Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 27 September 2011

Liv Moon


Liv Moon band symphonic metal yang berasal dari negara matahri terbit, Jepun telah ditubuhkan dalam tahun 2009 dan merupakan band yang menampilkan vokalis wanita. Perjalanan sejarah Liv Moon bermula dengan penampilan sulung vokalis Liv Moon, Liv sebagai seorang yang seringkali membuat persembahan di pelbagai peringkat, dari sekolah muzik Takarazuka. Tidak lama kemudian dia mengembara ke England untuk belajar vocal dan menyanyi. Sepanjang berada di Eropah, beliau pernah memenangi anugerah Singer Of The Year dalam Beckenham Festival dan seterusnya menjadi tumpuan serta dikenali diseluruh Eropah. Sekembalinya dari Eropah dia menyambung semula pembelajaran muziknya di sekolah muzik Takarazuki dan menamatkan pengajiannya dalam bidang muzik. Tidak lama kemudian beliau bertemu dengan Tatsuya Nishiwaki seterusnya menubuhkan band Liv Moon.Liv Moon dianggotai oleh Akane Liv – vokalis, Youichi "Cheesey" Éhirose - Bass, Kozo Suganuma - drum, Akitoshi Kuroda – gitar dan Tatsuya Nishiwaki - keyboards.
Sehingga kini Liv Moon telahpun mengeluarkan 4 buah album antaranya sperti berikut :
2011 - Golden Moon
2010 - Covers - Screams As A Woman
2009 - The Phantom Of The Opera - Single
2009 - Double Moon

Album terbaharu mereka yang telah diterbitkan dalam tahun in (2011) memuatkan 14 buah lagu antaranya ;
1. Shino Butou ~ Deiesu Ire ~
2. Say Goodbye
3. Not Game!
4. Black Ruby
5. Dance With A Ghost
6. Yozakuran ~ Yozakura Arashi ~
7. The Lost Fortress (Interlude)
8. Dorakurowa No Megami
9. Fly
10. Ballerina Symphony
11. Shizuka Na Kiseki
12. Inochi No Mori
13. Oboreru Ningyo
14. Amarantosu No Tsubasa

Tiada ulasan: