Khamis, 28 Mei 2009

Asimilasi – Royce Sa’ayan


Single terbaru Royce Sa'ayan...
Arena rock dan metal tempatan mulai merayap lebih jauh kalau dulu muzik symphonic metal tidak kedengar di pentas gig atau mini showcase namun apa yang dilakukan oleh Royce Sa’ayan bakal memberi impak yang cukup besar dalam industri muzik metal tempatan. Irama, melodi dan gaya lagu Asimilasi meremangkan bulu roma andai kita hayati betul-betul sesungguhnya penantian untuk menyaksikan hidangan symphonic metal yang sebenarnya telah direalisasikan ketika Mini Gig Rock Selamba di Central Market beberapa minggu yang lalu. Percubaan yang cukup berani Royce dalam memperkenalkan symphonic metal di arena arus perdana yang nyata mampu membuka minda rockers dan metalers yang lain untuk terus menghayati irama sedemikian harus diberi pujian. Menerusi Asimilasi memang cukup jelas elemen yang sepatutnya ada pada lagu sub genre symphonic metal itu ada, baik dari susunan muziknya hingga cara penyampaian Royce sendiri begitu juga cara penampilan Royce waktu itu. Ini bukan pujian sekadar nak membodek tetapi hakikatnya persembahan dari Royce telah memperkenalkan apa yang dipendam oleh Royce sejak kebelakangan ini. Memang kalau kita nak bercerita mengenai symphonic metal selain gaya muzik, elemen, instrumen, cara penyampaian vokal, tema, pakaian memanglah seharusnya symphonic tetapi sebagai permulaan apa yang disediakan oleh Royce sudah memadai meskipun kita nak dengar vokal yang soprano samada mezzo atau tenor itu bukanlah persoalan kita sekarang ini, yang penting ialah kita harus ada yang betul-betul tampil membawakan muzik yang sedemikian untuk santapan kita bersama.
Kalau kita imbas album yang dihasilkan oleh Royce sebelum ini lebih menjurus kearah gothic dan memang diakui sendiri oleh Royce namun transformasi dari gothic ke symphonic adalah sesuatu yang hebat dilakukan oleh penyanyi solo. Asimilasi transformasi muzik metal tempatan… horns up metalers

2 ulasan:

Lord Stukka berkata...

melodi yg menarik...arrangement yang mantap...two thumbs up!!!

Don Foloroi berkata...


Donfoloroi,\
Jarang dapat dengar muzik yg mcm ni di malaysia, kira berani jugak walau pun risiko penjualan agak lembab.. tapi ni kalau jual di luar negara confirm sebaris dgn yang ada,,,harap dpt beli cd original royce yg genre syphonic metal ni...