Khamis, 20 Februari 2014

Epica - The Quantum Enigma (2014)

Album Baharu Epica – The Quantum Enigma (2014)


          Nama yang tidak asing lagi bagi pengemar muzik metal khasnya symphonic metal antarabangsa, Epica, band yang diasaskan oleh Mark Jansen. Band yang berasal dari Netherland ini bakal tampil dan meriliskan album terbaharu mereka bulan Mei ini.
          The Quantum Enigma merupakan tajuk album terbaharu mereka yang bakal diriliskan pada 2 Mei 2014 ini nanti.  Album studio keenam Epica ini merupakan album pertama bagi pemain bass baharu mereka iaitu Rob van der Loo menggantikan tempat Yves Huts dalam tahun 2012.
Menurut Mark Jansen album The Quantum Enigma mempamerkan bunyi yang lebih moden tetapi masih mengekalkan semua elemen tipikal Epica. Menurut Mark lagi adalah begitu mengujakan bila melihat semua anggota band begitu bersemangat dan bermotivasi bekerja untuk menyiapkan album tersebut. Bunyi yang di pertaruhkan menerusi album ini kata Mark Jansen, adalah bunyi  yang lebih berat  lebih brutal dari aspek gitar, bass dan dram.
          Epica diawal kemunculan mereka iaitu dalam tahun 2002 mereka tampil menggunakan nama Sahara Dust dan berasal dari Reuver, Limburg, Netherlands


Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ;

1.            Originem              
2.            The Second Stone            
3.            The Essence of Silence                   
4.            Victims of Contingency  
5.            Sense Without Sanity (The Impervious Code)    
6.            Unchain Utopia                  
7.            The Fifth Guardian (Interlude)  
8.            Chemical Insomnia           
9.            Reverence (Living in the Heart)
10.          Omen (The Ghoulish Malady)   
11.          Canvas of Life     
12.          Natural Corruption           
13.          The Quantum Enigma (Kingdom of Heaven Part II)          
14.          In All Consience (Digipack Bonus track) 

Disc 2 (Digipack dan Earbook sahaja)      
               
1.            Canvas of Life (Acoustic Version)             
2.            In All Conscience (Acoustic Version)       
3.            Dreamscape (Acoustic Version)
4.            Natural Corruption (Acoustic Version)
                 
Disc 3 (Earbook sahaja)    

1.            Originem (Instrumental)              
2.            The Second Stone (Instrumental)            
3.            The Essence of Silence (Instrumental)   
4.            Victims of Contingency (Instrumental)  
5.            Sense Without Sanity (The Impervious Code - Instrumental)      
6.            Unchain Utopia (Instrumental) 
7.            The Fifth Guardian (Interlude - Instrumental)    
8.            Chemical Insomnia (Instrumental)          
9.            Reverence (Living in the Heart - Instrumental)  
10.          Omen (The Ghoulish Malady - Instrumental)     
11.          Canvas of Life (Instrumental)    
12.          Natural Corruption (Instrumental)          
13.          The Quantum Enigma (Kingdom of Heaven Part II - Instrumental)

Rabu, 12 Februari 2014

Hydra - Within Temptation

Hydra... antara yang terbaik dari Within Temptation
Within Temptation antara nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia metal antarabangsa, bukan nama band itu sahaja malah vokalisnya juga turut disebut-sebut antara vokalis band symphonic metal yang cukup disegani sehingga ada yang menamakan dia sebagai queen of symphonic metal. Namun itu bukanlah cerita kita kali ini… tetapi lebih menjurus pada buah tangan terbaharu band Within Temptation atau WT, yang dianggotai oleh  Sharon den Adel – vokalis, Robert Westerholt – gitar, Ruud Jolie – gitar, Martijn Spierenburg – keyboard, Jeroen van Veen – gitar bass,  Mike Coolen – dram dan Stefan Helleblad – gitar tambahan.

WT telahpun hadir dengan hasil terbaharu mereka iaitu Hydra sebuah album penuh, studio keenam WT, telahpun diriliskan pada 31 Januari 2014. Album Hydra menampilkan penyanyi jemputan band metalcore iaitu Howard Jones, bekas anggota band Killswitch Engage, penyanyi rap – Xzibit, penyanyi symphonic metal yang bergerak secara solo yang juga bekas vokalis Nightwish – Tarja Turunen dan penyanyi band alternative rock, Soul Asylum – Dave Pirner. Itu antara individu yang mempunyai nada vokal yang tersendiri turut mewarnai album terbaharu WT - Hydra.

Menurut WT, tajuk album tersebut merujuk pada kehebatan kepelbagaian genre muzik WT yang sentiasa bertambah baik dan berkembang setiap masa. Menurut gitaris WT, Robert Westerholt “Hydra merupakan tajuk album yang sempurna untuk album terbaharu mereka lantaran ia mewakili kepelbagaian sisi muzik bawaan mereka”.

Menurut mitos Greek purba pula, Hydra merupakan ular gergasi yang mempunyai banyak kepala yang tidak memungkinkan kepalanya di potong. Maka dengan kekuatan mitos Greek purba itulah semangat dan aura Hydra diterapkan pada album terbaharu WT.

Pembikinan album tersebut telah bermula dalam tahun 2012. Penerbitan single , rakaman video dan pelbagai lagi aktiviti termasuk persembahan dan tour melewatkan tarikh rilis album tersebut yang dijadualkan pada awalnya dalam bulan September 2013. Meskipun demikian WT sempat meriliskan 4 single menerusi album Hydra iaitu Paradise (feat Tarja), Dangerous, Whole world is watching dan And we run.

Diperingkat awal album tersebut diriliskan, WT menerima banyak maklum balas antaranya dari stesen radio Rock Antene yang menyatakan bahawa album tersebut “fast” dan  “heavy” sehingga  diberikan markah 5/5 oleh sesetengah pihak. Majalah muzik Reflections of Darkness pula memberi markah penuh 10/10 dengan mengklasifikasikannya sebagai “earthly and modern” berbanding dengan album terdahulu yang lebih menjurus pada atmosfera “celestial romance and coldness”. Album ini juga dikatakan “fashionable influences” kerana penampilan penyanyi undangan khas dan arah tuju muzik mereka yang sedikit berbeza. Pernyataan itu juga menamatkan tuduhan yang WT akan tetap berpegang teguh dengan elemen symphonic metal dan progressive metal. Dikatakan juga WT kembali kepada asas mereka dengan bunyi yang lebih berat dan dramatik selain terus berkembang melewati batas sempadan muzik mereka. Malah WT juga dikatakan menampilkan album yang melakurkan stail muzik yang dipersembahkan. Antara komen yang cukup menarik juga untuk album Hydra ini ialah “album yang penuh dengan synth, bunyi gitar yang segar, mendayu dan indah dan juga bunyi ‘backing’ vokal yang sempurna serta harmoni”. 

Sedikit komen dan maklum balas yang boleh kita kongsi bersama bagi album Hydra WT, namun bagi shaqmetal  secara peribadi Hydra telah menolak  semula nama WT ke hadapan setelah sedikit hanyut menerusi album seperti “The Unforgiving”. Lantaran bunyi yang dihasilkan menerusi album tersebut(The Unforgiving) terlalu  modern dan tidak sesuai dengan bunyi celtic bawaan mereka. Maka kritikan yang agak keterlaluan dilemparkan, namun sesetengah individu pula menyukai akan perubahan tersebut. Apapun shaqmetal  secara peribadinya tidak menyukai album “The Unforgiving” WT lantaran bunyi  agak tersasar dari landasan jalur muzik WT yang sebenar. Tetapi bagi album Hydra ini olahan dan gubahan serta arahan bunyi muzik WT cukup menarik dan indah serta harmoni menjadikan perubahan serta elemen fushion yang dimuatkan itu menjadi satu garapan yang cukup untuk memenuhi ruang udara persekitaran bunyi symphonic metal yang fushion, modern namun tetap ada elemen celtic dalam bunyi symphonic WT.

Talaan bunyi WT bagi album Hydra menjadikan muzik symphonic metal WT menerusi album Hydra ini cukup segar, harmoni, berat, pantas, padu dan indah. Vokal Sharon seakan – akan menyerap dalam jalur muzik yang dipersembah, menjadikan alunan muzik dan vokal berpadu dan berjalan seiringan lantas menghasilkan bunyi Hydra WT yang tersebdiri dalam kelasnya meskipun masih berpijak pada jalur muzik symphonic metal.

Bagi mengetahui, mendengar, merasai dan menikmati muzik WT menerusi album Hydra adalah lebih baik dengarkan sendiri dan dapatkan jawapan sendiri untuk Hydra. Pandangan dan pendapat shaqmetal bukanlah pendapat purata semua pendengar, ini adalah pandangan dan pendapat individu shaqmetal. Apa pun pendapat anda terserah pada bagaimana cara anda menikmati muzik yang anda minati.