Isnin, 18 Jun 2012

Holy Diver - Live ... Ronnie James Dio dan Dio


Dio dan Ronnie James Dio.
Ronnie James Dio dengan 'metal horns'nya.
Dio dan Ronnie James Dio bak aur dan tebing, bak isi dan kuku bak suami dan isteri atau bak rock dan metal yang mana mungkin dapat dipisahkan. Mmmm kalau itu keterlaluan maaf mungkin shaqmetal terlalu teruja dengan Dio sejak shaqmetal kenal dengan heavy metal ketika waktu duduk dalam kelas menengah rendah lagi. Shaqmetal mendengar nama Dio, mendengar lagu seperti Holy diver, Don’t talk to strangers, Stand up and shout, Straight to the heart, Rainbow in the dark, We rock dan banyak lagi diwaktu alam persekolah peringkat menengah menjadikan shaqmetal seorang yang tegar pada muzik rock terutamanya metal…. Antara band yang menjadi pujaan shaqmetal diawal shaqmetal mengenali metal adalah Dio selain band sperti Black Sabbath, Iron Maiden, Twisted Sister, Lodness, Earthshaker dan sebagainya…. Sebenarnya bukan itu yang nak dicatatkan dalam ruangan ini kali ini tetapi kelibat Dio itu sendiri yang menjadi lagenda pada muzik sub genre heavy metal.
Dio… satu nama yang cukup sinonim dengan irama metal dari dulu (saat kebangkitan mereka hingga kini) dan rasanya akan tetap menjadi kenangan pada sebuah nama… Dio dan individu yang sememangnya sangat berkait rapat dengan Dio – Ronnie James Dio. Shaqmetal  bukan nak bercerita mengenai susur galur cerita atau sejarah Dio tetapi sekadar terkenang pada Dio terutamanya Ronnie James Dio ketika menonton DVD – Holy Diver Live, album live yang dirakamkan semasa jelajah merela dalam tahun 2005. Album live tersebut telah dirakamkan di Lon Astorio, London, United Kingdom pada 22 Oktober 2005 dan diterbitkan sendiri oleh Ronnie James Dio.
Bertitik tolak ketika menonton DVD tersebut mulalah shaqmetal terkenang pemergian lagenda heavy metal itu pada usia 67 tahun di Los Angeles, California, USA. Sudah lebih setahun pemergian Ronnie iaitu pada 16 Mei 2010, namanya dan Dio terus mekar dan lagu-lagunya terus berkumandang…
Kembali bercerita mengenai album live – Holy Diver Live yang memuatkan lagu-lagu terbaik Dio membuatkan shaqmetal tak berkelip mata menonton DVD tersebut, meskipun dimamah usia namun Ronnie tetap bertenaga dan suaranya tetap seperti itu juga(meskipun ada sedikit bunyi ketuaannya kedengaran) namun originality Dio tetap sama. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam DVD tersebut ialah;
1.     Tarot woman
2.     The sign of the southern cross
3.     One night in the city
4.     Stand up and shout
5.     Holy diver
6.     Gypsy
7.     Caught in the middle
8.     Don’t talk to strangers
9.     Straight through the heart
10.   Invinsible
11.   Rainbow in the dark
12.   Shame on the night
13.   Gates of Babylon
14.   Heaven and hell
15.   Man on the silver mountain
16.   Long live rock and roll
17.   We rock
Dio ketika itu mempamerkan gahnya muzik metal mereka sehingga penonton seakan-akan tidak puas dengan apa yang dipersembahkan oleh mereka, bukan sahaja penonton di arena London Astoria sahaja yang merasa seakan-akan tidak puas shaqmetal sendiri pun merasa kalaulah lagi banyak lagu-lagu yang dipersembahkan pasti lagi hebat… namun setakat itu yang dimuatkan dalam album live(DVD) tersebut. Dio yang dianggotai oleh Ronnie James Dio – vokalis, Doug Aldrich – gitar, Scott Warren – keyboard, Rudy sarzo – bass dan Simon Wright – dram, ketika itu sememangnya memukau peminat serta pengikut setia Dio dan Ronnie secara individunya. DVD live tersebut memukau shaqmetal selama 1 jam 53 minit dengan hidangan lagu-lagu terbaik Dio. Dan sekadar untuk rekod dan informasi kita bersama album tersebut telah dirilis pada 17 April 2006 dan diedarkan dibawal label Eagle. Juga untuk kita kongsi bersama mereka juga ada  mengeluarkan beberapa buah album live lain seperti Evil or Divine – Live in New York City (2005), *Holy Diver – Live (2006) dan Dio at Donington UK, Live 1983 & 1987 (2010). Album live lain seperti We Rock(San Jose, California – 1983), Dio – Spokane Live (1984), Dio – Inferno, Last In Live (Sofia, Bulgaria – 1998)
Sepanjang bersama Dio, mereka telah menerbitkan 10 buah album penuh studio seperti Holy Diver (1983), The Last In Line (1984), The Sacred Heart (1985), Evil Dream (1987), Lock Up The Wolves (1990), Strange Highway s(1993), Angry Machines (1996), Magica (2000), Killing The Dragon (2002) dan Master Of The Moon (2004).
Ronnie james Dio pernah menganggotai beberapa buah band lain selain bandnya sendiri Dio, antaranya seperti The Vegas Kings, Ronnie & Rumbler, Ronnie & The Redcaps, Ronnie Dio & the Prophets, The Electric Elves, The Elves, Elf, Rainbow, Black Sabbath dan Heaven & Hell. Album studio terakhir Ronie ialah  bersama Heaven & Hell – The Devil You Know yang telah dirilis pada 28 April 2009. Lagu terakhir yang telah dirakam oleh Ronnie ialah lagu berjudul “Metal Will Never Die”. Dalam membudayakan rock dan metal Ronnie James Dio cukup terkenal kerana memperkenalkan symbol “metal horns”. Dan symbol itu terus menjadi simbol dan budaya rock serta metal sehingga kini.
Monumen Ronnie James Dio di Kavana, Bulgaria.
Sebagai menghargai pembabitan dan kehebatan Ronnie dan Dio pelbagai anugerah telah dia(Ronnie) mereka(Dio) terima seperti penghormatan dengan nama diletakkan dalam Cortland City Hall Of Fame (2004), diberi nama pada jalan – Dio Way, Anugerah “Metal Guru Award” dalam Anugerah Tahunan Roll Of Honour 2006, penghormatan dengan nama juga diletakkan dalam Guitar Center’s Rock walk Of Fame di Hollywood, dia juga dinamakan sebagai “Best Metal Singer” semasa Revolver Golden Gods Awards 2010 (menjadikan dia penerima tertua anugerah tersebut – pada usia 67 tahun… sebulan sebelum dia meninggal dunia) dan juga monumen Ronnie James Dio(individu) di Kavana, Bulgaria.

Tiada ulasan: