Selasa, 8 November 2011

Imaginaerum Album Baharu Nightwish 2011

Hidangan terbaharu Nightwish tahun 2011...



Nama Nightwish sudah sebati dalam jiwa masyarakat metal antarabangsa khasnya yang menggemari muzik symphonic metal. Siapa yang tak kenal NIghtwish sejak era Tarja hinggalah Anette kini, Nightwish kekal gah. Setelah hadir dengan album Dark Passion Play dalam tahun 2007 tatkala itu tempat vokjalis diambilalih oleh Anette Olzon. Meneruskan kegemilangan Anette bersama Nightwish kini mereka tamil dengan album terbaharu mereka iaitu Imaginaerum. Album yang diterbitkan oleh Tuomas Holopainen, Tero Kinnunen dan Mikko Karmila itu memuatkan 13 buah lagu termasuk 2 buah lagu instrumental. Album tersebut diriliskan dibeberapa negara seperti tarikh yang telah ditetapkan oleh iaitu 30 November 2011 (Finland), 2 December 2011 (Europe), 6 January 2012 (Australia), 10 January 2012 (United States, Canada, & Brazil), 11 January 2012 (Japan) dan 16 January 2012 (New Zealand).

Antara senarai lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah ;
1. Taikatalvi
2. Storytime
3. Ghost River
4. Slow, Love, Slow
5. I Want My Tears Back
6. Scaretale
7. Arabesque (Instrumental)
8. Turn Loose The Mermaids
9. Rest Calm
10. The Crow, The Owl And The Dove
11. Last Ride Of The Day
12. Song Of Myself
13. Imaginaerum (Instrumental)

Untuk album ini 2 single dirancangkan akan dirilis iaitu single pertama Storytime yang akan dirilis 9 Nov 2011.Manakala single kedua The Crow, The Owl And The Dove akan di rilis dalam bulan Februari 2012. Menghayati single pertama Nightwish yang berjudul Storytime memang sukar untuk menafikan bunyi Nightwish. Bunyi yang sedemikian sememangnya sudah menjadi trademark mereka yang sukar untuk diubah.

Nightwish yang tampil dengan Imaginaerum 2011 ini masih membarsisi pemuzik handalan mereka seperti Anette Olzon / vocal, Tuomas Holopainen / keyboard, Jukka "Julius" Nevalainen / drum, - Marco Tapani Hietala / bass, vocal dan Emppu Vuorinen / gitar.

Album terbaharu mereka ini diterbitkan seiringan dengan filem yang judulnya juga Imaginaerum diarah oleh Stobe Harju. Bagi album ini live orchestra, London Philharmonic Orchestra yang diketuai oleh Pip Williams juga memainkan peranannya seperti juga album terdahulu. Album yang diinspirasikan dikatakan sebagai "beautiful, twisted, tribal and cinematic" Penghasilan album ini banyak dinspirasikan oleh pengarah filem, Tim Burton, penulis Neil Gaiman dan pelukis Salvadaor Dali. Antara pengaruh lain yang meresapi muzik Nightwish untuk album ini termasuk pengaruh include Hans Zimmer, Danny Elfman, Ennio Morricone, Christy Moore, Van Halen dan Pantera. Malah menurut Tuomas Holopainen satu lagu iaitu lagu yang dikatakan sebagai ‘funeral march’ telah diinspirasikan oleh Paradise Lost dan My Dying Bride.

Tiada ulasan: