Selasa, 3 April 2012

Adyta

Apa Adyta dan siapa Adyta, jarang kita dengar nama itu tapi bagi yang suka mencari sesuatu yang baharu dan yang ada kelainan mungkin akan terjumpa Adyta. Tolak yang telah kenal dan followers Adyta sejati atau yang baru-baru nak kenal siapa Adyta. Adyta mudah saja iaitu dua - Joakim Severinsen dan Martin Aasen, itulah Adyta. 
Joakim merupakan seorang gitaris dan penulis lagu dari Skien dari selatan Norway dan mula berjinak dengan mjuzik ketika menyertai band seperti Sectum (band black folk metal) dari tahun 2005 hingga 2007. kemudian Joakim menyertai band Mortiferia dan meninggalkan band tersebut dalam tahun 2008 demi mencari kepuasan dan mencapai matlamat sendiri.Kemudian dia mengasaskan Adyta dan kemudian menjadikannya matlamat dan projek utama. Dengan demikian Adyta menjadi lakuran antara symphonic folk metal dan extreme metal yang unik di tangan Joakim. Sebagai permulaan projek tersebut Joakim menghubungi Melissa Ferlaak (bekas vokalis Vission Of Atlantis) untuk menyanyikan lagu baharunya dan dengan persetujuan itu lahirlah 'Rose Of melancholy' yang telah dirilis dalam tahun 2009.
Selepas beberapa ketika teman rapat lama Joakim dari Sectum, Martin Aasen menyertai joakim dan berperanan sebagai bassist. dalam bulan Mei 2010 Adyta telah masuk studio di Larvik, Norway untuk rakaman dram bagi EP kedua mereka, Katarsis. Sumbangan paluan dram tersebut dilakukan oleh Joachim Strom Ekelund dari band melodic progressive metal, Above Symmetry. Selain itu Joakim juga menjemput pemuzik kesukaannya sebagai penampilan istimewa untuk lagu baharunya. Antara pemuzik yang menyumbangkan tenaga dalam lagu tersebut ialah Mark Jansen, Oliver Palotai dan Allen B. Konstanz. Setakat artikel ini ditulis belum pasti lagi bila lagu tersebut akan dirilis. Apappun buka mata dan nantikan kehadiran lagu tersebut dan kita nilai sendiri hidangan dari Adyta, mungkin suatu hari nanti akan membuat kejutan pada kita... kita tak tahu.

EP Rose Of melancholy
1.   Ab exilio (Prolog)
2.   The ophidian's tongue
3.   Rose of melancholy
4.   Gjennom tiden
5.   Of a captive mind.












EP Katarsis
1.   Katarsis
2.   Cognition concept
3.   Minner av sorgen
4.   Legselens kammer
5.   Nostalgia








Tiada ulasan: