Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 6 September 2011

Quelonio


Sesekali kita mengetahui nama band yang pelik atau mungkin yang jarang ataupun tidak pernah kita dengar membuat kita rasa kita semkain banyak mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Itu adalah sebaik-baiknya dan menjadikan kita lebih informative serta luas penegtahuan. Apapun apa yang shaqmetal ketengahkan ini adalah sedikit info untuk makluman dan dikongsi kita bersama. Apa yang menariknya mengenai band ini ialah namanya iaitu Quelonio dan asal band ini yakni dari Sepanyol (Spain). Agak jarang kita bersembang mengenai band dari Sepanyol maka untuk kali ini Quelonio shaqmetal papar setelah menikmati hidangan muziknya yang menarik selain bahasanya (Sepanyol/Spain) yang sedap untuk didengar.
Quelonio band yang ditubuhkan dalam tahun 1996 dari Valencia, Sepanyol ini melalui beberapa pertukaran anggotanya sehingga tahun 2008 lengkaplah percaturan mereka dengan membariskan Teresa Broseta (vokalis), Jose R. Ruiz (gitar), Emilio Luque (gitar), Toni Rosaleny (bass ) dan Juan S. Vazquez (dram). Band melodic power metal ini juga dikategorikan sebagai band heavy metal yang kuat asas riff melodic namun secara jelasnya Quelonio adalah band melodic power metal. Kekuatan suara/vocal Teresa menjadikan bunyi dan aura melodic cukup jelas pada Quelonio.
Quelonio mempunyai nama yang unik lantaran dari inspirasi alam semulajadi yakni ‘turtles’(penyu) atau sebutan Sepanyolnya “Chelonia” (Quelonio). Kalau kita imbas beberapa nama band yang diinspirasikan dari nama flora dan fauna atau lebih mudahnya alam semulajadi sebagai contohnya ialah Sirenia – “sea cows”, Tristania – “plants”/tumbuh-tumbuhan dan beberapa buah band lagi.
Quelonio telahpun tampil dengan 2 buah album iaitu ‘Buscando Una Luz’, album pertama yang telah diterbitkan dalam tahun 2002. Album tersebut sebenarnya mengetengahkan barisan pemuzikyang berlainan dengan alabum kedua mereka yang diberi judul ‘Vicio y Virtud’ diterbitkan dalam tahun 2009. Keseluruhan lirik dalam album kedua mereka dinyanyikan dalam bahasa Sepanyol dan itu menjadilkan bunyi Quelonio agak unik.
Dari pengamatan pada album kedua mereka stail vocal Teressa mempunyai kekuatan pengaruh dan terarah kepada stail vocal heavy dan sedikit persamaan dengan artis rock wanita Itali, Gianna Nannini juga persaam sedikit dengan vokal ‘mother of metal’, Doro.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Vicio y Virtud ialah ;
01. Dame Placer
02. Juego De Miradas
03. Ave Fénix
04. Vicio Y Virtud
05. V
06. El Grito De La Realidad
07. Por La Espalda
08. Tu Fuego
09. Buscando Una Luz
10. Aquí Estoy
11. Cima De La Eternidad
12. Susurrando Al Viento

Tiada ulasan: