Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 4 Mac 2009

Mini GIG Rock Selamba... Eksklusif...


Agak terlewat untuk bercerita mengenai Mini GIG Rock Selamba '09... Eksklusif... yang bakal diadakan pada 6 Mac 2009 bertempat di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Ini merupakan aktiviti Radio Di Lokasi pertama untuk Rock Selamba tahun 2009 dan beberapa lagi siri Mini GIG telah dirancang dan akan diadakan disekitar Kuala Lumpur ini termasuk yang Eksklusif di Cloth and Clef Club. Mini GIG Rock Selamba '09 julung kalinya diadakan ini akan menampilkan 4 band tempatan yang sudah mempunyai peminat / pengikut tersendiri iaitu Def Gab C, Aisunam, Poetical Kingdom dan Kiri. Penampilan eksklusif band-band tersebut adalah khas untuk peminatRock Selamba dan pendengar MUZIKfm sahaja. Ini lantaran bagi anda yang nak hadir dan menyaksikan persembahan 4 band tersebut perlu mendengar rancangan Rock Selamba dari jam 2 hingga 5 petang setiap hari (Isnin hingga Jumaat) untuk mengetahui cara mendapatkan pas masuk percuma. Difahamkan juga oleh pihak Rock Selamba MUZIKfm, mereka juga telah menyediakan beberapa barangan eksklusif MUZIKfm untuk diberikan kepada pendengar yang bertuah malam tersebut. Jadi nanti dan sertai kelompok istimewa yang dapat menyaksikan Mini GIG Rock Selamba '09...

Tiada ulasan: