini. Menikmati muzik dan lagu-lagu dari album ini akan membawa kita pada kesinambungan album-album yang terdahulu. Album ini telah dirilis pada 24 Februari 2012 di Jerman, 27 Februari 2012 di Eropah dan 28 Februari 2012 di Amerika Syarikat dan Kanada. Album ini dikeluarkan dalam pelbagai versi antaranya versi Digipek, Jewel pack dan LP. Antara lagu-lagu yang dimemuatkan lagu-lagu seperti (standard album) ;
1.   Age of the phoenix
2.   Rockstars
3.   Crimson dawn
4.   66 Warriors
5.   Back into the land of light
6.   Sun in the dark
7.   Hero on video
8.   Valley of kingdom
9.  Killer gear
10. Rockin' radio
11. Terra Liberty
12. Eternity
13. Space legends
14. Power and glory
Anggota Freedom Call
Chris Bay - vokalis dan gitar
Lars Rettowitz - gitar
Samy Saemann - bass
Klaus Sperling - dram


Dol Ammad - Cosmic Gods : Episode l - Hyperspeed (2012)
Sub genre  :  Electronica art metal / Symphonic metal
Dol Ammad band yang agak jarang kita kongsikan infonya namun untuk album ini ianya menarik perhatian shaqmetal. Apa yang menarik mengenai Dol Ammad ialah muzik bawaan mereka yang unik dan pelik iaitu 'Elektronica Art Metal' namun demikian ada juga yang meletakkan band ini dibawah sub genre symphonic metal. Jadi untuk album Cosmic Gods : Episode l - Hyperspeed ini rasanya ada sedikit kelain yang ditampilkan, apapun untuk menikmati secara lebih peribadi anda kena dengar sendiri buah tangan terbaharu dari Dol Ammad ini. Album ini baharu sahaja diriliskan  pada 28 Mac 2012.Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah ;
1.   Magus invicta
2.   Noctis Labyrinthus
3.   Golden phantasma
4.   Titan warriors
5.   Xenocide
6.   Stargate pyramid
7.   Hyperspeed
8.   Supernova
9.   Caravan of mars
10. Seed of life


Diabulus In Musica - The Wanderer (2012)
Sub genre  : Symphonic metal
Pertama sekali shaqmetal melihat cover album Diabulus In Musica ini, shaqmetal terus tertarik untuk mengetahui bagaimana bunyi disebalik kulit album sebegini. Bunyi yang diketengahkan oleh Diabulus In Musica ada sedikit persamaan dengan Epica namun yang uniknya untuk album ini mereka menampilkan secara istimewa Mark Jansen. meskipun mereka dilabelkan sebagai band symphonic metal namun pelakuran bunyi gothic, death dan power metal masih dapat dicium baunya. Apapun untuk mengetahui enak atau tidaknya hidangan dari Diabulus in Musica anda kena cuba sendiri. Album ini telah dirilis pada 29 februari 2012. Album kedua mereka ini memuatkan 12 trek seperti ;
1.   A journey's end (intro)
2.   Ex nihilio
3.   Sceneries of hope
4.   Blazing a tail
5.   Call from a rising memory (intro)
6.   Hidden reality
7.   Shadow of the throne
8.   Allergory of faith, innocent and future
9.   Sentenced to life
10. Oihuka bihotzek
11. No time for repenteance (Lamentatio)
12. The wanderer
Anggota Diabulus In Musica ;
Alex Sanz - bass
Xabier Jareno - gitar
Andrian M. Vallejo - gitar
Gorko Elso - keyboard (bekas anggota band Dragon Lord dan Meridiam)
Zuberoa Aznarez - vokalis (bekas anggota band Dragon Lord)


Lyriel - Leverage (2012)
Sub genre  : Symphonic metal
Band Lyriel dituubuhkan dalam 2003 di Gummersbach bertunjang muzik folk metal dan boleh didefinisikan sebagai band yang tampil dengan stail muzik 'dark romantic celtic rock' dan kalau nak memberi perbadingan dengan band lain kita boleh letakkan nama Blackmore's Night sebagai band yang ada iras-iras bunyi mereka. namun elemen-elemen instrumen dan bunyi symphonic yang kuat menjadikan mereka juga ditafsirkan sebagai band symphonic metal. Untuk lebih mudah shaqmetal letakkan sahaja pada gabungan kedua-duanya iaitu symphonic folk metal. Album yang telah diriliskan pada 24 Februari 2012 ini merupakan album yang keempat dan memuatkan lagu-lagu seperti berikut ;
1.   Intro
2.   leverage
3.   parting
4.   Voices in my head
5.   The road not taken
6.   White lily
7.   Aus der fiefe
8.   Wenn die engel fallen
9.   Side by side
10. repentance
Anggota Lyriel 
Matthias Kirchler - bass
Linda laukamp - cello
Marcus Fidorra - dram
Oliver Claymore - gitar
Martin Ahmann - keyboard
Johannes Anand - violin
Jessica Tierjung - vokalis


Osukaru - Salvation (2012)
Sub genre  :  Melodic hard rock
Salvation merupakan album studio penuh sulung band yang berasal dari Sweden - Osukaru. Band yang tampil dengan melodic hard rock ini pernah mengeluarkan EP sebelum ini. Untuk album sulung yang memuatkan 10 trek itu merupakan usaha terkini Osukaru untuk terus bertapak dalam dunia rock dan metal antarabangsa. Album yang diedarkan oleh Dusty Road Record itu memuatkan lagfu-lagu seperti berikut ;
1.   Exit (intro)
2.   Highway to the stars
3.   Hot blooded woman
4.   City lights
5.   Till the end of time
6.   Never too late
7.   Change of heart
8.   Tear it down
9.   Promised land
10. T.M.Y.S. (Elevator version)
Anggota Osukaru ;
Chris Tiann - vokalis
Oz Osukaru - gitar
Emma-Lee Gunnari - bass
Carl dahlberg - keyboard
Ryan Coyle - dram