Nightwish Album, Demo Dan Single...
Sedikit catatan untuk kita kongsi bersama mengenai band symphonic metal dari Finland, Nightwish. Sedikit info mengenai album-album, demo atau single yang telah dikeluarkan oleh band Nightwish. (update 01 FEBRUARI 2012 / KHAMIS)
Imaginaerum (2012)
Imaginaerum album studio
ketujuh band symphonic metal dari Finland. Menurut Tuomas Holopainen album
Imaginaerum merupakan album konsep dan juga diterbitkan serentak dengan filem
yang diberi judul yang sama dan di arah oleh Stobe Harju. Menurut sebuah
kenyataan di Finland, album tersebut terjual lebih 50 ribu unit hari pertama
selepas pelancarannya. Menurut Sonic Seducer pula album Imaginaerum merupakan
album terbaik Nightwish. Album tersebut juga dinobatkan sebagai album of the
month oleh majalah metal ‘Aadschok Magazine’. Tuomas juga menjelaskan bahawa
album tersebut juga banyak dipengaruhi oleh pengarah filem Tim Burton, penulis
Neil gaiman dan pelukis Salvador Dali. Dari aspek muzik pula album ini turut
dipengaruhi oleh Hans Zimmer, Danny Elfman, Ennio Morricone, Christy Moore, Van
Halen dan Pantera. Album ini memuatkan 13 trek / lagu termasuk 2 buah
instrumental. Sehingga kini 9 edisi berbeza untuk album telah dimaklumkan antaranya ialah ; Edisi
biasa, 2CD Digipack 2 CD Edition, 2 LP Clear Vinyl Editition, 2 LP Marbled
Vinyl Edition, 2 LP Grey Vinyl Edition, 2 LP Whgite Vinyl Edition, 2 LP Picture
Disc Edition, Mailorder Edition dan Roadrunner Edition.
Dark Passion Play (2007)
Dark Passion Play merupakan album keenam Nightwish dan menampilkan vokalis baharu Nightwish, Anette Olzon yang mengantikan tempat
Tarja Turunen. Album ini telah dirilis pada 26 September 2007. Album yang
memuatkan 13 buah lagu termasuk sebuah instrumental. Album ini juga mendapat
sambutan yang amat menggalakkan dari pendengar dan mengungguli carta Swiss Albums Chart (#
1), Finnish Albums Chart (# 1), German Albums Chart (# 1), Croatian Albums
Chart (# 1) dan Hungarian Albums Chart untuk carta mingguan dalam tahun 2007
manakala carta mingguan dalam tahun 2008 pula menduduki tangga teratas di
Finnish Albums Chart (# 1). Dalam Finnish Albums Chart carta hujung tahun 2007
album ini juga menduduki senarai teratas carta. Untuk album dark Passion Play
Nightwish menerima anugerah Gold di Sweden, Poland, Switzerland dan Austria manakala
anugerah Platinum di Jerman dan anugerah 4 Platinum di Finland. Apa yang
menariknya tentang album ini ialah kata-kata Tuomas Holopainen yang menyatakan “…album
ini adalah penyelamat hidupnya.”.
Once (2004)
Album studio kelima Nightwish, Once
telahpun dirilis pada 7 Jun 2004. Once menurut Tuomas Holopainen mempunyai
maksud yang tersendiri dan terpulang kepada sesiapapun untuk memberi makna atau
maksud ‘Once’. Kita mempunyai tanggapan, persepsi dan maksud tersendiri tentang
maksud yang tersirat, setiap nama itu ada makna yang tersendiri. Once merupakan
album studio terakhir Nightwish menampilkan vokal Tarja Turunen.
Album Once memuatkan 14 trek/lagu
termasuk platinum bonus track. Album Once juga pernah mengungguli carta album
beberapa negara seperti Brazillian MTV Chart (# 1), European Top 100 Albums (#
1), Finnish Albums Chart (# 1), German Albums Chart (# 1), Greek Albums Chart
(# 1), Hungarian Albums Chart (# 1), Norwegian Albums Chart (# 1) dan Slovakian
Albums Chart (# 1). Manakala untuk jualan album dan pengiktirafan persijilan
pula di Austria anugerah Gold, Finland anugerah 3 Platinum, Jerman anugerah
Platinum dan Gold, manakala di Norway, Sweden dan Swtzerland masing-masingnya
menerima anugerah Gold. Itu antara pencapaian bagi album Once, Nightwish dan
antara album terbaik Nightwish lantas mereka menerusi album tersebut mengadakan
tour ‘Once Upon A Tour’.
Centrury Child (2002)
Album
keempat band symphonic metal, Nightwish yang diberi judul Century Child telah
dirilis pada 24 Mei 2002. Album ini dikata mengalami perubahan ketara dan
penting dalam kelanjutan perjalanan Nightwish yang nyata berbeza dengan album terdahulu baik dari aspek lirik dan
muzik mereka. Secara keseluruhan skema muzik mereka untuk album ini lebih
perlahan, lebih gelap(darker) berbanding bunyi yang lebih ceria menerusi
Oceanborn dan Wishmaster. Album ini juga menitik berat pada bunyi yang lebih
ambient dan melodic. Ia juga memuatkan latar orchestra dan hasil produksi yang
lebih lembut dan bersesuaian dengan kerja vokal tarja Turunen dan vokal Marco
sendiri. Lebih-lebih lagu lrik menggambarkan kekuatan lirik dan konsep serta
kecenderungan album tersebut. Album ini juga dikatakan sebagai antara album
mereka yang paling ‘dark’. Album ini memuatkan 10 buah lagu dan 2 buah lagu
bonus.
Wishmaster (2000)
Setelah sukses dengan 2 album terdahulu Nightwish tampil lagi dengan
album yang ketiga iaitu Wishmaster dan dirilis pada 19 Mei 2000 oleh Spinefarm
Records. Albuj ketiga mereka mempunyai kesinambungan dengan album kedua mereka
dari aspek bunyi yang bombastik dan lebih jelas mood dan aura symphonic power
metal. Penghasilan album ketiga Nightwish berbunyi lebih matang lantaran selain
bunyi yang bombastic symphonic power metal diiringi juga dengan atmosfera melody
yang menarik, lebih pantas dan bertenaga serta berat. Album tersebut memuatkan
13 trek/lagu dengan 1 lagu bonus tampil dengan tema fantasi yang lebih jelas.
Oceanborn (1998)
Oceanborn merupakan album keduaband Nightwish dan telah dirilis pada 7
Disember 1998. Album kedua Nightwish ini memuatkan 12 trek / lagu dan
diterbitkan oleh Tuomas Holopainen dan Tero Kinnunen. Dari 12 buah lagu 2
adalah bonus trak (1 bonus trek untuk edisi Jepun). Album ini mengalami
perubahan dari segi susunan muzik dan skop muziknya yang sarat dengan elemen folk dalam album pertama mereka
,menjadi lebih bombastic, dan bunyi yang lebih berorientasikan power
metal dengan tempo yang pantas, bunyi gitar lebih harmoni dengan tumpuan kepada
keyboard sebagai salah satu instrument penting serta diutamakan. Selain itu
penggunaan double bass yang banyak serta juga pukulan drum yang lebih berat ‘heavy’.
Bunyi keyboard yang lebvih terarah kepada bunyi symphonic serta vokal Tarja
yang sesuai untuk mood symphonic. Manakala kebanyakkan lagu pula lebih
bertemakan fantasi seperti lagu ‘Swan heart’ dan ‘Walking in the air’. Dalam
pada itu juga terdapat lagu yang berbunyi teaterikal seperti lagu ‘Devil and
the deep dark ocean’. Andai diamati secara keseluruhannya album Oceanborn
adalah antara album bunyinya lebih ‘dark’.
Angel Fall First (1997)
Angel Fall
First merupakan penampilan sulung band symphonic metal, Nightwish. Album ini
dirilis pada 1 November 1997. Asalnya edisi terhad cuma dicetak 500 unit sahaja
yang memuatkan 7 buah lagu dalam 10 trek. Dari 7 trek lagu dalam album tersebut
tidak terdapat dalam edisi biasa. Namun sehingga kini album tersebut terjual
lebih 30 ribu unit di Finland sahaja. Album tersebut dirilis di beberapa negara
dengan kandungan lagu/trek yang berbeza seperti edisi US (Amerika Syarikat) mempunyai 12 trek,
edisi Jepun 13 trek, edisi UK / US (2008) 16 trek dan edisi terhad vinil (vynil
picture disc) pula 10 trek. Rakaman untuk album ini dibuat di studio Kitee
Huvikeskus dari bulan April hingga September 1997 dan diterbitkan oleh Tuomas Holopainen dan Tero Kinnunen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan