Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 15 November 2011

Rhapsody Of Fire... Turilli dan Guers

Pengunduran Luca Turilli dan Patrice Guers dari Rhapsody Of Fire...
Terkejut atau tidak terkejut!!!??? Mungkin kita baru tahu, dah tahu dan tak tahu langsung tentang perkara ini maka dijelaskan di sini. Ataupun nak percaya atau tidak, itu terpulang pada anda. Apapun yang pasti Luca Turilli dan Patrice Guers  tidak lagi bersama Rhapsody Of Fire. Luca Turilli adalah salah seorang pengasas band Rhapsody Of Fire bersama temannya iaitu Alex Staropoli dan Daniele Carbonera dengan nama asalnya Thundercross. Meskipun pengunduran Turilli dan Guers dari ROF pada 16 Ogos 2011 yang baru lalu sudah beberapa bulan berlalu, rasanya sebahagian dari kita belum perasan sangat kecuali yang betul-betul mengikuti perkembangan ROF.  Catatan ini sekadar untuk membuat cerita susulan sahaja lantaran Luca merupakan salah seorang yang penting dalam keujudan ROF dalam arena metal antarabangsa. Mereka berdua akan terus berkarya dengan band baharu yang namanya masih belum dipastikan.
Bertitik tolak dari situ nama pemain bass baharu ROF telah diumumkan pada 1 September 2011, iaitu Oliver Holzwarth. Menyusul pada 27 September 2011, Roberto De Micheli sebagai gitaris kedua secara rasminya juga menyertai ROF. Sebelum itu pada 15 April 2011, gitaris, Tom Hess telah  juga menjadi ahli terbaharu ROF. Ini menjadikan barisan terbaharu ROF ialah seperti berikut;
Fabio Lione – Vocals (1995–sekarang)
Alex Staropoli – Keyboards (1993–sekarang)
Alex Holzwarth – Drums (2000–sekarang)
Tom Hess – Guitar (2011–sekarang)
Oliver Holzwarth – Bass (2011-sekarang)
Roberto De Micheli - Guitar (2011-sekarang)
Sebagai info untuk kita kongsi bersama setakat ini sehingga (November 2011), ROF telahpun mengeluarkan  9 buah album studio penuh, 2 EP dan Demo serta 1 album kompilasi, album live dan DVD.

Tiada ulasan: