Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 19 Oktober 2011

Symfomania






Dari string quartet menjadi band dinamik... Symfomania

Apa yang dihasilkan oleh gadis-gadis manis ini ialah sesuatu yang unik menarik dan tersendiri bila mereka mencipta muzik yang begitu cantik dengan elemen-elemen symphonic dan neo-klasik. Mereka terdiri dari violinis professional yakni pemain violin, pemain cello, piano/keyboard dan pemain dram. Gabungan instrument menyerlahkan band dengan menhasilkan bunyian yang indah, menarik dan tersendiri. Sebagai seorang pemuzik yang terlatih dan professional mereka menemui pendekatan unik dan baharu denganmempersembahkan hasil gubahan terkenal selain gubahan menariuk mereka sendiri.

Muzik bawaan dan ciptaan Symfomania diinspirasikan dengan tenaga, dinamika dan penuh luahan persona yang indah yang menghasilkan bunyi yang melodic, harmoni yange menyeluruh dan bentuk klasikal yang ringkas. Itu antara gubahan serta taruhan yang cukupm menarik dari Symfomania.

Symfomania merupakan sebuah band yang boleh dikategorikan sebagai Neo-Clasiccal/Symphonic metal/rock berasal dari Ukraine yang menggunakan instrument bertali sebagai utama instrument utama seperti violin, viola, cello, piano/keyboard dan dram.

Konsert pertama Symfomania pada 24 Jun 2004 merupakan konsert pertama dan boleh diibaratkan sebagai tarik kelahiran Symfomania. Asalnya Symfomania adalah ‘string quartet’ yang ditubuhkan oleh pelajar Tchaikovsky National Academy of Music dan diwaktu itu quartet tersebut dinamakan sebagai Empire.

Mereka mengubah muzik sendiri, mereka dan menjahit sendiri pakaian dan merakamkan sendiri lagu-lagu mereka di studio rumah. Symfomania juga mencipta gubahan baharu mereka sendiri yakni menjadi keutamaan mereka dalam setiap penghasilan bahan-bahan baharu untuk album mereka.

2005 menjadikan muzik mereka lebih dramatikal dengan ada gabungan keyboard dan dram dan hasilnya muzik mereka kian berkembang dari bunyi string quartet menjadi bunyi yang lebih dinamik dan symphonism. Dengan adunan string, keyboard dan drum Empre terus berkembang sehinggalah 2008, mereka mengambil keputusan untuk menukar nama band menjadi Symfamania.

Menyusul selepas itu dalam tahun 2009 terhasillah album sulung mereka yang diberi judul Empire yang memuatkan hasil gubahan bernilai mereka selama 5 tahun. Album Empire memuatkan 15 buah komposisi yang indah sejak era Empire antaranya ialah ;
1. Гелиос (Gelios) (3:54)
2. Дозор (Patrol) (3:29)
3. Свеча (Candle) (3:58)
4. Виктория (Victoria) (2:37)
5. Старинная (Tale) (3:04)
6. Вива (Viva) (2:56)
7. Воин (Warrior) (2:44)
8. Дождь (Rain) (2:32)
9. Гонки (Race) (1:45)
10. Полёт (Fly) (2:51)
11. Пламя (Flame) (2:18)
12. Море (Sea) (3:27)
13. Битва (Battle) (3:15)
14. Марш (March) (2:44)
15. Прелюдия (Prelude) (2:06)

Selepas Berjaya dengan album sulung mereka Symfomania hadir dengan album kedua mereka dalam tahun 2010 yang diberi judul Aria yakni berasas pada band terkenal Russia iaitu Aria. Lagu-lagu yang dimuatkan ialah lagu cover Aria. Album tersebut telah diriliskan pada 20 Disember 2010.

Symfomania dibarisi oleh pemuzik professional seperti ;
Maria Brodova : Violin
Veronika Tchernyak : Violin
Valentina Bugrak : Viola
Daria Sedova : Cello
Olga Aidinova : Keyboards
Victoria Milevskaya : Drums

Tiada ulasan: