Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 19 Oktober 2011

AnsoticcA





Antara yang unik dari Netherland... AnsoticcA

Benua Eropah antara tempat kelahiran pelbagai band yang unik seperti bergenrekan symphonic, gothic dan sebagainya. AnsoticcA yang berasal dari Netherland ditubuhkan dalam tahun 2008. Dengan lahirnya band AnsonticcA ini lebih memeriahkan lagi dunia metal antarbangsa apatah lagi bila vokalis utamanya seorang wanita, Carie yang membolehkan kita membuat perbandingan dengan suara Sharon den Adel (Within Temptation) yang juga cukup bertenaga seperti suara Annette Olzon (Nightwish) atau lebih berbunyi klasikal seperti suara Tarja Turunen (bekas vokalis Nightwish). Apapun vocal Carie ada karismatiknya sendiri yang menjadikan band AsonticcA ini memiliki keunikkan tersendiri.
Bunyi melodi mereka yang epic bergabung dengan riff gitar yang berat/heavy serta vocal Carie yang berkarismatik itu membuatkan buah tangan dari AnsoticcA memiliki kelainan yang sedap untuk didengar. AnsoticcA membawakan jalur muzik yang ada pembaharuan dan dalam masa yang sama menggunakan kekuatan gothic metal sebagai gandingan menjadikan mereka band symphonic gothic metal yang berkarismatik dan bertenaga penghasilannya.
Permuzik atau anggota AsonticcA yang pernah menganggotai beberapa band ternama seperti Biest, Marya Roxx, Graaf or Respawn menemui vokalis mereka, Carie van Heden di Dutch Rockacademie dimana tempat bekas vokalis After Forever, Floor Jansen mengasah dan mengembangkan bakatnya.
Sebagai buah tangan sulung mereka tampil dengan album Rise yang telah diterbutkan dan dirilis dalam tahun 2010 memuatkan 13 lagu antaranya A New Dawn, Endless Sacrifice, Heaven Burns, Rise, I'm Alive, In Silence, Faces (On Fire), Open Your Eyes, Our Time, Tears Of A Clown, Open The Gates, Willing To Believe dan Weight Of The World.
AnsoticcA dibarisi oleh ;
Carie van Heden - vocals
Adrian Delborg - guitars
Maarten de Vries - keyboards
Jay Zee - bass
Zack Rabarti – drums

Tiada ulasan: