Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 20 Januari 2016

Dubai Desert Rock Festival

Dubai Desrt Rock Festival... Berkubur?


Bunyi nama yang agak pelik namun itulah hakikatnya di Emeriah Arab Bersatu di mana telah wujud Dubai Desert Rock Festival sejak tahun 2004. Dubai Desert Rock Festival menyemarakkan lagi persekitaran kepelbagai sub genre rock dan metal semasa festival. Dubai Desert Rock Festival pada asalnya merupakan festival satu hari tetapi telah dilebarkna menjadi dua hari bermula tahun 2007 dan 2008. Namun selepas festival tahun 2009 ia telah ditunda atas sebab – sebab tertentu dan berikut adalah kenyataan Pengarah Urusan bagi penganjur festival tersebut;

“This decision was not taken lightly and was well thought-through with my team in my company’s best interests. It marks the beginning of a new era for CSM, a human-sized yet international entertainment-specialized company, which I’ve chosen to grow beyond UAE boundaries. I have focused uniquely on the Middle East in the past 10 years, which has positioned CSM to build a credible and reputable name; it’s now time to take it to another level. We’ve always taken pride in producing top-quality events which is why in order to develop my company in a professional manner (to equal its standards), we will focus on our international projects and artist management, until further notice”.

Walaubagaimanapun shaqmetal ingin berkongsi cerita sedikit mengenai Dubai Desert Rock Festival yang mana dalam tahun 2004 band Li,p Bizkit telah membatalkan penyertaan mereka dalam festival tersebut 48 jam sebelum berlangsung apabila penyanyi utama Limp Bizkit menyatakan adalah tidak selamat untuk dating ke wilayah tersebut, atas alas an tersebut mereka membatalkan persembahan mereka dalam festival 2004.

Daam tahun 2005 Dubai Desert Festival semakin berkembang dan telah menjadi festival penuh sehari dan mengetengahkan band – band rock dan metal antarabangsa termasuk Machine Head, Sepultura, Within Temptation dan band utama The Darkness. Untuk festival 2005 band Saxon juga pada mulanya direncanakan akan turut serta namun telah dibatalkan disaat akhir kerana anggota band tersebut mempunyai masalah berkaitan dengan keluarganya.

Manakala  tahun 2006 yang mana festival tersebut telah diadakan pada 16 Mac 2006 yang bertempat di Dubai, UAE telah menyenaraikan beberapa band antaranya Mannikind, Reel Big Fish, Testament, 3 Doors Down, Megadeth dan banyak lagi.

Dalam tahun 2007 pula Dubai Desert Rock Festival telah menyenaraikan beberapa band untuk turut serta seperti Iron Maiden, The Prodigy, Stone Sour, In Flames, Mastodon, Lauren Harris dan Junkyard Groove yang beralsi pada 9 Mac 2007 manakala pada hari kedua 10 Mac 2007 antara band yang terlibat ialah Robert Plant and the Strange Sensation, Incubus, The Bravery, Prime Circle dan
Junkyard Groove


Setahun kemudian di mana tahun tersebut merupakan tahun ulang tahun ke 5 Dubai Desert Festival dan ia telah diadakan pada  7 dan 8 Mac 2008. Beberapa band telah memeriahkan pentas DDRF sepertiu band Korn, Machine Head, Killswitch Engage, As I Lay Dying, Nervecell,  Slapshock dan The Galeej Gurus. Manakala pada 8 Mac 2016 pula antara band yang terlibat ialah Muse, Velvet Revolver, Marky Ramone, Juliana Down, Spoon Feedas dan The Galeej Gurus.

Dalam tahun 2009 Dubai Desert Rock Festival yang diadakan di Dubai Festival City pada 6 Mac 2009 membariskan band Рband seperti Moțrhead, Arch Enemy, Opeth, Chimaira, August Burns Red, Nervecell, Scarab, Hatred dan Metaphysics. Festival tahun 2009 Cuma diadakan sehari dan Cuma memfokuskan kepada sub genre muzik heavy metal sahaja. Untuk tahun tersebut Р2009 merupakan julung kalinya band Motorhead membuat persembahan di Timur Tengah sejak dari awal pembabitan mereka dalam tahun 1975.

Dalam 2010 hingga 2012  shaqmetal tiada data namun dalam 2013  Dubai Rock Festival telah diadakan di Emirates Golf Club, Dubai UAE pada 12 April 2013 dengan menampilkan band seperti Yngwie Malmsteen, Dark Tranquillity dan Myrath.

Tahun 2014 pula Dubai Rock Fest pula telah diadakan di Al Nasr Leisureland, Dubai pada 23 dan 24 Mei 2014 dengan penampilan istimewa band seperti Nervecell, Heavenwood, Loudblast, Nightmare, Demonic Resurrection dan Ascendant .



Tiada ulasan: