Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 18 Januari 2012

101 Peraturan Power Metal (Bahagian ll)


101 Peraturan Power Metal (Bahagian ll)
10 lagi peraturan power metal dari 101 yang telah dicatatkan... (termasuk yang ini 20 telah shaqmetal catatkan di ruangan ini)
10 lagi kita tambah peraturan power metal yang diilhamkan oleh Geddysciple dalam ruangan ini. Kiranya apa yang dicatatkan ini mempunyai kebenaran dan persamaan pergunakan sebaik mungkin dan kira ada percanggahan cuba nilai dari aspek yang berlainan. Apa yang dicatatkann di ruangan ini bukanlah satu kemstian. 10 lagi dari 101 peraturan power metal setelah 10 kita ketahui sebelum ini. Antaranya peraturannya ialah ;
11.       Sekiranya anda perlu dan menyanyi tentang perkara lain, letakkan bersama sebagai projek sampingan anda. Avantasia adalah contoh terbaik.
12.      Balada adalah diizinkan.
13.      Ini tidak bermakna dengan balada anda boleh menjadi hebat.
14.      Lebih panjang durasi lagu anda, maka ianya akan menjadi lebih epik. (Lihat peraturan No. 1 yang telah shaqmetal muatnaikkan.)
15        Lebih solo bermakna lebih “epik.”
16.       Kalau segalanya boleh dan tidak menjadi halangan jadilah Michael Kiske.
17.       Kalau ianya mustahil, anggaplah anda menjadi Michael Kiske.
18.       Kulit album / album cover seharusnya memasukkan sekurang-kurang satu perkara atau benda seperti api, waja, benda magik yang pelik, seorang lelaki yang kekar dan gagah luar biasa, tapak tangan yang dilayang/angkat ke udara, senjata, makhluk pelik atau ganjil (seelok-eloknya naga) atau lingkaran cahaya mengelilingi seseorang atau sesuatu.
19.       “Grim” dan Necro” didapat digunakan di sini, ianya akan membuatkan anda nampak bodoh. Sekarang balik untuk menyanyikan lagu epic 20 minit tentang pembunuhan naga.
20.       Power metal tergantung kepada kod power.

*Untuk peraturan seterusnya sila klik di sini BERSAMBUNG KE BAHAGIAN lll
Klik di sini untuk merujuk semula ke BAHAGIAN l. KEMBALI KE BAHAGIAN l

Tiada ulasan: