Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 5 April 2012

KL Metal Camp 2012

Sana sini mat-mat / sis-sis rock dan metal sibuk berbicara mengenai Metal Camp 2012. Ini merupakan salah satu festival muzik rock dan metal yang dianjurkan di Malaysia khasnya di Kuala Lumpur. Edisi yang kelima festival metal - KL Metal Camp yang bakal diadakan pada 29 April 2012 di Stadium Chinwoo, Kuala Lumpur. Kalau nak dibandingkan dengan festival muzik rock dan metal di tempat lain atau di luar negara, memang bezanya adalah langit dan bumi. Namun warga rock dan metal tempatan harus berbangga kerana ini merupakan satu inisiatif warga rock dan metal tempatan untuk mengujudkan satu ruang dan kesempatan bagi peminat rock dan metal khasnya berkumpul seterusnya menyaksikan persembahan hebat darei band-band jemputan tempatan dan antarabangsa. Tidak perlu dibicarakan panjang lebar mengenai Metal Camp 2012 edisi kali ini lantaran rata-rata mat-mat metal tempatan sudah tahu dan ingat pada nama dan tarikh itu. Catatan ini sekadar untuk menyemarakkan lagi semangat festival tersebut serta sekadar ingatan bahawa festival tersebut semakin dekat tarikhnya. 
KL Metal Fest kali ini bakal menampilkan band-band seperti Bloodshed, Koffin Kanser, Infectious Maggot, Lobotomy, As-Sahar, Damokis, Kazanna, Voltan, Scum, Hayagriva, Sarjan Hassan dan penampilan istimewa Karl Cromok. Antara lain tarikan utama yangh bakal diundang menghangatkana lagi metal fest kali ini ialah band dari Amerika Syarikat iaiatu D.R.I (Dirty Rotten Imbeciles) yang bakal mengetangahkan anggota asal mereka. Untuk menyaksikan serta turut sama merasai kehangatan KL Metal Fest kali ini tiket berharga RM65 (early bird), RM70 (pre-sale) dan RM80 (door - masa festival berlangsung).

Tiada ulasan: