Logo Design by FlamingText.com

Jumaat, 6 April 2012

Dol Ammad

Logo lama Dol Ammad
Logo baharu Dol Ammad dari tahun 2011
Dol Ammad satu nama yang agak jarang juga kita dengar khasnya peminat metal tempatan. Meskipun band ini telah ujud sejak 12 tahun yang lalu namun nama Dol Ammad tidak menonjol seperti band yang seangkatan dengannya. Apapun band yang diasaskan oleh pemain keyboard dari Thessaloniki, Greece, Thanasis Lightbridge mempunyai keistimewaannya sendiri. Ada sesetengah peminat rock dan metal mengkategorikan band ini sebagai band heavy metal, meskipun demikian band ini boleh juga diletakkan dibawah anutan muzik avant-garde metal, electronica dan juga symphonic metal. Yang jelasnya band ini melakurkan kepelbagaian bunyi dari avant-garge, elektronic, heavy dan juga symphonic metal. Selain itu Dol Ammad sendiri menyifatkan 'Dol Ammad' adalah muzik kapal angkasa yang merangkumi 3 jalur muzik yang amat berbeza dalam dunia muzik seterusnya ini membuktikan yang muzik sepatutnya bebas dari peraturan, garis panduan dan undang-undang, tidak prejudis serta universal. Mengabungkan muzik elemen dari elektronik, operatik dan heavy metal seterusnya menghasilkan sesuatu yang baharu, bunyi yang lebih universal seterusnya mengujudkan perasaan yang berlaianan pada bunyi yang dihasilkan. Muzik Dol Ammad juga boleh disifatkan sebagai bunyi plethora dengan penjelajahan komposisi muzik yang mencabar oleh 14 orang koirnya yang berdiri sebagai penyanyi atau vokalis bagi Dol Ammad. 
Apapun pegangan mereka pada muziksecara jelasnya mereka membawakan sesuatu yang unik dan lebih fushion dari apa yang kita dengar dan baca dari pandanga peribadi beberapa peeminat rock dan metal. Bagi Dol Ammad sendiri mereka meletakkan band mereka sebagai band yang membawa kelainan dalam industri metal yakni 'elektronica art metal'. Mungkin sebahagian dari kita tidak pernah mendengar nama atau sub genre sedemikian  atau pernah mendengar tapi belum lagi menikmati bagaimana bunyi dan bentuk muzik mereka.
Karektor Dol Ammad dilakur dengan instrumentasi melalui lapisan bunyi metal konvensional (iaitu bass, dram dan gitar elektrik), synthesizer serta rangkuman 14 anggota untuk 4 bahagian koir. Bagi Dol Ammad mereka banyak dipengaruhi oleh pemuzik elektronika ulung Jean Michel Jarre dan Vangelis. 
Dol Ammad mungkin juga kita tertanya-tanya apa itu 'Dol Ammad', dan sekadar untuk kita kongsi bersama nama 'Dol Ammad' diambil dari nama salah satu permainan PC yang terbaik pernah direka 'Descent 3' oleh Outrage / Interplay / Tantrum yang kebetulannya Thanasis adalah peminat tegar permainan tersebut. Manakala 'Dol' pula dari Tolkien yang membawa maksud "castle". Dari perkataan latin pula 'dolor' membawa maksud "pain" / kesakitan. 'Dol' juga diguna-pakai sebagai satu sukatan unit untuk kesakitan/pain). Manakala perkataan Ammad ia seakan-akan perkataan atau nama masyarakat Palestin yang membawa makna "pillar/column". Jadi ringkasnya Dol Ammad adalah atau berkemungkinan "Castle of Column" atau "Column of Pain". Bagi Thanasis pula nama Dol Ammad pula adalah pelik dan dia suka akan bunyi sebutannya. Dol Ammad telahpun mengeluarkan beberapa buah album dan ep antaranya ;
Demo EP / Album
Demo EP No. 1 (2001)
Demo EP (2002)
Star tales (2004)
Ocean Dynamics (2006)
Winds Of The Sun EP (2010)
Cosmic Gods : Episode 1 - Hyperspeed (2012)
Dol Ammad dianggotai oleh ;
Thanasis Lightbridge - synthesizer
Maria Stolaki - vokal alto
Alexandros Barmpas - vokal tenor
Panos Lampoultakis - vokal tenor
Vicky Alexaki - vokal alto
Themis Mpasdekis - vokal tenor
Kortessa Tsifodimou - vokal soprano
Kyriakos Chouvardas - vokal bass
Nick Terry - bass
Petros Moraitis - vokal bass
Yannis Tsalouhidis - vokal bass
Alex Holzwarth - dram
Alexandra Voulgari - vokal soprano
Ntina Strani - vokal alto
Sofia "S.P" patsi - vokal alto
Anestis Papageogiou -vokal tenor
Mary Palaska - vokal soprano
Dimitris "Dim" Makrantonakis - gitar

Tiada ulasan: