Supergroup Symfonia tampil dengan In Paradisum
Kita seringkali mendengar supergroup yang diciptakan oleh pemuzik hebat dunia muzik khasnya metal antara yang pernah kita ketengahkan oleh Northern Kings, Cry Cry Cry, Demons and Wizards, sTork, S.K.I.N., Avantasia dan bnayak lagi (sekadar menyebut beberapa nama band shaja). Bagi nama Symfonia pula ia adalah masih baharu lantaran supergroup ini ditubuhkan dalam tahun 2010 oleh André Matos, Timo Tolkki, Jari Kainulainen, Mikko Härkin dan Uli Kusch. Apapun perkhabaran terbaharu menyatakan bahawa pemain dram Uli Kusch secara rasminya telah meninggalkan supergroup tersebut.
Anggota supergroup ini juga merupakan bekas band-band hebat antarabangsa seperti berikut;
André Matos (ex-Angra, ex-Shaman, ex-Viper) - Vokal
Timo Tolkki (ex-Stratovarius, ex-Revolution Renaissance) - Guitars , Production , Mixing
Jari Kainulainen (ex-Stratovarius, ex-Evergrey) - Bass
Mikko Härkin (Cain's Offering, ex-Sonata Arctica, ex-Kotipelto, ex-Solution .45) - Keyboard
Uli Kusch (ex-Helloween, ex-Gamma Ray, ex-Masterplan) - Dram
Symfonia telahpun menerbit/meriliskan albukm sulung mereka yang diberi judul Paradisum pada 25 Mac 2011 yang lalu. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah;
1. Fields of Avalon
2. Come by the Hills
3. Santiago
4. Alayna
5. Forevermore
6. Pilgrim Road
7. In Paradisum
8. Rhapsody in Black
9. I Walk in Neon
10. Don't Let Me Go
11. I'll Find My Way Home (Bonus Jepun)
2 ulasan:
metal apa ni?
Salam bro... band / supergroup ini membawa sub genre muzik power metal.
Catat Ulasan