Selasa, 5 Januari 2016

Roxx

Band Roxx (Indonesia)


Band Roxx merupakan sebuah band klasik heavy metal yang telah ditubuhkan pada 1 April 1987 di Jakarta. Roxx juga antara band yang menjadi pelopor muzik metal di Indonesia. Diawal penubuhan band Roxx merupakan gabungan 2 band local iaitu Navy Punk dan Skull dengan formasi ahlinya Trison – vokalis, Jaya – gitar, Iwan – gitar, Tony – gitar bass dan Arry – dram. Kehadiran band ini asalnya banyak memainkna lagu – lagu cover hard rock dan glam metal yang cukup popular semasa zaman kehadiran mereka (1987) seperti lagu – lagu daripada band Van Halen, Motley Crue, Whitesnake dan Def Leppard. Dengan penampilan glam metal (dengan bawaan muzik klasik heavy metal) mereka terus mencari arah dan tapak untuk terus bertapak gah dalam industri muzik rock dan metal Indonesia. Dilihat daripada penampilan gaya mereka diperingkat awal dan juga pengaruh daripada muzik rock dan metal ketika itu Roxx lebih terarah untuk tampil sebagai sebuah band Glam metal ketika itu meskipun mereka mengatakan ketika itu mereka adalah sebuah band heavy metal.


Band yang asalnya dari gabungan 2 buah band dan mengikuti aliran muzik heavy metal(glam) telah  diubah konsep dan identiti mereka secara total oleh Arry Yanuar selaku ketua band, dari band glam metal menjadi thrash metal yang lebih terarah untuk memainkan lagu – lagu cover daripada band seperti Metallica, Anthrax, Death Angel dan sebagainya. Dari perubahan itu jugalah sekali lagi Roxx antara band pelopor untuk generasi dan pergerakan muzik underground di Indonesia.



Dalam mencari tapak untuk terus berdiri gah dalam industry muzik rock dan metal Indonesia Roxx melangkah dengan gagah seterusnya tersenarai dalam senarai 10 band  di Festival Rock se-Indonesia di akhir tahun 1980an. Dari situ Roxx terus mara ke mara hadapan dengan menghasilkan lagu hits mereka yang berjudul Rock bergema yang mana ia juga digunakan  sebagai lagu tema untuk program muzik di sebuah stesen radio di Indonesia.
Daripada Festival Rock tersebut dalam tahun 1989 yang mana Roxx telah menjadi naib juara dan langsung membuahkan hasil single hits pertama mereka – Rock bergema yang juga dimuatkan dalam album Kompilasi Festival Rock Log Zhelebour 1989.
Roxx melonjak naik  dengan album sulung mereka, album Roxx (album Hitam) dalam tahun 1992 memuatkan lagu – lagu hits seperti Rock bergema, Penguasa, Gontai, Gelap, Price dan 5 cm. Menerusi album tersebut juga Roxx telah menempatkan diri mereka sebagai sebuah band yang pertama meneroka pasaran antarabangsa yang mana jenama Roxx telah dibawa oleh Polygram International ketika itu.


Dalam menghala arah popularity Rox turut digoncang badai apabila  salah seorang  ahlinya Trison berhijrah ke band EdanE selepas meriliskankan album Roxx (album Hitam) dan album Nol bersama Roxx. Namun nasib Trison kurang menyerlah bersama EdanE apabila dia dikeluarkan daripada EdanE dalam tahun 2003 dan kembali bersama Roxx.
Album kedua Roxx berjudul Nol dirilis dalam tahun 1995, yang memuatkan hits single Air mata hewan, Putri Matahari dan lagu Muak. Pada rilisan album ini Roxx sekali lagi mengalami sedikit perubahan pada formasi ahlinya iaitu Tony – bass digantikan oleh Didik, ini kerana Tony  terpaksa melanjutkan pelajarannya ke Jerman.
Menerusi album ketiga Roxx yang berjudul Bergema Lagi telah dirilis dalam tahun 2004. Album tersebut memuatkan hits single seperti lagu Dari dulu, Babi ngepet dan Yang tersisih. Dengan rilisan album sekali memperlihatkan sekali lagi Tony hadir dan kembali ke posisi asalnya dalam Roxx selaku pemain bass, manakala peranan Iwan – gitar, digantikan dengan gitaris tambahan, Didi Crow. Namun akhirnya Didi Crow juga adalah ahli tetap Roxx.

Bagi album keempat Roxx yang berjudul Retake, yang bekolaborasi dengan Majalah Rolling Stone Indonesia sebagai pengedar, ini juga sebagai penanda eksistensi ROXX di arena muzik  rock dan metal di Indonesia. Mini album yang memuatkan beberapa hits single mereka yang terdahulu dan sebagai kronologi perjalanan karier ROXX sejak tahun 1987, menghadiahkan lagu-lagu kompilasi terbaik yang pernah dihasilkan oleh  ROXX iaitu: Gontai, Rock Bergema, Babi Ngepet, Air Mata Hewan, Penguasa & 5 Cm.
Dalam tahun 2013, Roxx merilis album EP terbaru iaitu Jauh dari Tuhan. Album ini memuatkan 10 buah lagu termasuk 4 buah lagu live seperti Cekson (Live), Dari Dulu (Live), Muak (Live), Jauh dari dan Tuhan (Live) manakala lagu – lagu rakaman studio pula ialah Aku Bukan Sepak Bola, Ambil Nyawaku, Jauh dari Tuhan, Toa Maut, Menang dan Beraninya di Belakang.

Sebagai band yang cukup aktif sejak awal penubuhannya Roxx, terkini dianggotai oleh Trison, Jayaroxx, Tony, Didi Crow dan Raiden.


Diskografi
1.  Roxx (Album Hitam) – 1992
2.  Nol - 1994
3.  Bergema Lagi - 2004
4.  Retake
5.  Jauh dari Tuhan – 2013

Bagi mendapatkan info dan maklumat lanjut tentang perlembangan dan aktiviti terkini Roxx anda boleh ikuti link berikut untuk fb  https://www.facebook.com/roxx666  manakala link ini untuk twitter Roxx https://twitter.com/Roxx_Official



Tiada ulasan: