Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 28 November 2013

Album DVD Baharu Epica

    Aaaahhhhh banyak benda yang tertinggal, keinginan untuk memuntahkan apa yang ada dalam benak ini terlalu kuat desakkannya tetapi keadaan sentiasa tidak menyebelahi shaqmetal... yahhh dengan alasan yang klise mungkin... SIBUK.... sibuk dengan tugas hakiki dengan itu dan ini. Hakikatnya shaqmetal sebenar-benarnya terlalu sibuk... Dalam kesibukan itu media yang selalu menjadi tempat persinggahan ialah youtube dan beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter... Bermacam - macam 'alert' yang menjengah page personal shaqmetal tentang album baharu atau penghasilan terbaharu dari band seperti Epica.... Rhapsody dan mmmm banyak lagi. shaqmetal jadi cemburu lantaran tidak berkesempatan untuk meninjau dan menikmati lebih lanjut punca 'alert' tersebut.... maka mengambil sedikit masa yang terluang shaqmetal cuba menjengah helai cerita pada sebuah band symphonic metal yang betrasal dari  Reuver, Limburg, Netherlands iaitu... EPICA. Konsert Retrospetch sempena Ulangtahun Ke 10 Epica telah dirakam dalam bentuk DVD.
   DVD yang memuatkan 26 buah lagu itu dirakam semasa konsert yang diadakan di Klokgebouw dengan sokongan 70 angota orkestra. Album konsert tersebut telah diriliskan pada 8 November 2013 di EU, 11 November 2013 di UK dan 26 November 2013 di USA. Album konsert tersebut di rilis  menerusi Nuclear Blast Records.
     Ini merupakan album video DVD kedua mereka selepas We Will Take You With Us dalam tahun 2004. Untuk album studio penuh baharu Epica perancangannya akan dikeluarkan dalam tahun hadapan (2014). Album sebelum ini Requiem For The Indifferent telahpun dirilis dalam tahun 2012 iaitu album studio penuh yang ke 5. Namun setakat artikel ini ditulis (28 November 2013) masih belum diketahui akan tajuk album baharu tersebut.
       





Tiada ulasan: