Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 26 September 2011

Konsert Lagenda Rock… Tawau

Ella, Mus May, Bandi Amuk dan Asyeed Def Gab C bakal mengeggarkan Tawau...


Antara konsert yang terbesar diadakan di Tawau yang menampilkan nama-nama besar dalam industry hiburan. Siapa tak kenal ratu rock Malaysia – Ella, vokalis band MAY – Mus, vokalis bertopeng – Bandi dan vokalis yang bersuara unik dari band Def Gab C – Asyeed. Nama-nama yang tidak perlu kita perkenalkan lagi bakal mengeggarkan Komplek Sukan Tawau pada hari Sabtu ini, 1 Oktober 2011. Bagi yang meminati nama besar rock tanahair ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat dari mereka. Inilah julungkalinya Ella, Mus MAY, Bandi AMUK dan Asyeed Def Gab C digabungkan bersama untuk menjayakan Konsert Lagenda Rock… Tawau 2011. Mus May, Bandi Amuk dan Asyeed sendiri begitu teruja untuk membuat persembahan semasa konsert itu nanti, lantaran mereka tahu bagaimana hebatnya sambutan masyarakat di Sabah dengan konsert ataupun persembahan pentas yang dianjurkan di Sabah. Sememangnya dari pengalaman yang lepas masyarakat Sabah amat menghargai serta mengalu-alukan konsert sebegitu diadakan ditempat mereka apatah lagi dengan penampilan nama-nama besar sedemikian.
Bagi masayarakat di Tawau dan disekitarnya inilah peluang yang rasanya datang hanya sekali – menampilkan gabungan Ella, Mus May, Bandi Amuk dan Syeed Daf Gab C. Jangan lepaskan peluang ini kerana penampilan hebat begitu pasti memerlukan belanja yang besar untuk ditonotn tetapi bagi masyarakat Tawau tiket Cuma RM20.00 dikenakan. Ini adalah harga yang amat murah jika dibandingkan dengan nama artis yang bakal diketengahkan malam tersebut.

Tiket-tiket boleh didapati di ;
Top 10, Café Kak Midah
J. A Trophy and Souvinier
Pejabat Mustwin Venture
Tapak konsert (pada 30 September & 1 Oktober 2011).

Ticket hotline 089 763791.

Tiada ulasan: