Selasa, 15 November 2011

Sepultura di Kuala Lumpur Februari 2012.

Sepultura bakal mengadakan siri konsert jelajah Asia... termasuk Kuala Lumpur.
Berita terkini buat semua peminat metal tempatan dan negara jiran seperti  Thailand serta Indonesia. Dalam rangka untuk mempromosikan album baharu mereka ‘Kairos’, Sepultura  mengadakan siri  jelajah 2011 di Amerika Selatan, Eropah dan Asia. Manakala siri jelajah Asia pula yang dirangkakan akan diadakan menjelang Februari 2012 akan bermula di Thailand, Malaysia dan kemudiannya di Indonesia. Menurut perancangan awal pihak penganjur jelajah Asia akan bermula 3 Februari 2012. Dalam siri jelajah tersebut dijangka 1 konsert akan diadakan di Thailand, 2 di Malaysia dan 4 siri konsert di Indonesia.
1 dari 2 siri konsert yang akan diadakan di Malaysia telah dikenalpasti iaitu di Kuala Lumpur manakala 1 lagi akan dikenalpasti tidak lama lagi. Apapun cadangan asal siri konsert jelajah Asia bakal melibatkan bandaraya seperti Bangkok, Medan, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Jakarta, Surabaya dan Bali, namun ketetapan sebenarnya lokasi konsert masih lagi belum dipastikan.
Band lagenda heavy thrash metal  yang berasal dari Belo Horizonte, Brazil ini dianggotai oleh Paulo Jr. – bass, Andreas Kisser – guitar, Derrick Green –  vokal dan Eloy Casagrande – dram (mengantikan Jean Dolabella). Elloy Casagrande pemain dram terbaharu Sepultura baru berusia 20 tahun secara telah diumumkan secara rasminya pada 13 November 2011 (artikel ini ditulis 15 November 2011).
Sejak penubuhannya dalam tahun 1984, Sepultura telahpun menerbit 12 buah album penuh studio dan album yang terbaharu dari band ini ialah Kairos, diriliskan pada 24 Jun 2011.

1 ulasan:

Zamri berkata...

Bro pergi tgk tak?