Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 20 Julai 2011

Rakaman Rockustika Raya Rock Selamba MUZIKfm

Sekadar latihan... untuk malam esok


Sesi latihan untuk rakaman rancangan Rockustika Raya Rock Selamba MUZIKfm telah berlangsung sejak petang tadi (jam 2 petang - 20 Julai 2011). Rakaman program tersebut diadakan di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Antara band yang terlibat dalam rakaman program tersebut ialah Kristal, Khalifah, Terarossa, Royce Sa'ayan yang menampilkan band Maha. Antara yang membarisi pemuzik yang mengiringi Royce yakni dengan nama Maha band ialah Mat Nor Hendrix Risty Blade dan Khalid Mubin Rustry Blade. Ali dan Terarossa pula menampilkan Rosli Mohalim bekas gitaris Sweet Charity. Rakaman sebenarnya untuk program tersebut akan diadakan malam esok bermula jam 9 malam di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Ali Terarossa, Yabang Khalifah, Royce Sa'ayan dan Lan Kristal... sekadar latihan


Penampilan istimewa Khalid Mubin Rusty Blade...


... tidak ketinggalan Mat Nor Hendrix Rusty Blade.


Untuk program tersebut Terarossa menampilkan Rosli Mohalim...