Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 18 Januari 2012

101 Peraturan Power Metal (Bahagian l)


101 Peraturan Power Metal - 10 dari 101 Peraturan (Bahagian l)
Berikut adalah 10 dari 101 peraturan power metal yang telah ditetapkan oleh seorang aktivis metal yang tidak ternama tetapi menarik untuk ditelaah. Nama aktivis tersebut ialah Geddysciple, terima kasih Geddysciple, akan peminat power metal telaah bersama apa yang telah anda utarakan… menarik!  Shaqmetal akan ketengahkan sedikit demi sedikit untuk kita kongsi bersama dan seterusnya kita nilaikan kebenarannya. 101 Peraturan Power  Metal ini bukanlah mandatori tetapi ada kebenarannya. 10 dari 101 peraturan tersebut adalah seperti berikut;
1.         Anda mestilah mempunyai matlamat : yakni jadi “epic”.
2.         Jangan jadikan bunyi itu keseorangan, andai gitar solo – harmonikan. Kalau ada nyanyian jadikan koir.
3.         Keyboard menyediakan beribu tekstur berlainan kepada sesebuah lagu. Cari dua atau lebih  yang ada pada keyboard yang anda suka gunakan ke atas setiap lagu anda.
4.         Dalam dunia power metal, semua waja adalah baik dan semua yang baik mestilah di bandingkan dengan waja.
5.         Anda tidak dibenarkan untuk menyanyikan tentang syaitan, iblis atau kegelapan.
6.         Anda dibenarkan untuk menyanyikan lagu tentang naga, kebebasan atau power metal.
7.         Ingat bagaimana bunyi yang tidak sepatutnya keseorangan? Begitu juga dengan album, semuanya di disusun atur.
8.         Anda adalah dibenarkan untuk nerambut perang.
9.         Pedang menonjolkan lagi kredibiliti dan persembahan dan pastikan membawanya satu biarpun anda tahu atau tidak tahu tentangnya atau menggunakannya.
10.       Pilih tema dan kekal bersama tema tersebut. Lihat sahaja Manowar adalah pahlawan sejati metal dan mereka tidak menyanyikan tentang hal lain.Rhapsody Of Fire mempunyai Riwayat Algalord. HammerFall mempunyai waja(steel), tukul(hammer) dan "templar". Running Wild ada lanun manakala Blind Guardian mempunyai Tolkein mereka. Tiada satupun antara mereka dibenar menyanyikan benda lain selain apa yang ada… itulah teman mereka.

*Untuk mendapatkan lagi peraturan seterusnya sila klik di sini BERSAMBUNG KE BAHAGIAN ll

Tiada ulasan: