Setelah meriliskan album edisi khas dan eksklusif buat peminat setia mereka Live Earth Dream, kini mereka telah menemui dua orang baru mengisi kekosongan dalam Edenbridge. Orang baru tersebut merupakan bekas anggota band Thirdmoon, Dominik Sebastian yang telah bermain gitar untuk keseluruhan tour My Earth Dream, Edenbridge. Dominik telah membuktikan beliau mampu melakukan yang terbaik serta pemuzik hebat untuk terus bersama Edenbridge. Petikan gitar Dominik boleh diamati menerusi album edisi khas Live Earth Dream. Selain itu seorang lagi ialah Simon Holzknecht, pemain bass baru Edenbridge merupakan anggota yang paling muda, berumur 22 tahun telah menyertai Edenbridge. Sebelum menyertai band Edenbridge, Simon Holzknecht menganggotai band Serenity.
Memaparkan catatan dengan label edenbridge. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label edenbridge. Papar semua catatan
Isnin, 4 Mei 2009
Ahli Baru Edenbridge...
Setelah meriliskan album edisi khas dan eksklusif buat peminat setia mereka Live Earth Dream, kini mereka telah menemui dua orang baru mengisi kekosongan dalam Edenbridge. Orang baru tersebut merupakan bekas anggota band Thirdmoon, Dominik Sebastian yang telah bermain gitar untuk keseluruhan tour My Earth Dream, Edenbridge. Dominik telah membuktikan beliau mampu melakukan yang terbaik serta pemuzik hebat untuk terus bersama Edenbridge. Petikan gitar Dominik boleh diamati menerusi album edisi khas Live Earth Dream. Selain itu seorang lagi ialah Simon Holzknecht, pemain bass baru Edenbridge merupakan anggota yang paling muda, berumur 22 tahun telah menyertai Edenbridge. Sebelum menyertai band Edenbridge, Simon Holzknecht menganggotai band Serenity.
Live Earth Dream... Edenbridge

Album khas dan eksklusif band symphonic power metal dari Austria ini telah menemui peminat mereka dan dirilis hari ini, 4 Mei 2009. Album tersebut memuatkan lagu-lagu terpilih dari konsert yang mereka adakan sepanjang tahun 2008. Live earth Dream adalah susulan dari album My earth Dream yang telah diterbitkan tahun lalu. Anatara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album edisi kah tersebut ialah seperti berikut;
1: THE FORCE WITHIN (INTRO) (1:08)
2: SHADOWPLAY (5:24)
3: REMEMBER ME (3:47)
4: UNDYING DEVOTION (4:37)
5: WILD CHASE (5:46)
6: SHINE (5:19)
7: EVERMORE (3:52)
8: FOR YOUR EYES ONLY (3:07)
9: TERRA NOVA (7:14)
10: MOVE ALONG HOME (4:47)
11: CENTENNIAL LEGEND (5:31)
12: PARAMOUNT (4:33)
13: FALLEN FROM GRACE (5:00)
14: MYEARTHDREAM (9:01)
Sila klik di sini untuk cerita / berita / info lain mengenai Edenbridge.
Ahli baharu Edenbridge
Labels:
austria,
edenbridge,
live earth dream,
symphonic power metal
Isnin, 13 April 2009
Album Eksklusif Dan Pencarian Pemain Bass Baharu Edenbridge

Exdenbridge yang telah menghasilkan album My Earth Dream tahun lalu kini bakal menghasilkan koleksi lagu-lagu semasa konsert mereka sepanjang 2008. Album yang diberi judul My Live Dream secara eksklusif akan dirilis pada 27 April 2009 ini. Album yang dikeluarkan dalam edisi khas itu Cuma dicetak sebanyak 1000 keping sahaja dan tidak akan terdapat dimana-mana. Ianya boleh dipesan melalui fanshop band Edenbridge.
Pencarian pemain bass baru Edenbridge…
Bassist Edenbridge, Frank Bindig mengambil keputusan untuk meninggalkan Edenbridge lantaran beliau ada projek tersendiri. Kini tinggal Sabine Edelsbacher – vocals (1998–present), Lanvall – guitar dan keyboards (1998–present) dan Max Pointner - drums (2008) sahaja mengendalikan Edenbridge.
Langgan:
Catatan (Atom)
