Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 7 September 2011

Whitesnake di Kuala Lumpur...



Whitesnake, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat rock dan heavy metal antarabangsa dan tempatan. Band rock yang diasaskan oleh david Voverdale dalam tahun 1978 ini masih lagi gah menongkah arus dunia rock dan metal era millennia meskipun bermacam-macam nama band metal ujud, namun nama Whitesnake tetap disebut-sebut. Mereka punya pengikut dan peminat tersendiri terutamanya bila mendengar lagu-lagu seperti ‘Is This Love’ dan ‘Here I Go Again’. Dalam tahun 2005 mereka dinobatkan sebagai ‘The 85th greatest hard rock band of all time’ oleh VH1(Video Hits 1).
Apa yang hendak diketengahkan disini ialah kehangatan berita tentang konsert Whitesnake yang bakal diadakan di Stadium Negara pada 30 Oktober 2011 ini nanti. Sejak sebulan dua yang lalu heboh dikatakan dan diceritakan tentang kehadiran band tersebut ke Kuala Lumpur. Meskipun tarikh dan tempat telah diketahui umum setakat ini namun siapakah yag Berjaya membawa Whitesnake ke Kuala Lumpur masih menjadi tanda tanya. Apapun Kuala Lumpur memang telah disenarai dalam senarai lokasi konsert dalam laman web rasmi mereka www.whitesnake.com. Kita nantikan bersama kehadiran Whitesnake di Kuala Lumpur.
Band yang berasal dari Middlesbrough, North Yorkshire, England ini dibarisi oleh David Coverdale – vokalis (1976–1990, 1994, 1997–1998, 2002–sekarang), Doug Aldrich – gitar(2002–sekarang) Reb Beach – gitar (2002–sekarang), Michael Devin – bass (2010–sekarang), Brian Tichy – drum, percussion (2010–sekarang) dan Brian Ruedy – keyboard (2011–sekarang).
Sehingga tahun 2011 mereka telah menerbitkan 11 buah album iaitu :
1. Trouble (1978)
2. Lovehunter (1979)
3. Ready an' Willing (1980)
4. Come an' Get It (1981)
5. Saints & Sinners (1982)
6. Slide It In (1984)
7. Whitesnake (1987)
8. Slip of the Tongue (1989)
9. Restless Heart (1997)
10. Good to Be Bad (2008)
11. Forevermore (2011)
Apapun untuk merancakkan dunia metal antarabangsa dan tempatan Whitesnake telah tampil dengan album terbaharu mereka yang diberi judul Forevermore yang telah dirilis pada 9 Mac 2011. Maklumat lanjut mengenai album terbaharu mereka ini rujuk pada pautan Album Baharu 2011 shaqmetal.

Tiada ulasan: