Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 19 September 2011

Konsert Lagenda Rock

Nantikan dan temui artis-artis ternama di Konsert Lagenda Rock

Konsert Lagenda Rock yang bakal menampilkan Ella, Mus May, Bandi Amuk dan Asyeed Def Gab C akan diadakan di Kompleks Sukan Tawau, Tawau, Sabah. Konsert besar-besaran tersebut yang dianjurkan oleh Nova Music dan Mustwin Ventrure Sdn. Bhd itu akan diadakan pada 1 Oktober 2011. Pada sidang media yang diadakan baru-baru ini di Hard Rock Café, penganjur mengatakan pengaruh peminat rock yang cukup kuat di Tawau menjadikan Tawau lokasi pilihan untuk konsert tersebut. Tiket dijual dengan harga yang murah iaitu RM20 sahaja dan boleh didapati dari wakil penjual yang sah atau dipintu masuk Komplek Sukan Tawau nanti. Untuk menjayakan konsert tersebut penganjur berkerjasama dengan stesen radio MUZIKfm sebagai radio rasmi dan akan menampilkan DJ Rock Selamba MUZIKfm pada malam tersebut. Dalam pada itu MUZIKfm juga selain mempromosi konsert tersebut akan mengadakan kuiz Konsert Lagenda Rock dengan memberi hadiah berupaka tiket untuk menyaksikan konsert serta barangan eksklusif Konsert Lagenda Rock u ntuk pendengar khasnya yang berada di Tawau dan di sekitarnya. Untuk mengikuti dan memenangi hadiah tersebut pendengar boleh mengikuti rancangan Rock Selamba MUZIKfm mulai 19 September 2011 ini.

Tiada ulasan: