Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 4 Jun 2012

Selepas 1 Januari 2012...

Bayangkan sejak 1 Januari 2012 menjengah kita hinga ke tarikh ini pelbagai warna muzik rock tempatan kita dicalitkan dengan corak baik dari genre musik atau sub genre muzik yang berlainan. cuba kita ingat kembali berapa banyak sudah band luar yang menyerikan suasana muzik rock tempatan dengan siri konsert dan jelajah mereka antaranya seperti Evanescence yang tampil dengan Evanescene Live Malaysia 2012 padea 23 Februari 2012 yang lalu kemudian Cranberries band alternative rock dari Ireland mengeggarkan Kuala Lumpur pada 4 April 2012 yang lalu... menyebeut beberapa contoh sahaja. Tidak cukup dengan itu perancangan di masa mendatang pula beberapa band dari negara matahari terbit juga dijangka akan membuat persembahan di Kuala Lumpur, seperti  band post rock MONO yang dianggotai oleh Takaakira Taka Goto, Tamaki, Yasunori Takada dan Yoda bakal beraksi pada 5 Julai 2012 manakala satu lagi band juga dari negara Jepun band math rock TOE dijangkakan akan beraksi pada 3 ogos 2012.... itu sedikit dari rentetan (mencatat sedikit dari senarai kesemuanya) band-band luar yang telah dan bakal hadir di Kuala Lumpur, Malaysia.
Band TOE dari negara matahari terbit akan bertandangf ke KL 3 Ogos...
Tidak ketinggalan juga beberapa siri gegaran oleh  band-band tempatan yang baru nak bertapak atau yang sudah punya nama yang gah dalam persada rock dan metal tempatan. Antaranya ialah siri ke 5  KL Metal Camp yang telah berlangsung pada 29 April 2012 yang menampilkan Bloodshed, Koffin Kanser, Infectious Maggot, Lobotomy, As-Sahar dan banyak lagi band-band tempatan lain dan penampilan istimewa band dari Amerika Syarikat, D.R.I.
Juga dalam bulan April iaitu pada 8 April 2012 juga berlangsung di KL Live Center satu nama besar dalam industri muzik rock dan metal tempatan juga mengeggarkan suasana waktu itu dengan band lagenda Cromok yang tampil dengan Cromok Reunion Live. Itu sedikit rentetan perjalanan koleksi live show di KL sehingga tempoh ini (4 Jun 2012 -artikel ini ditulis). Mungkin ada show atau siri jelajah lain yang tidak dicatatkan disini lantaran objektif untuk menyuarakan isu ini bukanlah berpaksi pada siri jelajah itu tetapi pada show dan siri jelajah itu sendiri yang dihidangkan pada peminat dan penggemar muzik rock dan metal tempatan.
berapa banyakkah show atau siri konsert jelajah itu diadakan di sini? dan bagaimanakah sambutan untuk setiap siri konsert atau show tersebut? Menyedihkan bukan? Cuba intai dan ingat semula berapa kerat sangat warga rock dan metal tempatan yang hadir pada KL Metal Camp edisi yang ke 5 baru-baru ini.

Menyedihkan.... begitu juga dengan hidangan dari nama besar seperti Cromok... Bukanlah hendak mengutuk atau mengata trentang satu-satu show atau persembahan yang dihidangkan  tetapi kadang-kala tertanya-tanya kemana dan dimana penggemar serta pengikut muzik rock dan metal tempatan? rasanya buka 500 orang atau seribu atau 2 ribu orang sahaja yang gemar, gila dan fanatik terhadap muzik rock dan metal malah lebih dari itu. tetapi bila tiba muzim konsert sejemput sahaja yang hadir... pelik bin ajaib. Apakah alasan menjadikan keadaan kita begitu? Cuba kita pusing sedikit dan tinjau di selatan dan penghujung tanah semenanjung Malaysia, di kota singa siri konsert yang serupa juga telah diadakan tetapi warganya lebih ramai meriah dan ramai yang hadir(lebih ramai sedikit dari di Kuala Lumpur kehadiran peminat). keluar sedikit lagi terus menyeberang laut ke Indonesia juga siri konsert yang lebih kurang sama.... tapi peminat dan pengikutnya turun ribuan... Apa bezanya Malaysia, Singapura dan Indonesia? Kita serumpun, bahasa mudah kita sama-sama memahaminya... Apapun itu sekadar luahan minda shaqmetal yang kadang-kadang keliru sendiri dengan situasi rock dan metal kita di sini.... kiat fikirkan bersama.   

Tiada ulasan: